Bab 2 Tinggal Bersama Mak Ngah

Romance Completed 122060

Bab 2


Kelihatan Normah menangis teresak-esak mengenangkan nasib anaknya Dhamirah. Kerana suaminya telah mengusir Dhamirah keluar dari rumah mereka. Normah merasa sangat risau tentang keadaan anaknya itu. Kerana Normah tahu tiada tempat untuk Dhamirah tuju. Normah juga menyedari Dhamirah sudah tidak berkawan rapat dengan dua rakan sekolahnya bernama Farah dan Jannatil setelah mereka bertiga pulang dari bercuti disebuah homestay.


Normah juga menyedari pagi itu Dhamirah pulang bukan bersama Farah dan Jannatil. Sebaliknya di awal pagi Dhamirah sudah berada didepan rumahnya dihantar oleh seseorang. Bila ditanya kepada anaknya itu siapa yang telah mengantarnya. Dhamirah hanya mengatakan orang yang telah menghantar dirinya pulang adalah kawan kepada Farah dan Jannatil. Setelah itu Normah tidak bertanya lagi. Normah percaya dengan kata-kata anaknya itu.

“Abang,macam mana keadaan Mira diluar sana dengan hujan lebat ni?Malam-malam begini dimana agaknya Mira akan bermalam?”Kata Normah sambil menangis teresak-esak kerana mengingatkan keadaan anak perempuannya itu.

“Abang ingat Mira akan beritahu siapa lelaki tu, kalau ugut suruh dia keluar dari rumah. Tapi abang tak sangka Mira sanggup keluar dari rumah daripada memberitahu siapa lelaki itu.”Kata Samat agak kecewa dengan sikap anaknya itu.


Tiba-tiba Samat melangkah keluar dari rumah pergi ke arah motorsikalnya yang berada di luar rumah. Melihat suaminya itu tiba-tiba keluar dari rumah dengan keadaan hujan yang masih belum berhenti.Membuatkan Normah agak kehairanan.

“Abang,nak pergi mana? Hujan lebat ni.”Tanya Normah.

“Abang nak pergi cari Mira...biarlah jika dia ingin merahsiakan siapa lelaki tu. Abang tak sampai hati nak biar dia berada diluar sana.”Kata Samat kemudian ia mula menungang motosikalnya untuk mencari keberadaan Dhamirah.


Normah tahu suaminya itu sangat kecewa dengan anak mereka Dhamirah kerana telah mengandung diluar nikah. Sedangkan mereka tidak pernah melihat Dhamirah berkawan dengan mana-mana lelaki selama ini. Dhamirah anak yang sangat mendengar kata. Mereka berdua sebagai orang tua merasa telah gagal mendidik Dhamirah sehingga anak perempuannya itu boleh hamil diluar nikah. Samat hanya bekerja sebagai cleaner di sebuah kilang. Normah pula hanya suri rumah tangga dan Normah juga mengalami lumpuh sebelah badan kerana strok. Normah mampu berjalan dan menguruskan dirinya sendiri hanya tangan sebelah kanannya sahaja tidak mampu di gerakkan.


Samat menungang motosikalnya dalam hujan untuk mencari Dhamirah. Hatinya mula risau dengan keadaan anak sulungnya itu. Apa lagi hari sudah agak larut malam. Ada rasa penyesalan dihatinya kerana telah mengusir anaknya itu keluar dari rumah. Sudah agak jauh Samat menungang motosikalnya itu tetapi ia tidak melihat sebarang kelibat manusia di jalan. Mana mungkin ada orang yang akan keluar berjalan hujan-hujan begini. Apa lagi dengan hari yang sudah larut malam. Mulut Samat tidak berhenti-henti berdoa memohon supaya ia dapat bertemu dengan anaknya itu.


Motosikal yang ditunggang oleh Samat sampai di sebuah pondok bas. Dengan cahaya motosikalnya yang tidak berapa terang itu. Samat dapat melihat ada kelibat seseorang di pondok bas itu sedang duduk sambil memeluk tubuh. Samat segera menungang motosikalnya itu ke arah pondok bas itu. Cahaya lampu motosikal Samat yang agak malap itu telah terkena ke arah Dhamirah yang sedang duduk dipondok bas itu.

Dengan segera Samat menongkat motosikal dan turun dari motosikalnya itu. Lalu ia melangkah kakinya ke arah Dhamirah. Dhamirah agak tergamam melihat ayahnya datang ke arahnya. Pada mulanya Dhamirah menyangkakan ayahnya itu akan memukulnya lagi.

“Mira,jom ikut ayah balik.”Kata Samat.

“Maafkan,Mira...Mira akan pergi dari kampung ni.”Kata Dhamirah dengan air matanya mula mengalir membasahi pipinya.

“Mira,ikut ayah balik rumah dulu. Nanti ayah dan mak akan fikirkan cara terbaik untuk selesaikan masalah kamu ni.”Kata Samat memujuk anaknya itu.

“Ayah tolong maafkan,Mira.”Kata Dhamirah.

“Sudahlah...ayah tidak akan paksa kamu untuk beritahu siapa lelaki itu. Ayah maafkan kamu.”Kata Samat.


Dhamirah memboceng motosikal ayahnya itu.Samat mula memandu motosikalnya itu pulang ke rumah. Sampai dirumah Haslinda di sambut oleh ibu dan adiknya. Samat menyuruh Dhamirah mandi kerana anaknya itu sudah basah kuyup kerana terkena hujan. Setelah Dhamirah selesai mandi barulah Samat pula masuk ke dalam bilik untuk mandi kerana Samat juga basah terkena hujan.


Setelah Samat memakai kain pelikatnya ia pergi ke ruang tamu. Samat telah memberitahu kepada ahli keluarganya supaya mereka semua berkumpul diruang tamu. Kerana ia ingin membincangkan tentang masalah Dhamirah yang sedang mengandung tanpa suami itu. Dan mereka juga tidak tahu siapa ayah kepada anak yang dikandung oleh Dhamirah itu. Tetapi walau bagaimanapun ia tidak akan menyuruh Dhamirah mengugurkan anaknya itu.

Normah,Darwisy dan Dhamirah sudah berada diruang tamu. Dhamirah hanya mendudukkan kepalanya kerana ia tidak berani untuk melihat wajah kedua orang tuanya itu. Kerana Dhamirah sedar kedua orang tuanya itu benar-benar kecewa bila mengetahui dirinya sedang mengandung. Dhamirah sedar mengandung tanpa nikah ini sesuatu yang sangat memalukan. Apa lagi anaknya nanti akan lahir tanpa seorang ayah.

“Ayah sudah telefon Mak Ngah kamu yang ada di kampung. Mak Ngah kamu tu setuju kamu tinggal dengan dia. Lagi pula Mak Ngah kamu tu tinggal seorang diri saja di kampung. Sekurang-kurangnya kamu boleh temankan dia dan boleh juga bantu dia buat kuih.”Kata Samat.

“Mira,akan ikut saja apa yang ayah rasa baik untuk Mira.”Ujar Dhamirah menyetujui cadangan ayahnya itu.

“Esok,ayah akan hantar kamu ke rumah Mak Ngah.”Kata Samat.

Mak Ngah adalah kakak kepada Samat. Mak Ngah hanya tinggal seorang diri kerana suami dan anak Mak Ngah telah pun meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Setelah kematian suami dan anaknya itu Mak Ngah tidak pernah berkahwin lain. Mak Ngah telah mengambil keputusan tinggal di kampung dengan membeli tanah dan rumah pusaka ini dari adik beradiknya. Sesekali Samat akan membawa ahli keluarganya melawat kakaknya yang bernama Salasiah itu.


