BAB 6

Romance Completed 17943

Zara memerhati sekeliling rumah sepupu Fira. Kejap-kejap dia intai di luar. Kejap-kejap dia intai di bahagian dapur. Tapi kelibat yang dia nak jumpa masih belum ada.

" Zara.. what the matter?" soal Fira apabila melihat Zara yang macam tercari-cari seseorang.

Zara tersengih. Tak sangka Fira perasan akan perilakunya itu. Kalau dia tanya takut kata gatal pula.

" Cuba beritahu aku apa masalah kau ni sebenarnya. Pening aku tengok kau ni tahu tak?"

Fira melangkah mendekati Zara di sofa. Tempat kosong dihadapannya itu diambil.

" Erk.. abang sepupu kau tu belum balik ke?" soal Zara perlahan. sambil-sambil tu dia perhati sekeliling. Mana tahu ada..

Fira menjongket kening. Kenapa tiba-tiba tanya pasal abang sepupunya pula. Pasti ada yang tidak kena ni.

" Belum.. dalam perjalanan kot. Yang kau ni kenapa tiba-tiba cari abang sepupu aku pula? Tell me please?" rayu Fira.

Zara mengeluh kecil. Fira patut tahu masalahnya.

" Muka abang sepupu kau mirip sangat dengan muka lelaki dalam mimpi aku. Mirip sangat." jelas zara dengan bersungguh-sungguh.

Fira terdiam. Zara direnungnya. Kemudian dia ketawa geli hati.

" Hoih! Ya Allah.. kenapa kau boleh fikir sampai macam tu sekali. Bukan ke itu hanya mimpi. Ini realiti zara." ujar Fira dengan sisa baki ketawanya.

" AKu tahu. Sebab tu aku nak jumpa abang sepupu kau. Nak rungkaikan segala persoalan yang bermain difikiranku ketika ini. Kalau tidak sampai bila-bila takkan selesai."

Fira terdiam melihat keresahan Zara. Ternyata Zara ada masalah besar dengan mimpinya itu.

" Kau sabar ye.. Kejap lagi dia sampai and then kau tanya dia sendiri." ujar Fira serius.

Zara tersenyum.

" Thank kerana mempercayai aku. Aku tahu semua ini tak masuk akal. Tapi selagi aku tak selesaikan perkara ini selagi tu perkara itu bagai menghantui hidup aku ni. Aku takkan tenang." luah Zara.

Bahu Zara dipaut lembut oleh Fira. Fira tahu dan dia akan cuba selesaikan bersama masalah kawannya itu.

" Assalamualaikum.." Fira tersenyum. Abang sepupunya dah balik.

" Waalaikumussalam.." jawab Fira dan Zara serentak.

Kemudian seorang lelaki melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyuman. Fira hanya tersenyum manakala Zara tergamam.

" Abang Faris. Sini jap.." panggil Fira.

Abang sepupu Fira pun melangkah mendekati Fira. Tapi saat dia bertembung mata dengan Zara, dia turut jadi tergamam. TApi kemudian dia tersenyum manis. Senyuman itu khas ditujukan kepada Zara.

" Kenapa Fira?" soal Faris dengan senyuman.

Zara dah tak tahu nak cakap apa. Yang pasti dia sangat terkejut. Wajah dan senyuman Faris persis lelaki yang berada didalam mimpinya. Ini dunia realiti kan? Bukan mimpi kan?

" Abang Faris .. kawan Fira nak cakap sikit dengan abang. Boleh?" soal Fira.

Faris tersenyum. Anggukan kecil diberikan kepada Fira. Kemudian matanya teralih melihat insan itu berada di hadpan mata.

" Okey. Zara aku tunggu kau dekat dapur. Nanti cari aku kat dapur.." ujar Fira sebelum berlalu. INgin memberi ruang kepada dua orang itu. Harap-harap boleh selesai masalah Zara.

" So... awak Zara?" soal Faris.

Zara tersentak. Macam mana Faris boleh tahu namanya. Sedangkan Fira atau dia tak beritahu pun.

" Awak ada apa nak cakap dengan saya?" soal Faris lagi apabila soalan pertamanya tidak bersambut. Gadis dihadapannya itu seakan terkejut. sangat-sangat.

Zara mengetap bibir. Dia tak tahu apa yang patut dia tanya. Lagipun lidahnya seakan kelu untuk berbicara. suaranya bagaikan tersekat di kerongkong.

" Zara... kalau awak tak nak cakap.."

" Maaf.." pintas Zara sambil tertunduk memandang lantai.

" Maaf kerana terpaksa tanya awak soalan yang tak munasabah ini. Tapi adakah awak lelaki yang muncul dalam mimpi saya?" soal Zara terus lalu mendongak melihat Faris.

Faris tersentak. Tapi pada masa yang sama dia tersenyum. Tak sangka gadis dihadapannya ini seorang yang berterus terang.

" Ermm.. awak rasa?"

Zara tersentak. Benarkah?

" Betul ke..a.awak ni Pangeran mimpi tu?" gugup Zara saat itu.

Faris bangun dan memusingkan badan. Dia tersenyum akan reaksi Zara.

" Awak akan tahu lambat laun sama ada saya ni Pangeran mimpi awak atau bukan. Yang pasti awak ni memang comel."

Terus Faris melangkah selepas berkata demikian. Zara pula terkesima. Tapi dia masih tak faham apa yang dikatakan oleh Faris. Faris macam nak main tarik tali dengan dia.

'Ya Allah..bantulah aku dalam menyelesaikan masalah ini.. Aku langsung tak fahamlah.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience