Bab 4 : Janda Rebutan Dihujung Kampung

Other Series 1315

Puteri Hana Sofiea adalah sorang janda muda yang kematian suaminya akibat sakit tua.. Perkhawinan-nya dengan aruah suaminya adalah lebih mendasar kepada untuk penjagaan dihari tua aruah suaminya itu.

Kebiasaan hari-hari Hana pada paginya adalah menyidai pakaian diampai dan menyiram bunga-bunga di laman rumahnya.

Dari lelaki muda hingga ke orang tua tak sedar diri pasti akn pura-pura kebetulan lalu di situ dan menegur Hana.. Senyuman manis dan suara manjanya pasti akan memukau dan menguji iman para pejaka. Ramai yang memasang angan untuk memiliki Hana.

Tetapi angan sekadar angan saja.. Hana masih tidak berminat untuk berumatangga lagi walau pun selepas dua tahun kematian suaminya.. Kerana di dalam sudut hatinya, ada rase sayang terhadap lelaki tua itu.

"Hai Hana, selamat Pagi" amerul menegur Hana dengan pandangan penuh makna.

Hana tidak berapa menyukai amerul.. Bukan kerana amerul tiada rupa,.. Tetapi siapa tak kenal amerul , ank ketua kampung si kutu rayau. Seharian Amerul ini hanya la melepak dan mengganggu anak-anak gadis kampung..

"Emm, merul...kau nak apa?" Hana membalas dgn pandangan meluat terhadap Amerul..

"Wah sombung awak ya?, saya cuma nk borak sebentar saja" Amirul berkata dengan nada lelaki miang...

Hana malas mahu melayan Amirul dan trus masuk kedalam rumah.

"Tak mengapa, hari ini kau buat tak tahu dengan aku.. nanti aku akn pastikan kau melutut di kaki aku" Amirul mengepalkan genggamannya sambil berkata didalam hati...

Di pekan Merlimau..

Walau pon pekan ini tidak tidak jauh dari kawasan kampong, tetapi suasananya agak sedikit sesak. kerana ia berada di pertengahan antara dua bandar.

"Syah, ada apa-apa lagi yang belom dibeli?"

"Semua dah ade Pakcik" Syah berkata sambil melihat senarai barang-barang yg telah di tulis olehnya pada malam tadi..

Seketika kemudian kelihatan seorang gadis remaja yang seumpama bunga yang baru inggin mekar mehampiri mereka berdua

"Ayah, Yus dah siap beli barang. ayah dgn abang syah sudah siap beli semua barang?...nak Yus tolong cari?"

"Tak perlu, kamu sudah selesai cari semuanya" Pak Salleh berkata sambil menunjukkan kedua-dua tangannya yg penuh dengan barang-barang.

Mata Yusrina tidak lekang dari melihat tubuh Syah yang kelihatan jelas di sebalik pakaian lama yang sempit milik Pak Salleh..

"Oh ya, Yus kamu tolong bawa Syah pergi mencari pakaian baru ya..ayah akan bawa barang-barang ni balik rumah" Pak Salleh memberi arahan kepada anknya .

Syah tiba-tiba rasa kurang selesa. "Jadahnye aku nak kena berjalan dgn si yus ni?" syah berkata didalam mindanya ..Dia merasakan jantungnya seperti sudah jatuh ke jalan dan merasakan inggin lari dari situ..

"Ok ayah" dengan bersemangat Yus setuju degan cadangaan ayahnya.

pak Salleh mengenyitkan matanya kepada Yus.. mereka berdua senyum jahat pada satu sama lain.

"Jom abang, kita pergi ke kedai baju dekat blok sebelah pasar ni" Yus dengan pantas merangul tangan Syah dan menarik dia pergi dari situ.

Setibanya di tepi kawasan pasar tiba-tiba Yus bersuara dengan keras hingga membuat Syah tersentak.

"Aduhhhhh, lupa pula bag duit Yus tinggal dalam kereta, abng tunggu sini sekejap ya" die terus lepaskn pegangannya dan bergegas tinggalkan syah disitu.

kawasan pasar itu agak besar juga. Syah berjalan memerhatikan ikan-ikan yg dijuak di kawasan itu.

"Syah?.... awak syah kan?" tiba-tiba suara manja menyapa Syah dari belakang.

"syah, awak inggat saya tak?" dengan pandangan dan senyuman yang pastinya akan membuat mana-mana pejaka tumpas itu Hana menyapa Syah.

Dihadapan perempuan pasti si jejaka sado ini tak akan mampu bertenang. kalau disusun lima orang samseng di hadapan dia, hatinya tidak akan goyah. Tapi dia akan bermasalah untuk berhadapan dengan wanita..

"Abang sado, kenapa senyap saja?" Hana berkata sambil ketawa kecil.

"Ha hana, tak sangka boleh jumpa disini" dengan malu-malu Syah membalas sapaan Hana.

"Hana beli ikan untuk masak tengahari ni"

"Ooo..awak masak mesti sedap, nanti boleh la masakan untuk saya makan hari-hari"

"Boleh, nanti awak kena datang rumah saya hari-hari la kerumah saya" sambil menutup mulutnya Hana Sofea ketawa kecil

Tiba-tiba muka Syah terasa panas. Dia tahu dia terlalu terburu-buru berkata hingga tidak tahu apa dia katakan.

"Eh, ahhhh... akkkk...maaf saya tak bermaksud begitu" sambil tersipu Syah cuba terangkan Pada Hana Sofea.

Apa bila mata mereka bertentang, Syah kehabisan kata, bagai ada satu batu yang bersarang didalam mulutnya.

"Hah... bercinta... " Sambil bergelak besar Yusrina datang kepada mereka berdua.

Mereka berdua terus mengalihkan pandangan mereka satu sama lain...

"Ehh, saya ganggu ya?"

"Yus, lama tak jumpa... baru balik ya?"

"yep, saya bru hbis sem,tu balik sini dua bulan"

Mereka berdua rapat senjak yusrina zaman sekolah lagi. Walau pon berbeza 5 tahun, mereka adalah kawan rapat.

"Kami mahu pergi mencari baju baru untuk abang syah,nk ikut tak?" Yusrina mempelawa Hana Sofia.

"Boleh juga, tapi abang sado kita ni rak kisah ke?"

Syah hanya mampu berdiam tapi jelas terukir senyum malu-malu kucing disitu.

"Diam tanda setuju la tu" Yusrina terus membuat kesimpulan dengan nada suara seakan membuat keputusan yang besar.

Mereka pun berlalu ke block ber sebelahkan dengan pasar itu.. Syah umpama lembu dicucuk hidung hanya berdian dan mengikut mereka dari belakang.

Setelah tiba di sebuah kedai pakaian. Mereka di sambut oleh seorang yang sebaya dengan Yusrina.

"Eh, Yus, bila kau balik sini?, tak bagi tahu aku pun" gadis comel itu menegur Yusrina .

"Aku kan dah bagi tahu bulan lepas, muda-mudah dah jadi mak nenek kau ni Bella".

Bella adalah kawan sekelas Yusrina. Bertubuh badan kecil tetapi bersikap sedikit galak. Dia selalu cakap lepas. Bella umpama adik paling kecik diantara mereka bertiga. mereka selalu bersama ketika zaman persekolahan.

"Eh,jap... abng sado ni pakwe akak Hana Ya?" dengan selamba Bella berkata tampa ragu-ragu

"Belum lagi" Hana Sofea menjawab tampa bersalah.

Syah tersentak hingga merase jantungnya terkeluar dari dadanya yg kekar. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan melonjak dihati Syah ketika itu.

"Hahaha, abng sado yang dari jauh tadi gagah macam harimau, ni dah menjadi kucing comel" Bella berkata sambil bergelak besar.

"Dah,dah.. kesian abang sado juta ni" Hana sofea berkata walau pon jelas dia juga tidak mampu menahan ketawanya.

kemudian Yusrian terus menyatakan niat mereka kesana. "kami nak mencari baju utk abang sado kita ni, ada tak baju yang baru sampai?"

Mereka pon terus ke bahagian pakaian lelaki.

"Abang, Yus dan Bella nak pergi bahagian pakaian wanita, abng cari dulu baju dengan akak Hana ya"

Belum sempat Syah bersuara Yusrina pun menarik tangan Bella dan berlalu pergi.

"Abang sado, mari Hana teman cari baju" Hana pun merangkul lengan Syah dan menunjukkan baju-baju yang berada di situ...Dan syah hanya menurutinya.

Tampa mereka duga, adengan mereka sedang dilihat oleh sepasang mata yang penuh amarah dan jejaka tampan itu pon berlalu pergi dalam keadaan teramat marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience