Bab 3 Ayah Jatuh Sakit

Romance Completed 122060

Bab 3

Beberapa tahun kemudian.

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki keluar dari tadika dan berjalan ke arah ibunya. Ibu kanak-kanak itu tersenyum memandang anaknya itu sambil tangannya memengang tangan anaknya itu. Ibu itu adalah Dhamirah.

“Mama,hari ni Mikail dapat kawan baru. Sebab dia baru pindah dekat sini.”Beritahu Mohamad Mikail kepada Dhamirah.

“Mikail,belajar apa hari ini?”Tanya Dhamirah sambil memegang tangan anaknya berjalan ke arah motorsikalnya.

“Hari ni,Mikail belajar abc je.”Jawab Mikail.

“Eh,bukan sebelum ni dah belajar abc.”Kata Dhamirah sambil menaiki motosikalnya.

Melihat Dhamirah sudah berada diatas motorsikal dengan segera Mikail pun naik keatas motosikal membonceng dibelakang Dhamirah.

“Sebelum ni cikgu dah ajar abc tu,tapi hari ni cikgu ajar eja pula,”Jawab Mikail setelah berada diatas motosikal sambil tangannya mula memeluk tubuh ibunya itu.

“Ooh.”Balas Dhamirah lalu ia mula menunggang motosikalnya.


Dari tadika ke rumah Mak Ngah hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Sampai di rumah, Dhamirah segera memarkir motosikalnya kemudian Mikail turun dari motosikal. Kelihatan dimuka pintu sudah ada Mak Ngah yang menunggu kepulangan mereka berdua. Mikail terus berjalan ke arah Mak Ngah yang ia panggil Opah.

“Opah,nak tahu tak? Hari ni kan Mikail dapat bintang.”Beritahu Mikail.

“Mikail,dapat bintang apa pula dah?”Tanya Mak Ngah kepada cucu saudaranya itu.

“Cikgu,bagi bintang sebab Mikail betul semua.”Kata Mikail lalu segera membuka beg sekolahnya dan mengambil buku latihan.


Mikail terus membuka buku latihannya itu ingin menunjukkan bintang berwarna merah yang telah dilukis oleh cikgu yang mengajarnya.

“Amboi,tak sabarnya nak tunjuk dekat Opah.”Tegur Dhamirah sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

“Opah,tengoklah ni.”Kata Mikail sambil tangannya menunjukkan bintang berwarna merah yang ada dibuku latihannya itu.

“Pandailah cucu Opah ni,esok Mikail bagi dapat bintang lagi tau.”Kata Opah memberi semangat.

“Esok cutilah, Opah. Macam mana Mikail nak pergi sekolah?”Kata Mikail sambil tangannya mula menyimpan kembali buku latihan ke dalam beg.

“Ala,Opah lupalah esok Mikail tak sekolah.”Kata Mak Ngah.

“Mikail! Cepat masuk bilik buka baju. Lepas tu ambil tuala pergi mandi,nanti bolehlah makan sama-sama dengan Opah dan mama.”Panggil Dhamirah.

“Baik,mama.”Sahut Mikail sambil mula berjalan menuju ke arah bilik.


Masuk ke dalam bilik Mikail mengambil tuala setelah ia membuka baju. Kemudian Mikail keluar dari bilik dan berjalan ke arah bilik air. Setelah selesai mandi Mikail keluar dari bilik air lalu berjalan ke arah bilik. Dhamirah segera mengikut anaknya itu masuk ke dalam bilik. Didalam bilik Dhamirah mengelap badan anaknya itu dengan tuala. Setelah itu Dhamirah memberikan baju supaya anaknya itu memakainya.

“Mama,ayah kerja apa?”Tanya Mikail membuatkan Dhamirah tersentak mendengar pertanyaan anaknya itu.

“Ayah,Mikail kan dah meninggal dunia.”Kata Dhamirah.

“Kawan Mikail cakap sebelum ayah meninggal, mesti ayah ada kerja juga.”Kata Mikail sambil tangannya menyarung baju ke badannya.

“Mikail cakap je,dulu ayah kerja kilang.”Kata Dhamirah menjawab pertanyaan anaknya itu.


Tahun ini Mikail anak Dhamirah sudah berumur 5 tahun. Mula tahun ini Dhamirah telah memasukkan Mikail ke sekolah tadika. Pergi dan balik Dhamirah yang hantar dan ambil. Setelah mengambil Mikail dari tadika dan makan bersama, Dhamirah akan kembali ke tempat kerjanya kembali. Dhamirah bekerja sebagai cleaner di sebuah Sekolah Rendah tidak jauh dari tadika anaknya itu. Sudah hampir 2 tahun Dhamirah bekerja sebagai cleaner disekolah ini.


Waktu Dhamirah bekerja Mikail akan tinggal bersama Mak Ngah. Pukul 4.00 petang barulah Dhamirah habis kerja. Dalam pukul 4.20 petang Dhamirah akan sampai dirumah. Setiap tahun hampir setiap bulan keluarga Dhamirah akan datang menjenguknya. Tetapi tahun ini sudah beberapa bulan keluarganya tidak datang. Dhamirah sering berhubung dengan keluarganua itu melalui telefon. Ibunya memberitahu ayahnya kurang sihat sebab itu tidak dapat datang untuk menjenguk Dhamirah dan anaknya.


Dhamirah susah hati memikirkan keadaan ayahnya. Apa lagi bila memikirkan ibunya juga tidak berapa sihat. Manakala Darwisy adik lelaki Dhamirah masih belum habis belajar lagi. Darwisy lah harapan kedua orang tuanya setelah dirinya tidak mampu untuk menyambung pelajaran.


Dhamirah menungang motosikal pulang ke rumah setelah tamat waktu kerjanya. Di tempat kerja Dhamirah tidak banyak bercakap kerana dirinya adalah pekerja cleaner paling muda disekolah itu. Apa lagi banyak yang tahu dirinya mempunyai anak yang tidak sah taraf. Walau ada kata-kata yang tidak menyenangkan kepada dirinya. Dhamirah tetap bertahan untuk terus bekerja disini. Duit gaji ia dapat tidak seberapa itulah untuk menangung keperluan anaknya dan dikirimkan sedikit kepada orang tuanya. Kerana kesihatan kedua orang tua yang sudah semakin merosot.


Samat dan Normah berkahwin di usia mereka sudah 30an. Mungkin jodoh mereka berdua lambat tetapi ketika usia perkahwinan mereka sudah setahun mereka dikurniakan anak pertama Nur Dhamirah. Selang 3 tahun mereka dikurniakan pula seorang anak lelaki yang diberi nama Mohamad Darwisy.


Sampai di rumah Dhamirah memarkir motosikalnya. Dhamirah turun dari motosikal dan berjalan masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah Dhamirah melihat Mak Ngah sedang menjahit kain untuk dibuat baju yang ditempah oleh orang kampung. Mak Ngah memang cekap menjahit baju dan ramai orang kampung yang datang untuk meminta Mak Ngah membuat baju. Kadang-kadang ada juga orang kampung mengupah Mak Ngah untuk menjahit kain langsir.

“Mak Ngah,mana Mikail sunyi je?”Tanya Dhamirah bila ia masuk ke dalam rumah dan melihat tidak ada suara anaknya itu.

“Mikail,dia tidur dalam bilik Mak Ngah. Letih duk main dengan anak jiran sebelah tadi agaknya.”Jawab Mak Ngah.

“Oo,Mira nak pergi mandi dululah.”Beritahu Dhamirah lalu berjalan ke arah biliknya.

Usai mandi dan menunaikan sembahyang asar,Dhamirah berjalan masuk ke dalam bilik Mak Ngah untuk melihat anaknya. Dhamirah tersenyum melihat tubuh anaknya yang terbaring di atas katil Mak Ngah. Kelihatannya Mikail tidur dengan nyenyaknya Dhamirah tersenyum memandang wajah anaknya itu. Anaknya ini adalah harta paling berharga yang ia ada. Tangan Dhamira menyentuh tubuh anaknya itu.


Sentuhan dari tangan Dhamirah telah menyebabkan badan anaknya itu bergerak-gerak. Tak lama kemudian Mikail mula membuka matanya. Mata Mikail memandang ke wajah Dhamirah.

“Mama!”Jerit Mikail sambil mengukir senyuman lebar di mulutnya.

“Kenapa,Sayang?”Tanya Dhamirah.

“Mama,tadi Iwan tolak Mikail. Tengok ni kaki Mikail sakit.”Adu Mikail sambil menunjukkan kakinya yang mengalami sedikit calar.

“Ala,bukan luka pun. Calar sikit je,meh sini mama letak ubat.”Kata Dhamirah lalu tangannya mula meletakkan ubat dikaki anaknya itu.

“Mama,kenapa tuk wan dan opah jauh dah lama tak datang?”Tanya Mikail kepada ibunya itu.

“Tuk wan dan opah jauh tak boleh datang...sebab diorang tak sihat. Mikail,rindu tuk wan dan opah jauh ya.”Kata Dhamirah.

“Mikail,rindulah.”Sahut Mikail.

“Malam ini mama akan telefon tuk wan dan opah jauh. Nanti bolehlah Mikail sembang dengan tuk wan dan opah jauh.”Kata Dhamirah memberi cadangan.

“Yey! Dapat sembang dengan tuk wan dan opah jauh.”Kata Mikail agak teruja.

Malam ini usai makan malam Dhamirah segera mengambil telefon bimbitnya dan mencari nombor telefon ibunya. Lalu Dhamirah menelefon ibunya,tidak berapa lama kemudian panggilan itu dijawab oleh Normah ibu Dhamirah.

“Assalamualaikum.”Kedengaran suara Normah memberi salam.

“Waalaikumussalam. Mak dan ayah apa khabar?”Dhamirah menjawab salam dan bertanya khabar kepada ibunya itu.

Tiba-tiba Dhamirah mendengar ada suara tangisan dari ibunya itu. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena sudah terjadi kepada orang tuanya itu.

“Mak! Kenapa mak nangis ni?”Soal Dhamirah agak risau dengan ibunya itu.

“Mira,ayah kamu mungkin tak boleh kerja dah. Sebab penyakit kencing manis dia tu...kaki ayah kamu tu tercucuk benda tajam...doktor nasihat suruh potong sampai lutut.”Beritahu Normah kepada anaknya itu sambil teresak-esak.

“Sekarang ayah ada dekat hospital lah ni?”Tanya Dhamirah.

“Aah,ayah dekat hospital sekarang. Besok baru doktor akan bedah untuk potong kaki ayah.”Jawab Normah yang sudah agak tenang sedikit.

“Kalau macam tu esok Mira akan balik.”Kata Dhamirah agak risau dengan keadaan ibu dan ayahnya itu.

“Kalau boleh...Mira balik terus tinggal dengan mak dan ayah. Kawan mak bagitahu Syarikat kontraktor dekat bandar tak jauh dari rumah kita ni tengah cari kerani kewangan. Sijil SPM Mira tu boleh guna untuk minta kerja dekat situ.”Normah memberi cadangan kepada Dhamirah.

“Mama,bila Mikail boleh sembang dengan opah jauh ni.”Rungut Mikail bila melihat Dhamirah asyik memegang telefon ditelinga dan berbual.

“Yalah...mak,ni Mikail cucu mak nak sembang.”Kata Dhamirah lalu meletakkan telefon bimbit itu ditelinga anaknya itu.

“Opah! Kenapa tak datang jumpa Mikail? Mikail rindu.”Kata Mikail kelihatan teruja.

Dhamirah membiarkan sahaja Mikail berbual dengan ibunya mengunakan telefon bimbitnya itu.Hati Dhamirah sedikit gelisah mengingatkan permintaan ibunya itu. Supaya dirinya tinggal bersama dengan kedua orang tuanya itu. Dhamirah membuka almari didalam biliknya itu. Kemudian Dhamirah mengambil beg yang ada didalam almari tersebut. Perlahan-lahan tangan Dhamirah membuka beg itu dan mengambil buku akaun bank. Buku akaun bank yang sering ia risau jika ada orang lain melihatnya. Di dalam buku akaun bank itu kelihatan masih ada baki dua puluh ribu ringgit lagi. Sepuluh ribu ringgit sudah pun habis Dhamirah gunakan.

Wang itu Dhamirah dapat dari Fariz yang telah menyebabkan ia terpaksa melayan nafsu seorang lelaki. Pada mulanya Fariz hanya memberinya sepuluh ribu ringgit sahaja pada malam itu. Tetapi esoknya Fariz datang mencari dirinya dan memberi lagi Dua puluh ribu ringgit. Kata Fariz itu sebagai sagu hati dari orang yang telah meragut mahkotanya itu, kerana Dhamirah masih dara. Pada mulanya Dhamirah tidak pernah berniat untuk mengunakan wang tersebut. Tetapi berapa hari kemudian adiknya Darwisy kemalangan ketika menunggang motosikal. Darwisy tidak mempunyai lesen dan mengalami patah kaki dan tangan.


Ayah dan ibunya tidak ada wang untuk melakukan pembedahan untuk memasukkan besi di tempat patah itu. Hanya satu besi sahaja tidak perlu dibayar. Satu lagi waris kena membayarnya baru akan dilakukan pembedahan. Dhamirah telah menipu orang tuanya itu dengan mengatakan ia mempunyai wang simpanan dari hasil biasiswa yang ia dapat dari tingkatan 1. Jadi Dhamirah telah memberi wang yang di beri oleh Fariz itu.


Samat dan Normah sangat gembira ketika itu. Kerana mereka tidak menyangka Dhamirah begitu pandai berjimat cermat sehingga mempunyai wang sebanyak itu. Sebagian dari wang itu juga Dhamirah membeli motosikal terpakai untuk memudahkan dirinya pergi kerja dan mengantar anaknya ke tadika.

Bersambung...

Agaknya apa akan terjadi bila Dhamirah bertemu kembali dengan Farah, Jannatil,Haikal, Badrul,Amir dan Fariz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience