Bab 3 : Mula Dari Bawah

Other Series 1358

Sebuah gerai tepi jalan ..

Pak salleh dan syah berdiri dihadapan gerai lama Pak Salleh yg kelihatan lusuh dan kelihatan mahu roboh. Tiangnya yang terbuat dari kayu telah dimakan oleh anai-anai..

"Syah, ini la gerai yg pakcik cakapkan tu,dah lama tersadai sbb anak-anak dah x bagi pakcik niaga lagi" Pak Salleh berkata sambil membuang daun² yg penuh diatas meja kayu yg kelihatan lusuh.

"mari kita bersihkan dan betulkan apa yang patut"...

Sehari suntuk Syah dan Pak salleh di gerai itu. Beberapa orang kampong yang lalu-lalang menegur mereka . " assalammualaikum,Pak Leh nk niaga sate semula ka?" mereka ditegur oleh seorang wanita yang kebetulan lalu disitu.

"Waalaikummussalam..Ehh, hana... takda la, pakcik kemas-kemas ni supaya anak angkat pakcik ni boleh niaga disini" Pak Salleh membalas teguran Hana

"Perkenalkan anak angkat pakcik, ini syah... dia akan niaga sarapan disini" sambung Pak Salleh..

Hana adalah seorang janda muda kematian suami, dia tidak punyai anak... Di Kampung itu ramai anak muda tergila-gilakan dia.. senyuman yang manis, badan yang langsing dan suara manjanya adalah asset utamanya..

"Wah, lepas ni senang la nk cari sarapan, tak perlu jauh-jauh ke pekan" Hana berkata dengan suara manjanya.

Sebenarnya ada saja sebuah warung dikampong itu jika dia hendak mencari sarapan... Syah hanya terdiam disitu, mata dan hatinya sudah terpanah kepada Hana..

" abang sado, mulut tu tutup.. Nanti lalat masuk" Hana mengusik Syah dan dia ketawa kecil... Syah secara semula jadi tutup mulutnya dan terasa malu..

"Ok la Pak Salleh, Hana nak ke pekan untuk beli barang, nanti kita borak lagi..Assalammualaikum".

Hana pun membuka pintu keretanya, masuk ke dalam dan seterusnya meluru ke pekan...

Selepas seharian bekerja mengemas dan membaiki gerai, hari sudah menjangkau senja... Gerai itu kini kelihatan baru..

"Akhirnya selesai jaga" pak Salleh berkata dgn penuh lega.. gerai dan 3 meja makan itu kelihatan teratur dan kelihatan baru...

"Mari kita balik,esok kita akan ke pekan untuk mencari barang-barang persiapan untuk kamu niaga" Pak Salleh berkata dengan senyuman kepuasan dibibirnya...

mereka pon balik ke rumah Pak Salleh..

Setibanya mereka di rumah, kedengaran Makcik kiah sedang riuh berbual dengan seorang perempuan remaja di dalam rumah.

"eh, kata balik minggu depan, ni boleh pula tiba-tiba terpacul dirl rumah" Pak Salleh bersuara dalam nada pelik..

"siapa Pak salleh?" syah bertanya ....

"Yusrina,anak pakcik yang sambung belajar di Universiti .. Dia kata minggu depan baru akan balik ke sini, ni tahu-tahu sudah ada je di rumah"...

Mereka pon terus memberi salam dan memasuki rumah...

Setelah Pak Salleh memberi salam, terus saja anak perempuanya itu lari ke muka dengan manja salam dan peluk ayahnya itu...

Tiba-tiba air mukanya berubah apa bila terlihat Syah yang berada di sebelah ayahnya itu... " siapa ni ayah?, " dengan wajah yang malu-malu dia bertanya pada ayahnya dan melepaskan pelukannya..

"Ini syah, anak angkat ayah.. kamu dgn abng kamu jarang balik sini.. so, ayah cari anak baru la" Pak Salleh berselohor dengan anaknya sambil perkenalkan Syah kepada anaknya.

Yusrina mencebik kepada Pak Salleh dengan wajah manja sambil menyilangkan kedua tangannya menunjukkan wajah mengajuk..

"Dah la sembang tu, ajak si syah tu masuk.. nak masuk magrib dah ni" makcik kiah mencelah .
Mereka berdua pon masuk dan bersiap utk mandi dan solat magrib..

Selepas solat isyak dan makan, Pak Salleh dan makcik kiah duduk diruang tamu sambil menonton siaran tv3.. Mana kala Syah pula duduk di luar rumah sambil menyalakan rokok ..

"Ayah kata abng nak niaga kat gerai lama ayah, betul ke?" Yus menegur syah yg sedang leka di tangga rumah..

"Ya, ayah dgn mak yus yg cadangkan kat abng utk niaga sarapan disana" syah menjawab smbil memberi senyum iklas kepada Yus..

Yus merasa senang bila duduk berborak dgn syah, die langsung tak merasakan syah sebagai orang luar..

Malah dia merasa seakan sedang berborak dengan abang kandungnya...

Mereka berborak hingga la Syah meminta izin untuk masok dan tidur...

Di dalam bilik, Syah masih berfikir tentang apa yg akan terjadi bila dia mula berniaga kelak. Didalam kepalanya bermacam-macam benda sedang bermain.

" Tahu apa?, persetankan semua yg lepas... sekarang ini duniaku"

"Takpe la, aku akan mulakan ini semua dari bawah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience