Bab 2 : Lelaki Muda Pandai Memasak

Other Series 1315

"Assalammualaikum, kiah oohhh kiah" pak salleh memberi salam setibanya dia dirumah.

"Ya bang, kiah kat dapur ni" makcik kiah menyahut panggilan pak salleh.

"kita ada tetamu ni, perkenalkan ini syah, dia telah menolong abang masa di pekan, hampir je kiah abng kene samun" setiba saja makcik kiah di depan pintu pak salleh terus perkenalkan dia kepada makcik kiah.

selanjutnya sudah dapat dijangka, makcik kiah membebel pada pakcik saleh dgn panjang lebar dalam masa nada risau lepas mengetahui kejadian tersebut, pakcik salleh dan syah hanya mampu tersenyum dan menahan ketawa sambil mendengar omelan makcik kiah yang seakan tiada penamatnya itu.

selepas berborak panjang dihadapan rumah, makcik kiah menjemput syah utk naik keatas dan menyuruhnya mandi. makcik kiah menyediakan pakaian lama pakcik salleh dan kain pelekat untuk dia salin pakaiannya selepas mandi. makcik kiah juga menyiapkan bilik untuk dia , bilik itu adalah bilik lama kepunyaan ank lelakinya yang sudah berumahtangga di kota...

Keesokan paginya syah telah bangun awal dan memunaikan solat subuh. Selepas itu dia menuju kedapur. Dia melihat makcik kiah sedang sibuk didaput menyediakan makan pagi.

"selamat pagi makcik. buat sarapan ka?, boleh saya bantu?" dia menegur makcik kiah.

"eh, syah... makcik tengah masak nasi lemak, tak perlu la bantu, susahkan kamu saja".

" takpa makcik, saya boleh bantu" .. Dia dgn pantas mencapai pisau dan mengupas bawang dan serta memotong bahan-bahan yg diperlukan.

Pergerakannya sangat lancar dan seakan dia mengetahui bahan-bahan yang diperlukan. Makcik kiah hanya melihat segala gerak-geri lelaki muda itu dgn senyuman.

"pandai juga kamu memasak ya?" .

" saya masa kecil pernah diajar oleh aruah ibu membuat nasi lemak, apa kata makcik duduk saja dan biar saya uruskn sarapan kita pagi ini"

Dengan penuh sopan dia menyuruh makcik kiah duduk di kerusi berdekatan dgn meja makan disitu...

Selepas memberi makan ayam ternakannya di belakang rumah ,pak salleh terus masuk kedapuh dan melihat sarapan telah dihidang di atas meja.

Bau nasi lemak yang terhidang diatas meja benar-benar membuka selera pakcik salleh. pakcik salleh terus mencapai sepinggan nasi dan mengambil sesudu sambal yang kemerahan. Tiba-tiba pakcik salleh mengnentikan suapan sesetalah suapan pertamanya, dia terkedu...

"kiah, lain macam nasi lemak awak hari ni!, wah makin hebat awak memasak nasi lemak yek?" pakcik salleh memuji-muji nasi lemak itu..

"nasi lemak dgn smbal tu si syah ni yg buat la" dgn pandangan kagum kepada syah makcik kiah berkata dan turut juga terkejut.

"sedap nasi lemak ni, kamu ada bakat" pakcik salleh sambung memuji.. " Syah, pakcik ada gerai lama ditepi jalan sana ,dulu pakcik niaga sate kat situ" pakcik salleh berkata dgn suara datar, "memandangkan kamu belum bekerja, apa kata kamu niaga sarapan disitu".

Syah agak terkejut dengan tawaran itu, "saya mana ada modal pakcik" dia berkata sambil berdiri seperti budak sekolah yang disoal oleh gurunya.

"hahaha, sabar.. pakcik boleh bagi pinjam modal jika kamu bersungguh"...

Syah tiba-tiba terasa sebak bila kenangkan masih ada manusia yg sebaik Pak Salleh didunia.. Situasinya ketika ini membuatkan dia terkenangkan ibunya.. Ibunya sanggat cantik, dengan lembut ibunya mengajar dia memasak nasi lemak di dapur... ketika itu dia hanya berumur sekitar 7 tahun. Setiap kata-kata yg keluar dari mulutnya seakan mengambarkan bertapa sayangnya ibu dia kepadanya.

Namun secara tiba-tiba memori indahnya menjadi gelab.. " Ibu, diorang nk bawak syah pergi mana ibu" syah hanya mampu berteriak ketika dia diseret pergi oleh seorang lelaki. Dia hanya dapat melihat ibunya semakin jauh dari pandangannya, ibunya dipegang oleh dua orang lelaki yang tiada tanda-tanda belas kasihan diwajah...

Senjak peristiwa itu, dia dibesarkan oleh seorang lelaki yang dipanggil Naga.. Naga adalah orang bawahan seorang lintah darat... Dari kecil Syah telah diajar dan diasuh oleh Naga seni mempertahankan diri dan menggunakan senjata...

"Syah, hoi?!!!, termenung pula dia" Pak Salleh memanggil dia smbil menepok meja. ..

Dalam keadaan tersentak dia menjawab " ehhh, haaaa... maaf pakcik". "mahu tak kamu niaga di situ?" ..

Tak perlukan masa yang lama Syah pon setuju dengan cadagan Pak Salleh... "Baik lah"

"kalau macam tu kite pergi ke sana selepas zohor nanti" pak salleh pun sambung kembali menyuap nasi lemak itu dan menambah beberapa pinggan lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience