Bab 1 Dugaan

Romance Completed 122060

Bab 1

Hujan membasahi bumi dan angin pula bertiup sangat kencang pada malam ini. Kelihatan seorang gadis bernama Nur Dhamirah sedang bersujud dikaki orang tuanya untuk meminta simpati dan memohon maaf. Tetapi tidak sedikit pun si ayah yang bernama Samat itu menunjukkan rasa belas kasihan. Si ibu yang bernama Normah hanya mampu menangis melihat suaminya itu memukul tubuh anak mereka Nur Dhamirah.

Normah tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu semua adalah kesalahan anaknya sendiri. Dari tadi Samat dan dirinya meminta Dhamirah memberitahu siapa lelaki durjana yang telah menyebabkan dirinya mengandung anak luar nikah. Tetapi Dhamirah tetap tidak mahu memberitahu siapa lelaki itu. Ibu bapa mana yang tidak marah bila mengetahui anak yang mereka tatang bagaikan minyak yang penuh, tiba-tiba anaknya ini telah menconteng arang pada wajah mereka. Tentulah Samat dan Normah merasa sangat malu dengan semua ini. Sedangkan Dhamirah anaklah yang sangat mereka banggakan dan berharap mampu mengubah hidup mereka suatu hari nanti. Tetapi semua itu musnah bila mengetahui anaknya itu hamil di luar nikah.

“Beritahu ayah! Siapa lelaki tu.”Kata Samat dengan suara yang kasar dan kuat.

“Maafkan Mira,ayah.”Kata mulut Dhamirah dari tadi.

Hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Dhamirah tidak menjawab pertanyaan ayahnya itu untuk memberitahu siapa lelaki yang telah menyebabkan dirinya mengandung diluar nikah.

“Mira! beritahu ayah siapa lelaki tu. Sekurang-kurangnya kita boleh suruh dia pertanggungjawab supaya dia berkahwin dengan kamu. Kenapa kamu takut sangat nak beritahu siapa lelaki itu."Kata Samat sambil tangannya mengayunkan tali pinggang ke arah tubuh Dhamirah.

Tetapi Dhamirah hanya bersujud di kaki ayahnya itu dengan mulutnya tidak lengkang dari menyebut perkataan maaf. Adik Dhamira juga hanya mampu menangis melihat kakaknya itu dipukul oleh ayah mereka. Ada rasa simpati terhadap kakaknya itu tetapi mereka juga merasa marah kerana Dhamirah sepertinya berkeras tidak mahu memberitahu siapa lelaki tersebut.Perasaan mereka semua agak kecewa dengan sikap Dhamirah yang tidak mahu memberitahu siapa lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.

“Kalau kamu tetap tidak mahu bagitahu juga siapa lelaki tu. Kamu boleh keluar dari rumah ni sekarang juga.”Kata Samat yang sangat kecewa dengan anaknya itu,yang tetap menutup mulut tidak mahu memberitahu siapa ayah pada anak yang ada didalam kandungannya itu.

Perlahan-lahan Dhamirah berjalan keluar dari rumah. Adik dan ibunya datang menghampiri Dhamirah.

“Kak Mira tolonglah beritahu siapa lelaki itu. Kenapa kak Mira takut sangat nak bagitahu tentang lelaki tu?”Rayu adik Dhamirah bernama Darwisy.

“Maafkan,akak.”Itu sahaja yang keluar dari mulut Dhamirah.

“Kenapa kamu ni dengil sangat Mira. Kamu tak kesian dekat ayah dan mak. Beritahu la siapa lelaki tu...mak dan ayah akan pergi jumpa keluarga lelaki tu minta supaya dia bertanggungjawab.”Kata Normah cuba memujuk anaknya itu supaya memberitahu siapa lelaki tersebut.

Tetapi sepertinya hanya sia-sia sahaja kerana mulut Dhamirah hanya mengeluarkan perkataan maaf sahaja. Dhamirah tetap tidak mahu menyebut siapa lelaki itu.Perlahan-lahan kaki Dhamirah melangkah keluar dari halaman rumahnya. Dhamirah berjalan didalam hujan yang lebat dan dengan angin yang sangat kuat. Sepertinya Dhamirah rela dipukul dan dihalau dari rumahnya daripada memberitahu siapa lelaki yang telah menyebabkan dirinya hamil di luar nikah.

Dhamirah melangkah kakinya dengan air mata. Ia tahu dirinya sudah melukakan hati kedua orang tuanya. Dhamirah sedar tidak ada ibu bapa yang dapat menerima anak perempuan mereka hamil diluar nikah. Apa lagi dirinya baru sahaja mendapat keputusan SPM.Keputusan SPM Dhamirah walaupun tidak begitu cemerlang tetapi semua subjek yang ia ambil dalam peperiksaan telah lulus tidak ada yang gagal.Pada mulanya Dhamirah memang berhajat ingin melanjutkan pelajarannya tetapi mungkin ia terpaksa membatalkan niatnya itu. Kerana ada satu nyawa didalam rahimnya. Perlahan-lahan tangan Dhamirah mengusap perutnya yang sudah kelihatan buncit sedikit itu.

Dhamirah cuba menyembunyikan tentang dirinya yang sedang mengandung dari orang tuanya. Tetapi tidak sengaja Normah dapat melihat perubahan pada dirinya. Sehingga rahsia tentang dirinya mengandung terbongkar. Dhamirah juga sedar satu hari nanti keluarganya akan tahu juga tentang dirinya yang sedang hamil. Kerana ia tidak mampu untuk menyorokkan keadaan perutnya yang semakin membesar. Dhamirah tidak tahu hendak pergi ke mana setelah berjalan keluar dari rumah.

Dhamirah hanya terfikir mungkin dirinya akan hidup seperti gelandangan selepas ini. Tiada tempat untuk Dhamirah tuju,apa lagi orang yang sepatut melindungi dirinya juga telah menghalau dirinya keluar dari rumah. Ke mana lagi harus ia membawa dirinya. Mustahil untuk Dhamirah meminta bantuan kawan-kawannya. Kerana Dhamirah seorang pendiam dan suka menyendiri. Dhamirah tidak mempunyai kawan rapat.

Dhamirah mula mengingati kembali kejadian beberapa bulan yang lalu. Pada mulanya Dhamirah menyangkakan dua orang rakan sekolahnya benar-benar ikhlas berkawan dengannya tetapi Dhamirah tidak menyangka Farah dan Jannatil sanggup berpura-pura untuk menjadi kawan rapatnya. Hanya ingin membantu tiga orang lelaki rakan sekolah mereka untuk membalas dendam terhadap dirinya. Hanya kerana Dhamirah telah memberitahu perkara sebenarnya tentang rakan sekolahnya itu yang bernama Amir,Badrul dan Haikal. Kerana Dhamirah melihat Amir, Badrul dan Haikal telah memancitkan tayar kereta kepunyaan seorang guru. Badrul,Amir dan Haikal merasa tidak puas hati dengan guru itu kerana telah menyebabkan mereka didenda kerana ponteng sekolah.

Nasib Dhamirah tidak baik kerana Amir, Badrul dan Haikal tahu hanya dirinya seorang sahaja yang melihat mereka bertiga memancitkan tayar kereta guru tersebut. Disebabkan itu mereka bertiga tahu siapa yang telah memberitahu tentang berbuatan mereka itu sehingga mereka bertiga terpaksa berjumpa dengan guru disiplin dan penjaga mereka terpaksa datang ke sekolah. Dhamirah tidak terfikir Farah dan Jannatil sanggup bersubahat dengan Amir, Badrul dan Haikal untuk menganaiya dirinya.

Semuanya berlaku setelah mereka semua tamat mengambil Peperiksaan SPM. Farah dan Jannatil ingin meraikannya dengan menempah sebuah homestay yang berada di daerah lain. Farah dan Jannatil sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri untuk menyewa homestay tersebut. Pada mulanya Dhamirah memberitahu bahawa dirinya tidak mempunyai wang untuk mengikut mereka berdua.Tetapi Farah dan Jannatil memberitahu bahawa Dhamirah tidak perlu mengeluarkan wang. Kerana mereka berdua yang akan tanggung semuanya,Dhamirah hanya mengikut mereka sahaja.

Dhamirah juga telah meminta kebenaran dari orang tuanya. Dan kedua orang tuanya membenarkan kerana mereka sudah kenal dengan Farah dan Jannatil. Kedua orang tua Dhamirah tidak ada sebarang prasangka buruk terhadap Farah dan Jannatil. Samat memberi sedikit wang kepada Dhamirah. Pada mulanya Dhamirah menyangkakan hanya mereka bertiga sahaja yang akan berada di homestay tersebut. Jannatil telah meminjam kereta kepunyaan orang tuanya untuk pergi ke homestay yang berada dikawasan air terjun itu.

Sampai di tempat homestay itu Dhamirah sangat teruja kerana berhampiran dengan air terjun. Dhamirah juga melihat ada lebih dari sepuluh buah homestay di kawasan ini. Ketika Dhamirah mengekori Farah dan Jannatil pergi ke homestay yang telah mereka booking. Dhamirah perasaan sebelah homestay yang bakal dirinya,Farah dan Jannatil akan menginap ia melihat ada Amir, Badrul dan Haikal disitu. Kerana hari ini bukan hari minggu tidak ramai yang datang ke kawasan ini.

Tetapi Dhamirah tidak terlalu memikirkan tentang tiga orang rakan sekolahnya itu. Dhamirah tahu Farah dan Amir pernah cauple. Tetapi Farah memberitahu kepada Dhamirah bahawa dirinya sudah putus dengan Amir. Kerana itu Farah ingin berkawan dengannya. Tetapi bila jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Badrul,Amir dan Haikal datang ke homestay tempat Farah, Jannatil dan Dhamirah menginap. Dhamirah agak terkejut melihat Farah dan Jannatil membenarkan Amir, Badrul dan Haikal masuk ke dalam homestay tempat mereka bertiga menginap ini.

“Kami datang ni, nak minta maaf sebab dah ugut kamu hari tu.”Kata Haikal sambil tersengih.

“Kita orang ada bawa air dan makanan sikit sebagai tanda minta maaf.”Kata Amir pula.

“Okay,bagus juga tu.”Sahut Farah.

Walaupun perasaan Dhamirah bercampur baur kerana Dhamirah tidak pernah bergaul bebas dengan mana-mana lelaki. Dhamirah merasa tidak selesa dengan kedatangan Amir, Badrul dan Haikal di tempat ia,Farah dan Jannatil menginap ini. Tetapi Dhamirah juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua ini adalah rancangan Farah dan Jannatil. Lagi pula dirinya tidak mengeluarkan sebarang modal untuk datang ke sini.

Setelah Dhamirah meneguk secawan air yang di bawa oleh Amir, Badrul dan Haikal, kepala Dhamirah mula merasa pusing. Dhamirah juga sempat melihat Amir, Badrul,Haikal,Farah dan Jannatil juga mengalami perkara yang sama sepertinya. Kerana Dhamirah boleh mendengar ada pertengkaran di antara mereka berlima.

“Wei,kenapa kepala aku ni pening dan mata pun kabur? Bukan ke sepatutnya kau letak ubat tu untuk Dhamirah saja. Atau kau dah salah letak ubat dalam air botol ni.”Kata Haikal agak marah.

“Aku memang letak ubat tu untuk Dhamirah saja. Aku tak letak ubat tu dekat tempat lain.”Kata Farah sambil memengang kepalanya yang merasa pusing.

Perlahan-lahan mata Dhamirah tertutup dan suara rakan-rakannya itu juga sudah tidak kedengaran. Tidak berapa lama kemudian hidung Dhamirah terbau sesuatu. Perlahan-lahan Dhamirah membuka matanya. Dhamirah terkejut melihat dirinya berada di satu tempat yang agak asing. 5 orang rakan sekolahnya tidak ada disini. Tetapi ada seorang lelaki berada di sampingnya. Dhamirah memandang ke arah lelaki itu. Dhamirah sangat mengenali lelaki ini,kerana lelaki ini adalah bekas senior di sekolahnya. Dhamirah menyukai lelaki ini didalam diam dan ketika ia masuk tingkatan 2 Dhamirah telah memberi surat cinta kepada lelaki ini.

“Saya ada dekat mana ni?”Tanya Dhamirah sambil memandang ke arah lelaki bernama Fariz.

“Kamu ada di hotel...saya yang bawa kamu ke sini. Kamu patut berterima kasih kerana saya telah menolong kamu dari jadi habuan 3 lelaki yang berada di homestay tu.”Kata Fariz sambil mulutnya menghembus asap rokok.

“Apa maksud awak? Saya tak faham.”Tanya Dhamirah.

“Mereka semua telah merancang nak menganaiya kamu malam ni. Kamu mesti nak tahu macam mana aku boleh tahu kan? Kerana aku tidak sengaja telah mendengar Haikal berbincang dengan Amir dan Badrul berapa hari yang lalu."Ujar Fariz.

“Terima kasih, kerana sudah membantu saya.”Kata Dhamirah dengan perasaan senang hati kerana lelaki yang menjadi pujaan hatinya dalam diam telah menyelamatkan dirinya.

“Jangan gembira dulu... kerana pertolongan aku ni bukan percuma,kau kena membalasnya.”Kata Fariz sambil matanya memandang ke arah Dhamirah.

“Saya ada seratus ringgit,cukup tak.”Kata Dhamirah sambil menyuakan wang tersebut kepada Fariz.

“Setakat seratus ringgit ni,nak menginap dekat hotel ni pun tak cukup.”Kata Fariz sambil merenung tajam ke arah Dhamirah.

“Habis tu, awak nak apa?”Soal Dhamirah.

“Aku nak kau layan seseorang di dalam bilik hotel ni. Kau jangan risau sebab kau pun akan dapat bayaran dari lelaki tu nanti.”Kata Fariz.

“Saya tak mahu!”Kata Dhamirah meninggikan suaranya.

“Kalau kau tak mahu tak mengapa. Aku akan hantar balik kau ke homestay biar jadi habuan 3 orang tu. Di hotel ni kau hanya perlu melayan seorang lelaki sahaja. Sekarang kau pilih la sendiri.”Kata Fariz sambil menatap wajah Dhamirah.

Dhamirah hanya mampu terdiam tidak berkata apa-apa. Air mata Dhamirah mengalir membasahi matanya.Dirinya telah selamat dari menjadi habuan Amir dan dua orang rakannya. Tetapi sekarang ini dirinya akan menjadi habuan seseorang. Dhamirah juga telah mendengar Fariz menelefon sseseorang. Dhamirah mendengar perkataan dara yang keluar dari mulut Fariz. Dhamirah mula menyedari bahawa kemungkinan lelaki yang bakal ia layani ini inginkan seseorang yang masih dara. Dan kebetulan dirinya memang masih dara dan baru sahaja habis kedatangan tamu bulanan.

Bersambung...

Rahsia akan menguna unlock chapter. Hanya bab 1 hingga 4 sahaja boleh di baca secara percuma. Minta maaf sangat. Tetapi novel Bohsia Itu Isteri Dia boleh baca secara percuma.

Share this novel

Juliana Hassim
2021-07-13 21:21:33 

alamat emailnye ape sian sy tgh syok nk baca xboleh ....

Juliana Hassim
2021-07-13 19:29:18 

nape xboleh buka coin dah topup


NovelPlus Premium

The best ads free experience