Bab 4
POV Dhamirah
Pagi ini aku bangun seperti biasa ingin menunaikan solat subuh. Aku melihat anak lelakiku yang bernama Mikail masih lagi lena diulit mimpi. Perlahan-lahan aku mencium pipinya yang gebu. Lalu aku pun segera turun dari katil menuju ke bilik air. Aku membiarkan sahaja Mikail tidur pulas diatas katil.
Setelah mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan ku sebagai umat islam. Aku segera keluar dari bilik menuju ke dapur. Di dapur aku melihat sudah ada Mak Ngah sedang mengoreng sesuatu didalam kuali.
“Mak Ngah,goreng apa tu?”Tanyaku sambil melabuhkan punggung diatas bangku meja makan.
“Mak Ngah tengah goreng donut ni.”Jawab Mak Ngah sambil tangannya mula mengangkat donut yang sudah berubah warnanya ke dalam bekas.
“Mak Ngah,semalam Mira telefon mak...mak bagitahu kaki ayah akan kena potong sebab penyakit kencing manis ayah tu. Luka di kaki ayah tak boleh sembuh dan makin teruk.”Beritahuku.
“Mak Ngah dah tahu tentang ayah kamu tu. Sebab semalam sebelum kamu balik kerja,mak kamu ada telefon Mak Ngah bagitahu tentang ayah kamu tu. Mak kamu tentu dah bagitahu yang dia mahu kamu balik tinggal terus dekat sana.”Kata Mak Ngah sambil matanya memandang ke arahku.
“Tapi kalau Mira balik sana dan tinggal dengan diorang terus. Macam mana dengan Mak Ngah dekat sini tinggal sorang-sorang.”Kataku serba-salah.
“Tentang Mak Ngah jangan risaulah. Jiran-jiran dekat kampung ni semua baik-baik je. Lagi pun Mak Ngah masih sihat lagi. Berbeza dengan mak dan ayah kamu tu. Mak kamu tu tangan kanan dia ada masalah,sekarang ni ayah kamu tu pula kena potong kaki.”Kata Mak Ngah lalu tangannya mula menutup api dapur.
Mak Ngah melangkah ke arahku lalu melabuhkan punggungnya dibangku sebelahku.
“Sebenarnya,Mira takutlah nak tinggal terus dekat sana. Apa lagi kebanyakan orang dekat sana tidak tahu Mira ada anak.”Luahku kepada Mak Ngah.
“Mira kena kuat demi Mikail dan kedua orang tua Mira. Mereka semua perlukan Mira sekarang ni...Mikail tu budak yang cerdik.”Nasihat Mak Ngah.
“Hari ini Mira akan balik untuk jumpa mak dan ayah.”Beritahuku kepada Mak Ngah.
“Baguslah kalau macam tu. Nanti Mak Ngah suruh Pak Cik Jamil kamu tolong hantar sampai stesen bas.”Kata Mak Ngah.
“Mira, tak mahu balik naik bas.”Balasku.
“Habis tu kamu nak balik dengan apa?”Soal Mak Ngah agak hairan.
“Mira, nak naik motor je.”Jawabku.
“Ya Allah!Mira kesian dekat Mikail.”Kata Mak Ngah sepertinya terkejut mendengar jawabanku itu.
“Mira,bawa motor tu senang nak cari kerja dekat sana nanti.”Kataku menerangkan kepada Mak Ngah.
“Betul juga...Kamu nak bertolak dalam pukul berapa?”Tanya Mak Ngah.
“Rasanya dalam pukul 8.00 pagi. Tapi kalau Mikail bangun awal bolehlah bertolak awal sikit.”Kataku.
“Jangan lewat sangat bertolaknya tu. Kalau bertolak pagi dalam pukul 8.00 rasanya dalam pukul 11.30 pagi dah sampai rumah ayah kamu. Tapi kamu kena hati-hati bawa motor tu.”Nasihat Mak Ngah.
“Yalah,Mira akan hati-hati. Mak Ngah jangan risau.”Kataku.
“Kalau dah sampai sana nanti,jangan lupa telefon Mak Ngah bagitahu.”Ujar Mak Ngah lagi.
“Okay,Mak Ngah.”Balasku.
Pukul 7.30 pagi Mikail sudah pun bangun. Aku terus menyuruh Mikail pergi mandi terlebih dahulu sebelum bersarapan. Mikail mengikut arahan dariku dengan cepat ia mengambil tuala dan pergi ke bilik air. Setelah Mikail selesai mandi aku memberikan sepasang baju untuk ia pakai.
“Mama,kenapa kena pakai baju ni?”Tanya Mikail bila melihat baju dan seluar yang aku berikan kepadanya.
“Pakai je baju dan seluar tu.”Arahku tidak menjawab pertanyaan dari anakku itu.
“Baju ni selalu Mikail pakai masa pergi jalan-jalan. Mama,kita nak pergi jalan-jalan ke?”Tanya Mikail lagi,sepertinya dirinya masih belum puas hati kerana aku tidak menjawab soalannya itu.
“Mikail,hari ni kita berdua akan pergi rumah tuk wan dan opah jauh.”Jawabku.
“Yey! Dapatlah Mikail jumpa Pak Su kan.”Kata Mikail agak teruja.
Aku belum pernah membawa Mikail pulang ke rumah orang tuaku. Hari ini adalah pertama kalinya aku akan pulang ke rumah orang tuaku, setelah hampir 6 tahun tidak menjejakkan kaki disana. Hatiku sedikit ragu untuk berhadapan dengan jiran-jiran di kawasan rumah orang tuaku di sana nanti. Apa lagi wajah Mikail bukanlah seperti wajah kebanyakan orang melayu. Anak mata Mikail berwarna hijau muda.
Sebab itu di tadika Mikail akan menjadi perhatian dari budak-budak lainnya. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu dari mana Mikail mendapat anak mata yang berwarna hijau itu. Aku masih ingat wajah lelaki yang telah meragut kesucian ku itu. Wajahnya memang seperti orang barat tetapi aku yakin anak matanya bukan berwarna hijau seperti anakku. Kemungkinan ibu atau ayah lelaki itu mempunyai mata seperti anakku ini.
Setelah bersarapan donat kegemaran anakku itu,barulah aku dan Mikail berjalan keluar dari rumah. Aku meletak beg yang berisi pakaian di atas motosikal lalu ku ikat dengan getah. Manakala Mikail aku letakkan dibahagian depan. Kaki Mikail aku letakkan didalam raga. Mikail aku letak didepan kerana risau jika ia tertidur jika membonceng dibelakangku.
“Mak Ngah,Mira pergi dulu.”Kataku.
“Hati-hati,Mira. Kalau hujan berhenti berteduh dulu dekat mana-mana.”Nasihat Mak Ngah sepertinya risau dengan keselamatan kami berdua.
“Baik.”Sahutku.
Aku mula menungang motosikalku keluar dari halaman rumah Mak Ngah menuju ke jalan utama. Setelah satu jam berada dijalan raya. Aku berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak petrol ditangki motosikalku. Selesai mengisi minyak aku dan anakku meneruskan perjalanan ke rumah orang tuaku. Aku sedar sepertinya Mikail kurang selesa kerana terlalu lama berada di atas motosikal. Hampir 3 kali juga aku berhenti untuk membuat anakku itu rasa selesa sedikit.
Sebenarnya aku sendiri pun kurang selesa menungang motosikal hampir 2 jam lebih. Punggung dan tanganku merasa kebas kerana terlalu lama duduk disatu tempat sambil tangan memulas hender motor. Lebih kurang dalam pukul 11.00pagi motorsikal yang ku tugang sampai dihospital. Kerana ibu telah memberitahu kepadaku bahawa di rumah tiada sesiapa.
Adikku Darwisy sudah pulang ke Universiti tempat ia belajar. Kerana sudah dua tiga hari Darwisy menemani ayah. Sampai di kawasan hospital aku segera menelefon ibu. Kerana kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak di benarkan masuk. Aku ingin berjumpa dengan ayah. Mak terpaksa menjaga Mikail ketika aku masuk ke dalam wad bertemu dengan ayah. Tidak berapa lama kemudian aku melihat ibu keluar dari wad dan berjalan ke arah aku dan Mikail.
“Mak,ayah dah selesai ke melakukan pembedahan?”Tanyaku ingin tahu.
“Ayah kamu baru je selesai melakukan pembedahan tu. Sekarang dah ada didalam wad.”Beritahu mak.
“Mak,tolong tengokkan Mikail sekejap. Mira nak tengok ayah.”Kataku kepada mak.
“Baiklah,Mira pergilah masuk tengok ayah. Ayah pun rindu dengan kamu dan Mikail. Tapi sayang Mikail tak boleh masuk.” Kata mak.
Aku segera berjalan ke arah wad tempat ayahku ditempatkan. Masuk ke dalam wad aku mencari katil tempat ayahku di tempatkan. Dari kejauhan aku dapat melihat katil ayah. Aku lihat mata ayah terpejam sepertinya badan ayah masih lemah kerana baru sahaja melakukan pembedahan dikakinya. Aku memengang tangan ayah,mulai hari ini ayah sudah menjadi Orang Kurang Upaya kerana mengalami cacat cekal.
Aku melihat mata ayah mula membuka matanya. Ayah tersenyum kepadaku bila melihat aku ada disamping katilnya.
“Mira...dah lama sampai? Mana Mikail?”Tanya ayah bertalu-talu.
“Mira baru je sampai. Mikail ada dengan mak diluar wad,sebab budak 12 tahun ke bawah tak boleh masuk ke dalam wad ni.”Jawabku menerangkan kepada ayah.
“Ayah...harap kamu... akan terus tinggal dengan ayah dan mak...dekat sini.”Kata ayah agak lemah suaranya dan sangkut-sangkut.
“Ayah,jangan risau. Mira balik kali ni untuk tinggal terus bersama mak dan ayah.
“Terima kasih...Mira.”Kata ayah sambil mengukir senyuman mungkin gembira dengan keputusanku ingin tinggal bersama dirinya dan mak.
Lebih kurang dalam dalam 15 minit aku menemani ayah. Setelah melihat ayah tidur kembali aku mula bangun dari bangku yang berada disamping katil ayah. Lalu aku berjalan keluar dari wad. Aku menghampiri mak dan Mikail.
“Mira,baliklah rumah rehatkan badan tu. Kesian Mikail ni jauh-jauh nak motor.”Kata Mak sambil memandang Mikail.
“Ya,Mira nak balik dah ni. Nanti sampai rumah bolehlah Mikail ni tidur puas-puas.”Beritahuku.
“Nah,kunci rumah. Hati-hati bawa motor tu.”Kata Mak sambil tangannya memberi kunci rumah kepadaku.
Tanganku segera mengambil kunci rumah yang diberikan oleh mak. Kemudian aku dan Mikail menyalami tangan mak sebelum kami berdua berjalan pergi ke tempat motosikalku terparkir.
Dari hospital ke rumah orang tuaku tidaklah terlalu jauh. Hanya mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Dalam perjalanan pulang tadi aku singgah ke sebuah gerai ditepi jalan. Aku membeli nasi bungkus untuk aku dan Mikail makan di rumah nanti. Sampai di rumah orang tuaku. Aku dapat melihat sudah banyak perubahan di rumah ini. Rumah ini ayah buat ditanah kepunyaan ibu.
Aku menongkat motorsikal dan menurunkan Mikail dari motosikal. Kemudian aku pula turun dari motosikal dan membawa beg pakaian yang ku bawa ke depan pintu. Aku segera membuka kunci pintu itu dan segera memengang tombol pintu untuk membuka pintu. Setelah pintu terbuka aku dan Mikail segera masuk ke dalam rumah. Setelah berada didalam rumah,aku segera menutup pintu dan menguncinya. Aku lihat Mikail sudah pun baring di sofa dan tertidur,mungkin terlalu letih kerana terlalu lama berada diatas motor.
Hari ini ayah sudah pun boleh keluar dari hospital. Pak Long abang kepada mak telah membantu membawa ayah pulang dari hospital dengan keretanya. Adik beradik sebelah mak dan jiran tetangga banyak yang hairan aku pulang ke rumah orang tuaku dengan membawa seorang anak lelaki.Apa lagi bila mereka melihat mata dan wajah anakku itu membuat mereka hairan.Ramai bertanya kepadaku siapa ayah biologi Mikail sebenarnya. Tetapi aku tidak pernah ingin menjawab pertanyaan itu. Aku akan membuat bermacam alasan.
Pagi ini aku mengambil sijil SPM ku dan letak di dalam fail. Kerana pagi ini aku akan pergi ke sebuah Syarikat kontraktor dibandar yang tidak berapa jauh dari rumahku. Aku ingin meminta kerja sebagai kerani di Syarikat itu. Kerana jiranku mmeberitahu kerani kewangan di Syarikat itu telah berhenti kerana mengikut suaminya pindah. Pukul 7.00 pagi aku sudah bersiap.
Dalam pukul 8.00 pagi aku harus sampai didepan bangunan Syarikat tersebut. Aku agak berdebar-debar untuk meminta pekerjaan ini. Kerana ini pertama kalinya aku akan akan meminta kerja didalam pejabat. Sebelum ini aku hanya bekerja sebagai cleaner sahaja. Tidak ada temuduga dan soalan. Pukul 8.00 pagi aku sudah pun sampai didepan Syarikat kontraktor ini. Syarikat ini tidaklah besar hanya berada dibangunan rumah kedai dua tingkat sahaja.
Aku masuk ke dalam bangunan memberitahu kepada orang yang berada didalam bangunan itu yang aku datang untuk meminta kerja sebagai kerani kewangan. Staff di dalam itu memberitahu supaya aku duduk di sofa yang ada di dalam ini dahulu. Kerana orang yang akan melakukan temuduga adalah owner Syarikat ini. Beliau belum sampai lagi.
Aku duduk di sofa sambil cuba menenangkan hatiku ini. Dalam pukul 8.40 kedengaran pintu dibuka dan ada seorang lelaki masuk kedalam bangunan ini. Aku hanya menundukkan kepala sahaja. Kemudian langkah kaki itu terus menuju ke arah bilik.
“Cik Nur Dhamirah boleh masuk ke dalam bilik tu sekarang. Boss akan temuduga awak sendiri didalam tu.”Kata staff yang bertugas.
Aku bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik itu. Aku mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Kemudian aku membuka pintu perlahan-lahan setelah pintu dibuka. Aku pun melangkah masuk kedalam bilik ini. Tetapi mataku terkejut dan tergamam melihat lelaki yang berada didalam bilik ini. Aku bagaikan tidak percaya lelaki didepanku adalah Fariz,yang telah menyebabkan aku melayani seorang lelaki 6 tahun yang lalu.
Bersambung...
Terima kasih sudi baca cerita Rahsi ni.
Share this novel
alaa nk bacaa kna lock lakk
macam mane nk unlock
ala dah kena lock pulang...