BAB 9

Romance Completed 17943

" Weh..aku nak pergi tandas jap. Nak terkuncil. Hehe.." Fira tersengih.

Zara tergeleng-geleng melihat Fira yang sudah meninggalkan dia untuk ke tandas. Kini mereka berada di shoping mall. Bersiar-siar pada hujung minggu.

Zara tiba-tiba teringatkan Pangeran mimpinya. Dah hampir seminggu lelaki itu tidak muncul. Zara jadi lega. Tapi pada masa yang sama, dia jadi rindukan lelaki itu. Memang tak masuk akal kerana ia hanya mimpi. Tapi ia seakan-akan benar. Dan perasaan yang dia alami kini. Apakah itu?

Terasa bahunya dicuit seseorang. Jadi dia pun menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat insan yang sedang berhadapan dengannya sekarang.

" A..awak.." Zara tidak percaya yang dia akan berhadapan semula dengan Faris.

" Hai..ya saya. Lama tak jumpa dengan. Itu juga buat saya rindukan awak." ujar Faris dengan senyuman.

Zara mencari-cari kelibat Fira. Dia nak pergi dari sini. Kalau boleh dia nak lupakan semuanya.

" Awak cari Fira kan? Dia dah pergi dulu. Dia nak saya jaga awak."

Zara tersentak. Tak punya kawan. Tengok kau balik nanti.

" Can we talk?" soal Faris. Zara mengetap bibir. Patutkah dia menerima perlawaan Faris.

" JUst 10 minute. Please.." rayu Faris. Dia tak mahu lagi kehilangan Zara. Pertama kali dia bertemu Zara di dunia realiti. Dia jadi yakin sangat-sangat.

Akhirnya Zara mengangguk kecil. Faris hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience