BAB 10

Romance Completed 17943

" Jadi..apa yang awak mahu bincang dengan saya?" soal Zara serius.

" Saya nak awak tahu sesuatu. Tapi sebelum tu saya nak tanya awak satu soalan. Boleh?"

Zara hanya mengangguk kecil.

" Awak sudah ada someone or awak dah jatuh cinta dengan someone?"

Faris memerhati wajah Zara dengan senyuman manis. Manakala Zara tergamam akan soalan Faris.

' Aku memang ada rindukan seseorang. Tapi ia benda tak masuk akal kerana ianya hanya dalam mimpi. Patutkah aku beritahu dia sebegitu.'

" Erk.. belum." jawab Zara.

" JAdi saya ada harapanlah ni." ujar Faris dengan senyuman ceria.

Zara yang tak faham hanya menjongket bahu. Dia memerhati sekeliling, pelbagai karenah manusia yang dapat dia lihat.

" Zara..." Zara menoleh dan jadi terpaku melihat apa yang berada dihadapannya saat ini.

Faris tersenyum melihat reaksi Zara, dia menghulurkan sebentuk cincin kepada Zara. Dia ingin Zara menjadi miliknya.

" A..apa ni?" Zara melihat cincin dan Faris silih berganti.

Faris tiba-tiba melutut dihadapan Zara. Dengan senyuman manisnya.

" Awak..sudikah awak kahwini saya?"

Zara menekup mulut. Orang sekeliling yang melihat babak itu tersenyum. Zara dah jadi malu akan tindakan Faris.

" Awak..apa ni. Jangan macam ni. Saya malulah." ujar Zara perlahan.

" Saya takkan bangun selagi awak tak jawab soalan saya. Sudikah awak jadi puteri saya?"

Faris melihat Zara dengan sinar harapan. Zara mengetap bibir. Apa perlu dia buat.

" Terima Zara!"

Faris dan Zara menoleh ke kiri. Ternyata Fira dan seorang lelaki sedang tersenyum ke arah mereka.

" Terima Zara. Abang sepupu aku amat mencintai kau." ujar Fira bersama senyuman.

Fira sebenarnya terkejut apabila mendapat tahu abang sepupunya itu adalah Aryash yang disebut Zara. Pangeran mimpi yang selalu muncul dalam mimpi Zara. Dia sendiri tidak menyangka sehinggalah dia terbaca diari milik abang sepupunya.

Di situ sudah terjelas segalanya. Malah abang sepupunya yang keluar berhadapan dengan dia dan beritahu perkara sebenar. Perasaan abang sepupunya benar.

" Ta..tapi... saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Dan macam mana awak boleh tiba-tiba nak kahwin dengan saya sedangkan awak tak cintakan saya?" Zara merenung Faris inginkan jawapan.

Faris tersenyum. Dia tahu pasti Zara akan tertanya-tanya.

" Sebenarnya sayalah lelaki yang sentiasa muncul dalam mimpi awak tu." jelas Faris.

Zara terkedu. Pangeran Mimpi? Faris ni Pangeran mimpi dia? Ya Allah..apa semua ni.

" Saya Faris Aryash Bin Zulkifli. Zara.. saya tahu awak cintakan lelaki itu. Dan sekarang lelaki itu sudah berada dihadapan mata awak Zara. Saya tahu awak takkan faham. saya sebenarnya pun tak faham kenapa tiba-tiba saya boleh berada dalam mimpi awak buat pertama kalinya. Sampailah awak bertanya kepada saya dalam mimpi itu."

" Saya yakin ini petunjuk Allah kepada saya. Awak ni jodoh saya. Puas saya lakukan solat istkhirah. Dan wajah awak yang muncul.Saya semakin yakin yang awak jodoh saya saat kita berjumpa buat pertama kali di rumah saya itu. Cuma dalam seminggu yang lepas saya sudah tak muncul dalam mimpi awak. Mungkin ini kuasa Allah. Petunjuk Allah untuk pertemukan kita. Yang bezanya ini dalam mimpi. Trust me Zara." jelas dan terang sekali apa yang Faris perkatakan. Tiada satu pun yang tertinggal.

Zara memandang Faris tidak berkelip. Aryash dan Faris ternyata orang yang sama. Dan...dan ini seperti tak masuk akal.

' Ya Allah..betul ke semua ini. Sukar aku nak percaya.'

"Zara.."

" Awak..kalau betul awak ni orang yang sama. Saya nak awak jawab soalan saya dulu." Faris hanya mengangguk.

" Kali terakhir Aryash muncul dalam mimpi saya. Apa yang terjadi masa itu?" soal Zara. Tidak mungkin dia akan lupakan mimpi itu. Mimpi yang buat dia menangis.

Faris tersenyum. Dengan senang hati dia menjawab.

" Awak menangis. Awak tanya kenapa saya selalu muncul dalam mimpi awak. Awak tanya kenapa rupa Aryash tu sama dengan rupa Faris. Saya juga melamar awak dalam mimpi tu." Zara terpaku mednegar kata-kata Faris.

Apa yang Faris kata itu benar sama sekali.

'Ya Allah..jadi benar ini Aryash itu. Faris Aryash.. Ya Allah..'

"Dan sekarang saya ingin bertanya sekali lagi. Adakah awak sudi menjadi isteri saya?"

Zara melihat Faris. Kemudian dia melihat Fira. Fira hanya mengangguk tanda setuju. Kemudian Zara kembali melihat Faris. Dia mengukirkan senyuman.

" YA..saya setuju. Mungkin benar yang awak adalah jodoh saya." jawab Zara dengan senyuman manis.

Faris mengucap syukur. Fira turut tersenyum melihat mereka berdua. Orang disekeliling sudah bertepuk tangan tanda mengucapkan tahniaah atas penerimaan Zara.

Zara tertawa kecil atas apa yang telah terjadi dalam hidupnya. BAgaikan dalam mimpi tapi ia benar. Tapi macam tak masuk akal pun ada. Apa-apa pun boleh berlaku dengan kuasa Allah.

" Terima kasih Zara.."

" Terima kasih juga saya ucapkan. Sang pangeran cinta yang muncul dalam mimpi saya tapi kini sudah memiliki hati saya..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience