Di gerai tepi jalan...
"Abang Syah, saya sudah panaskan air, ade apa-apa lagi boleh saya bantu?"
"Terima kasih, tak pa, abng boleh settle yg lain-lain ni.. yus nk makan tak?,abng hidangkan nasi lemak ni"
Yusrina hanya senyum kambeng dan di kerusi... Dia sebenarnya sudah tidak tahan keroncong di perutnya dari jam 6:30 tadi untuk merasa nasi lemak yang siap dimasak itu.
"Sate pon sudah siap dibakar, nak x?"
Tampa tunggu jawapan dari Yus dia terus mengambil lima cucuk sate ayam dan menghidangnya di hadapan Yusrina..
"Assalammualaikum"
Seorang lelaki separuh baya memberi salam kepada mereka.. Dia datang untuk membungkus nasi lemak untuk dibawa ke sekolah. Dia adalah seorang cikgu di salah sebuah sekolah di kampung itu.
"Dik, bagi saya 10 bungkus nasi lemak dan 20 cucuk sate ayam" Dia tampa berlengah menyampaikan hasratnya..
Yusrina yang sedang hanyut dalam lautan khayalannya tidak sedar akan kehadiran lelaki itu.. Dia benar-benar sudah terpegun dengan nasi lemak dan sate dihadapannya..
setelah selesai dibungkus pesananya, lelaki itu pon membayar sejumlah wang. "tolong sampaikan pada cik adik tu, kalau makan tu jangan sampai tak pandang kiri dan kanan" sambil tersenyum mengejek dia pun berlalu pergi.
"Yus, abang yang di dalam kereta tu, kata kalau makan jgn lupe pndang kiri kanan" dgn nada menyindir Syah menyampaikan pesanan lelaki tersebut..
Yus dengan serta-merta hentikan suapan dan berpaling kearah kereta yang sedang meluru pergi.
"Abang, aduh.. tu cikgu mazlan tu, aduh... malunya"
Cikgu sata adalah guru kelasnya ketika Yusrina di tingkatan 5. Cikgu Mazlan adalah seorang cikgu yang ramah, dia selalu mengambil tahu akan semua bekas pelajarnya...
"jangan salahkan abang, awak tu yang mkn tak inggat dunia.. dah bace doa ke tidak makan tu?" sambil gelak besar dia menyindir Yusrina lagi...
Gerai yang baru dibuka mula dikunjungi oleh beberapa orang kampung. maka bermula la hari yang sibuk bagi dua manusia ini. Yusrina akn mengambil pesanan mana kala Syah pula sedang menyediakan sate serta nasi lemak dan menghidangkannya.
"Hai abng sado, sibuk nampak?" suara manja menyapa Syah dari belakang.
Suara itu tidak lain adalah suara wanita idaman pemuda-pemuda kampung , Hana Sofea.
"ehh,errr...... Hana, buat apa sini" Secara tiba-tiba Syah menjadi budak yang baru belajar bercakap.
Riak wajah Syah ketika itu sangat mencuit hati. Sudah menjadi kebiasaan untuk Hana Sofea menyakat Syah.. Sudah menjadi rutin hariannya.
"Abang sado nk Hana tolong?"
"Eh, errrrr, tak pa la.. Hana duduk la dulu, Syah siapkan pesanan dulu" dengan teragak-agak Syah menolak bantuan dari Hana..
"Ok... Syah, Hana nk nasi lemak dengan sate 3 cucuk"
selepas membuat pesanan Hana pon mencari tempat duduk...
Tampa mereka sedar pelanggan makin ramai apa bila masuk waktu tengahari. Disebabkan ramainya pelanggan, Pak Salleh dan makcik kiah turut datang datang membantu di gerai.. kebanyakan mereka hanya boleh membungkus kerana kekurangan tmpat duduk.
"Abang, akak ni nak bungkus lima puluh bungkus nasi lemak lima puluh bungkus.. Boleh dapat tak?"
Syah bernasib baik kerana menjangkakan hal itu. Dia telah menyediakan nasi baru walau pun sibuk membakar sate di belakang gerai. Yang dia tidak jangka adalah kebanyakan pelanggan lelaki yang ada hari itu datang kerana adanya Hana Sofea disitu.
"Boleh, Yus mari sini bantu ibu bungkus nasi lemak ni" makcik kiah memanggil Yusrina untuk membantu.
"Makcik ,mari Hana tolong" Hana bersuara dan terus pergi membantu makcik kiah.
Sebenarnya, matanya tidak beralih memandang Syah yang sedang gigih untuk bertenang.. Hatinya berbunga-bunga bila melihat ketekunan lelaki berbadan sasa di depannya itu.
Hari semakin petang, namun pelanggan menjadi semakin ramai. Peluh membasahi baju Jejaka tampan itu menampakkan lagi kejantanan dia.
"Abang sado, nak bergambar boleh?" sekumpulan anak gadis remaja kampung menyampaikan hasrat mereka.
Syah berasa sangat malu ketika itu, namun dia tidak menolak. Wajah ayu Hana sofea berubah seratus lapan puluh darjah apa bila mendengarnya. Jelas terukir di wajah dia yang dia cemburu.
"Hana, nak bergambar juga ka dengan si syah tu?" Pak salleh menyakat Hana Sofea apa bila dia melihat wajah cemburu Hana Sofea..
Pak Salleh memberi petanda kepada anaknya Haida Yusrina dan secara automatic anaknya faham akan hasrat ayahnya itu.
"abang, mari sini.. mari kita ambil gambar sekeluarga"
Syah menurut tampa berkata apa-apa.. Yusrina sengaja mengatur supaya Syah berdiri bersebelahan dengan Hana Sofea.
"abang, rapat la sikit.. abng tu besar tak muat pulak dalam gambar ni jap lagi"
Kini jarak antara Hana sofea dan Syah hanya kurang dari sejengkal. Syah dapat menghidu bau harum dari hana sofea. Jantungnya berdegup kencang hingga terasa inggin tertanggal dari dadanya. Begitu juga dengan Hana Sofea, dia terasa ingin pengsan bila kenangkan abang sado idamannya betul-betul dekat dengannya.
Share this novel