Salasiah setuju supaya Dhamirah tinggal bersamanya. Kerana dirinya juga hanya tinggal seorang diri bertemankan 5 ekor kucing yang ia bela dirumahnya. Sekurang-kurangnya bila Dhamirah tinggal bersamanya ada juga teman untuk ia berbual. Jika tidak 5 ekor kucing inilah jadi teman berbualnya setiap malam.


Pagi ini Samat dan Dhamirah telah bertolak ke rumah Salasiah yang berada di kampung.Perjalanan ke kampung mengambil masa hampir 3 jam juga. Samat tidak membawa ahli keluarganya yang lain. Mereka berdua sampai di rumah Salasiah dalam pukul 11.30 pagi. Kelihatan Salasiah gembira dengan ke datangan Samat dan Dhamirah. Memang dari dulu lagi Salasiah sudah memujuk Samat supaya Dhamirah tinggal dengannya. Kerana Salasiah sangat menyayanggi Dhamirah yang agak rapat dengan dirinya.


Dahulu Dhamirah mungkin tidak akan mahu untuk tinggal bersama dengan Salasiah Mak Ngahnya ini. Kerana kawasan kampung ini agak pendalaman dan jauh untuk keluar ke bandar. Setiap kali ingin ke rumah kakaknya ini Samat akan singgah ke kedai dibandar terlebih dahulu membeli barangan dapur untuk kakaknya itu. Tetapi hari ini Dhamirah akur dengan kehendak ayahnya supaya ia tinggal bersama Mak Ngahnya ini. Dhamirah akan cuba untuk menyesuaikan dirinya tinggal di kampung ini. Walaupun Samat dan ahli keluarganya juga tinggal dikawasan perkampungan tetapi kampung tempat mereka tinggal berhampiran dengan bandar.

Malam ini Samat akan bermalam dirumah kakaknya ini. Esok pagi barulah Samat akan berangkat pulang meninggalkan anaknya Dhamirah tinggal dikampung ini. Pagi setelah selesai bersarapan Samat mula bersiap-siap keluar dari rumah menuju ke arah keretanya yang sudah agak uzur itu. Tetapi masih boleh digunakan untuk perjalanan yang agak jauh untuk melindungi dari hujan dan panas. Dhamirah hanya memerhatikan sahaja ayahnya itu masuk ke dalam kereta. Setelah kereta ayahnya bergerak dan hilang dari pandangan matanya. Tiba-tiba Dhamirah merasa sebak kerana dirinya akan berjauhan dengan ahli keluarganya yang lain.

Mak Ngah melihat air mata anak saudaranya itu mengalir. Mak Ngah menghampiri Dhamirah sambil mengosok-gosok belakang tubuh anak saudaranya itu. Mak Ngah cuba untuk menenangkan Dhamirah yang kelihatan kesedihan itu.

“Jangan risaulah...nanti bila ada masa ayah kamu mesti akan datang bawa mak dan adik kamu untuk tengok kamu.”Kata Mak Ngah cuba menenangkan anak saudaranya itu.

“Mira,rasa bersalah sebab sudah buat mak dan ayah malu.”Kata Dhamirah sambil menahan sebak di dada.

“Sudahlah,benda sudah jadi terima saja dengan reda. Mak Ngah cuma ingin tahu siapa ayah anak dalam kandungan kamu tu. Dan kenapa Mira tidak mahu bagitahu siapa lelaki itu?”Ujar Mak Ngah sambil mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Tangan Mak Ngah memengang tangan Dhamirah untuk mengajak ia masuk ke dalam rumah. Dhamirah hanya mengikut sahaja langkah kaki Mak Ngah masuk ke dalam rumah. Haslinda diam tidak menjawab pertanyaan dari Mak Ngah tentang lelaki yang telah menabur benih di dalam rahimnya. Mak Ngah mula sedar yang Dhamirah sepertinya tidak mahu menjawab pertanyaannya itu.

“Kalau Mira tidak mahu bagitahu siapa lelaki itu. Dan tidak mahu juga bagitahu sebab apa Mira merahsiakannya. Tidak mengapalah...lepas ni Mak Ngah tidak akan bertanya lagi tentang lelaki itu.”Kata Mak Ngah.

“Terima kasih,sebab sudah sudi biarkan Mira tinggal dengan Mak Ngah. Tentang siapa ayah kepada anak dalam kandungan Mira ni,biarlah hanya Mira seorang sahaja yang tahu.”Kata Dhamirah dengan matanya mula merah dan kelopak matanya mula basah.

“Sudah,janganlah menangis. Tak baik untuk anak dalam kandungan kamu tu.” Nasihat Mak Ngah.

“Maaf,sebab sudah menyusahkan Mak Ngah.”Ujar Dhamirah berasa dirinya bakal membebankan ibu saudaranya itu.

“Mak Ngah lagi seronok Mira mahu tinggal dengan, Mak Ngah. Bolehlah buat kawan bersembang, kalau tak Mak Ngah tinggal sorang-sorang asyik bercakap dengan kucing.”Kata Mak Ngah.

Beberapa bulan kemudian.

Dhamirah terbangun dari tidurnya kerana merasa tidak selesa di perutnya. Dhamirah merasakan perutnya seperti memulas-mulas ia segera bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Masuk ke dalam bilik air Dhamirah menyedari ada darah keluar dari farajnya. Dengan segera Dhamirah keluar dari bilik air dan berjalan ke arah bilik Mak Ngah. Mak Ngah tidak pernah mengunci pintu biliknya.


Dhamirah sampai di bilik Mak Ngah dan ia terus masuk ke dalam bilik. Kelihatan jam didalam bilik Mak Ngah sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Sepertinya Mak Ngah baru sahaja masuk tidur. Tangan Dhamirah dengan perlahan-lahan menyentuh tubuh Mak Ngah. Kemudian Dhamirah mengoyang sedikit tubuh Mak Ngah untuk mengejutkan Mak Ngah bangun dari tidurnya.

“Mak Ngah...Mak Ngah,bangun.”Kata Dhamirah sambil tangannya tetap mengoyang tubuh Mak Ngahnya itu.

Perlahan-lahan Mak Ngah membuka matanya. Mak Ngah terkejut melihat Dhamirah yang telah mengejutkan dirinya dari tidur.

“Ada apa Mira?”Tanya Mak Ngah.

“Perut Mira rasa sakit...lepas tu masa Mira masuk bilik air tadi,di kemaluan Mira ada keluar darah.”Terang Dhamirah.

“Itu tanda Mira nak bersalin. Sekejap Mak Ngah pergi panggil Pak Cik Jamil kamu.”Kata Mak Ngah lalu dengan segera bangun dan berjalan keluar dari rumah.


Mak Ngah pergi ke rumah jiran yang berada sebelah rumahnya. Jirannya itu bernama Jamil tinggal bersama isteri dan anak-anaknya. Jamil mempunyai sebuah kereta. Walaupun kereta itu kelihatan agak uzur dengan cat pun sudah agak pudar. Tetapi kereta itu masih boleh bergerak bila dipandu.

Mak Ngah telah meminta bantuan Jamil untuk membawa Dhamirah ke hospital. Walaupun Dhamirah mengandung anak luar nikah tetapi Mak Ngah tetap membawa Dhamirah ke klinik ibu mengandung untuk membuat buku pink. Walaupun banyak mata yang memandang serong terhadap Dhamirah tetapi Mak Ngah selalu memberi kata-kata semangat kepada anak saudaranya itu. Mak Ngah selalu memujuk Dhamirah bahawa dengan adanya buku pink untuk ibu mengandung ini,akan memudahkan Dhamirah untuk melahirkan anaknya nanti.

Bersambung...

Terima kasih kepada yang sudi baca kisah Rahsia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience