BAB 7

Romance Completed 17943

" Zara..."

Zara yang sedang menangis itu menoleh ke belakang. Ternyata pangeran mimpinya.

" Kenapa awak nangis?" soal Aryash.

Zara menggeleng perlahan. Bagaimana lagi dia ingin mengelak dan tak mahu lagi masuk dalam mimpi yang langsung tak masuk akal ini. Bagaimana caranya? Dia jadi buntu. Sebab itu jugalah dia menangis.

" Awak.." Aryash menyeka perlahan air mata Zara. Zara hanya membatukan diri.

" Kenapa dengan awak? Kenapa awak muncul dalam mimpi saya? Kenapa wajah awak mirip Faris. Kenapa? Tolong berikan saya jawapan yang tepat." soal Zara bertalu-talu.

Zara melihat Aryash dengan harapan agar Aryash dapat jawab soalannya itu. Zara tak mampu menahan lagi. Tapi apa yang pasti dia dah jatuh cinta akan Aryash. Ya dia tahu ini tak masuk akal. TApi apa yang boleh dia buat untuk elakkan semua ini berlaku? Apa?

Aryash tersenyum manis. Kasihan pula melihat Zara begitu. Dalam keadaan tertekan.

" Zara.." Tangan Zara dicapai Aryash.

" Saya nak awak dengar apa yang ingin saya katakan."

Tiba-tiba Aryash melutut dihadapan Zara. Dan perbuatan spontan itu buat Zara tergamam. Zara melihat Aryash dengan seribu tanda tanya.

" Sudikah awak menjadi isteri saya?" Zara terundur satu langkah ke belakang.

" Awak..saya ikhlas." Zara menggeleng laju. Pantas dia berlari jauh daripada Aryash.

Dia tak nak ada kena mengena lagi dengan Aryash tu.

" Tolong jangan muncul lagi dalam mimpi saya. Tolonglah pergi dari hidup saya." ujar Zara kuat. Air matanya menitis lagi.

Aryash tersenyum dari jauh. Tapi dia tidak akan berputus asa.

" Awak..."

" Tolong Aryash. Saya minta sangat." pohon Zara.

Aryash tersenyum hambar. Kemudian dia mengangguk perlahan.

" Baiklah kalau itu yang awak nak. saya akan pergi. Tapi kalau di dunia realiti, dia tengah tunggu awak." kata Aryash dengan senyuman.

Kemudian dia melangkah dan melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Zara melihat Aryash pergi dengan linangan air mata.

" Aryash!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience