C03

Action Series 454

Geneva Airport, Switzerland;

Pukul lapan malam waktu Switzerland;

               Selepas beberapa jam perjalan, akhirnya lelaki ini tiba di Switzerland. Aqeel Haider. Lelaki disebabkan urusan yang begitu 'penting' baginya. Tak pasal-pasal kena tipu sunat dengan mommynya.

Hanya dengan berbekalkan telefon, jam tangan, dompet, passport, dan baju sehelai sepinggang. Dia pergi ke negara orang.

Heh!

Macam tak biasa.

Dia menuju keluar lapangan terbang itu. Beberapa figura lelaki berada di luar ruangan menunggu seolah memang menanti kehadirannya. Mereka menunduk hormat.

Aqeel hanya membalas dengan anggukkan kepala sekali

Seorang lelaki sudah membuka pintu kereta Alphard di bahagian belakang manakala seorang lagi memasuki pintu pemandu.

Selepas sahaja dia masuk ke dalam perut kereta, lelaki tadi masuk ke bahagian penumpang sebelah pemandu.

"Lausanne. Her place"arahnya pada pemandunya itu. Pandangan dibuang ke luar cermin kereta yang tinted itu.

Pemandu itu hanya mengikut arahan sahaja. Kemudiannya kereta itu meluncur keluar dari kawasan lapangan terbang dengan selamatnya.

Jarak kira-kira enam puluh kilometer dari Geneva Airport ke Lausanne jika diikut perkiraan masa hanya lebih kurang sejam, itu pun jika tiada masalah trafik.

Sebab itulah dia memilih untuk turun di Geneva berbanding Zurich. Jauh dan memenatkan sahaja. Lagipula dia tidak sabar mahu melihat wajah kekasih hatinya.

.
. .

Manakala di mansion Airish, dia dan adik-beradiknya Kiff dan Helen pula baru sahaja tiba dari membeli belah.

Pintu mansion dibuka oleh Kiff dengan kedua tangan yang penuh. Sebelah kiri memegang beg shopping-nya. Sebelah lagi memegang airkrim kit kat perisa susu. Di kepalanya sudah melekat sepit rambut plastik mickey mouse.

Helen turut sama sepertinya. Malah ada cermin mata plastik berbentuk bintang berwarna ungu.

Airish di belakang mereka sudah menggeleng kepala. Apalah di mahu jawab jika dilihat oleh mama mereka nanti.

Usia dan belasan tahun pun masih bersikap tidak matang.

"A- what's wrong with you guys?!"

Kan dah kata.

Sejak tadi mama mereka menanti kepulangan Airish dan adik-adiknya di ruang tamu. Sungguh risau kerana keluarnya pukul empat pulangnya pukul lapan. Mahu sahaja diketuk kepala mereka satu persatu. Kalau dah shopping langsung tak ingat nak balik.

Helen dan Kiff tersengih-sengih seperti kerang busuk. Airish hanya mampu reda.

"Along bawa diorang beli barang, lepastu diorang nak nonton wayang and pergi fun fair. Tu yang melarat sampai pukul lapan"jawabnya selamba.

"Lain kali jangan layan sangat along. Nanti kalau ada apa-apa siapa nak tanggung? Papa masih kat Italy. Susah nanti"kata mamanya sebagai pembuka ceramah.

Airish mengeluh. Kedua mangkuk itu sudah entah ke mana. Bukan nak menolong. Masa susah begini lah dia ditinggalkan. Mahu keluar taik telinga ni kena bebel.

"Ma, jangan lah risau sangat. Kan Along dah balik ni. Diorang okay aje tadi. Tak ada apa lah"balasnya lagi sambil memegang beg beliannya di sisi.

Mamanya mengeluh. Risau tak boleh bincang.

"Ma, along kan ada jaga diorang. Mama pun tahukan, tak akan ada apa boleh jadi selagi along ada. Along dah janji kan nak jaga diorang. Mama jangan lah risau"

"Haih, yelah. Dah kamu naik atas. Mama nak hidangkan makanan. Kejap lagi turun makan. Jangan lupa panggil adik-adik kamu tu"Puan Sri Hasmah akur.

"Ma"panggilnya.

Mamanya hanya meng"erm"kan sahaja sambil melihat beg kertas anak-anaknya itu bawa tadi. Segala pistol mainan, kereta kontrol, ps5, dan bermacam jenis topi, hoodie.

Bayangkan berapa banyak kertas mereka bawa tadi.

"Kenapa mama masak lagi? Kan along dah pesan tadi"soal anaknya serba salah.

Memang mamanya mahu Airish serba salah pun.

"Saja, nak suruh kamu dinner sini bukan main payah lagi. Jadi ni aje lah cara dia"sindir mamanya sambil membelek dua jam tangan baru anaknya. Kiff dan Helen. Kedua-duanya serupa. Jenama Ice Watch original berwarna kelabu.

Airish mengeluh. Mamanya kalau tak sindir tak hidup gamaknya.

"Mama, janganlah macam ni. Nanti siapa nak habiskan lauk tu? Kitorang dah makan kat luar tadi. Janganlah macam ni. I'm feel guilty right now" pujuk Airish sambil duduk di sofa sebelah mamanya.

"Tak apa lah along. Mama tahu mama dah tak boleh paksa along. Mama tahu kerja along, tanggungjawab along lebih penting. Takpelah. Makanan tu nanti mama bagi dekat jiran aje."kata mamanya lagi dengan nada sebak.

Airish buntu. Dia tahu mamanya sengaja. Namun hati anak mana yang tahan dengan kata-kata ini?

Dia mengeluh.

"Yelah-yelah. Mama hidangkan. Nanti along panggilkan diorang"katanya lalu naik ke bilik.

Kadang dia pelik, petang tadi bukan main malu, sekarang drama queen. Haih.. pening.. sebiji perangai dengan adik-adiknya semasa dalam kereta siang tadi.

Puan Sri Hasmah kulum senyum.

"Hampir tak berkesan, nampaknya aku kena fikir cara lain pulak lepasni"katanya perlahan.

Laki bini sama-sama licik. Entah apa ditelan masa kecil dulu.

Selepas beberapa minit bersiram dan memakai hoodie hitam bersama seluar jeans, dia keluar dari bilik menuju ke bilik Kiff dan Helen.

Pintu diketuk beberapa kali sebelum dibuka menampakkan adiknya Helen yang memakai gaun tidur paras buku lali berwarna hitam tanpa lengan. Nasib baik tak jarang, kalau tidak ada yang kena ketuk dengan senduk mama.

"Mama panggil makan. Jom"

Helen hanya angguk lalu keluar berjalan bersama Airish.

Kali ini bilik Kiff pula diketuk. Baru sekali dia ketuk dah muncul lelaki itu. Maka terserlah lah tubuhnya yang terdedah dengan six pack kerana hanya memakai seluar paras lutut berwarna putih sahaja.

Habit yang memang diketahui satu keluarga mereka. Lelaki itu tak suka memakai baju jika berada dalam rumah pada waktu malam.

"Jom, ma-"Airish mengerutkan kening. Hati terbakar melihat sesuatu di dada kiri lelaki itu. Tatu naga pulak tu.

"Sejak bila kau bertatu ni?!"jerkahnya.

Sebelum ni tak ada pun tatu itu. Anak siapa yang jahanamkan adiknya ini? Biar kak long ni ajar dia pula.

Kiff terkejut dengan jerkahan alongnya lalu dengan pantas dia membuka mulut. Takut dilanjutkan pula amarah itu oleh mamanya nanti.

"Along, jangan salah faham dulu. Ni sticker lah. Tadi kan aku ada pergi kedai convenience store. Aku nampak benda ni. Macam best sebab trending kat tik tok diorang prank pakai bendalah ni. Tu yang aku nak main juga"jelasnya sambil menahan tubuh kakaknya yang mendekat seakan mahu memukulnya.

"Dah! Kau buka sticker tu. Kalau tak memang aku pasang yang original kat badan kau"ugutnya.

Helen dan Kiff berkerut. Lain macam ugutan along mereka ini. Ni nak cakap jangan pasang tatu ke nak suruh pakai tatu ni?

Namun Kiff hanya akur lalu dia masuk ke dalam tandas di biliknya itu kemudian membuka pili air. Sedikit air disapukan ke bahagian dada lalu menanggalkan sticker di dadanya itu.

Setelah itu along dan adiknya yang masih tercegat di depan pintu itu dipandang.

"Dah"katanya dengan muka bersalah.

"Jom. Mama panggil makan tadi"kata Airish.

Kiff hanya mengangguk lalu berjalan mendahului mereka.

Di meja makan;

"Along tidur sini tak malam ni?"soal Puan Sri Hasmah pada anaknya yang masih mengunyah makanan itu di sebelahnya.

Kunyahan terhenti.

Kiff dan Helen menjadi pendengar setia. Dalam hati berdoa agar kakaknya tidur di rumah itu malam ini kerana bercadang mahu menonton movie dan tidur sama-sama. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa seperti itu. Sejak mereka berdua bersekolah di Sepanyol dan Italy.

Kiff berpisah dengan keluarga sejak setahun lalu manakala Helen pula lebih awal ketika usia dua belas tahun. Disebabkan itulah mereka sangat manja dengan along mereka ini.

"Sorry ma, you know me"balasnya.

"Herm. Yeah, I know you very well. Same just like your dad. Sokay, hati-hati drive nanti. Mama nak masuk bilik dulu"wanita itu meminum air kosong sedikit sebelum dia naik ke bilik.

Airish sudah berhenti makan. Kiff dan Helen masih makan walau sedikit janggal dengan situasi itu. Jarang balik, sebab itulah mereka janggal dengan situasi kakak dan mama mereka seakan berjauh hati sedikit. Mereka tak pernah melihat situasi itu.

Apa sudah jadi?

Airish terus menuju ke bilik mamanya. Apabila dia mendengar bunyi pintu tertutup rapat.

Klak!

Pintu dibuka dari luar.

Wajah mamanya yang seakan sedih di atas katil itu dipandang.

Airish mendekati mamanya lalu duduk dibirai katil.

"Ma, along tahu mama sengaja. But don't do it again. You know Kiff and Helen so well. Nanti apa pulak diorang fikir"dia sudah masak dengan perangai mamanya. Dia tahu ini juga teknik mamanya. Haih...

"Ye lah. Kamu ni. Mama nak kamu duduk sini aje. Apa salahnya. Adik-adik kamu tu rindu sangat dengan kamu. Siang tadi diorang dah rancang nak tengok movie and sleep together. Mama tak nak kamu terlepas moment dengan mereka, along"balas mamanya yang tadi wajah mendung sudah berubah muncung dan selamba. Tangan anaknya dipegang cuba memujuk.

"Ma, pasal Kiff dan Helen tu nanti along boleh selesaikan. We'll have the moment later. Mama jangan lah risau. Tadi along dah spend time dengan diorang. Mesti diorang faham"

"Mama tak nak kamu terlepas moment kamu along. Kalau tak nanti kamu yang menyesal"

"Apa pulak mama cakap macam tu. Doa mama tu mustajab tau. Mama nak ke along macam tu?"

"Mama tak cakal apa pun, mama nak kamu sedar. Kamu tu perempuan. Anak sulung mama. Mama dah cuba sehabis baik nak kamu duduk sini, having moment dengan adik-adik kamu. Mama tahu kamu ada tanggungjawab tinggi. Tapi kamu kena lah tahu asingkan masa. Papa pun dulu macam tu. You know him. A workaholic. A few months before giving birth to you barulah papa kamu sedar nak bahagikan masa dengan family and work dia. Itupun selepas mama bleeding. Kalau tak memang tak sedar langsung. Mama tak nak benda macam ni jadi dekat kamu. Jangan nak sesuatu jadi baru kamu nak sedar"pesan mamanya sambil memandang wajah anak sulungnya itu.

'Cantik! Macam aku'sempat dia memuji wajah anggun bak model itu sekali gus memuji dirinya.

Airish tersenyum dan mengangguk. Sifat keibuan mamanya itu tak boleh berpisah langsung.

"Understand mama. Esok along datang sini lagi. Mama jangan risau, balik kelas aje, along datang sini. Spend time dengan adik-adik. Is that okay?"

"That's my girl" kemudian mereka berpelukan.

.
. .

Hotel Cala di Volpe, Italy;

              Seorang figura lelaki di hadapan Tan Sri Kamal Firash itu sudah bengang sendiri. Bengang bercampur marah. Masih ada rupanya malaun yang mahu mencuba nasib mencari masalah dengan sahabatnya ini. Mahu sahaja dia cincang lumat-lumat. Dia ni bukannya baik sangat nak lepaskan anak orang.

Come on lah. Anak mafia. Mestilah bapak dia pun sama.

Yang seorang lagi masih menenangkan lelaki itu. Sudah lebih sejam dia tenangkan. Masih tak tenang-tenang. Nak suruh ambil wuduk takut nanti dia pulak yang kena sembur.

Lelaki itu tiba di hotel lebih awal dari yang dijanjikan dalam meeting schedule. Janjinya pukul tujuh. Tibanya pukul enam. Tepat pulak tu. Nasib baik dia awal bersiap tadi.

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal, Ash?! Kau nak dia kacau family kau dulu ke baru kau nak bagitahu aku? Aku ni siapa pada kau sebenarnya?"katanya dengan wajah risau dan geram.

Sudah keluar panggilan Firash yang dahulu. Ash. Nama ketika zaman bujangnya. Zaman jahiliah lah katakan. Kalau keluar panggilan itu bermakna sahabatnya ini memang menahan geram teramat.

"Kau tenang lah. Aku bukan tak nak bagitahu kau awal-awal. Aku kenal kau macam mana. Karang tak sempat budak tu nak mengucap kau dah hantar malaikat maut"jawabnya tenang.

"Dah memang tu aje cara dia, nak buat macam mana? Lagipun Ash, bukan semua manusia akan berubah. Ada yang berubah tapi tak ikhlas. Kau lagi tahu benda ni dari aku. Jadi kau kena letak tu dalam otak kau elok-elok. Aku risau kau tahu tak? Kau ni terlebih baik. Esok lusa anak bini kena tempias, kau tak fikir ke?"bebel Tan Sri Megat Ariffin.

"Kau jangan lah overthinking. Cuba doa yang elok-elok sikit untuk aku. Nanti masin mulut kau memang aku cari kau dulu, kau tahu"balasnya sambil menyepak sikit kaki rakannya di bawah meja itu.

Tan Sri Megat Ariffin sudah mengeluh sambil menjulingkan matanya.

"Mana-mana kau aje lah, Ash. Asalkan kau gembira. Jadi apa rancangan kau sekarang? Hantar budak office atau kau pergi sendiri?"soalnya pula ingin tahu rancangan sahabatnya dengan lebih lanjut.

"Aku kena pergi tengok sendiri. Kalau aku hantar budak office nanti makin kacau jadinya"jawabnya sambil menyuap manisan ke dalam mulut.

Kek red velvet. Dia sengaja memesan kek itu kerana merindui air tangan isterinya yang selalu membuatkan kek red velvet setiap hujung minggu. Tambahan lagi Tan Sri Megat Ariffin memang menyukai kek red velvet. Elok lah tu. Ada chemistry.

"Kau pergi dengan siapa?"kek disuakan ke mulut sebelum menghabiskan ayat dan ditelan. Otaknya sudah memikir beberapa rancangan dan mengatur ayat untuk sahabatnya itu.

"Sorang aje"balasnya lagi sambil menelan suapan terakhir.

"Uhuk! Uhuk! Huk! Kau- uhuk!"memerah muka lelaki itu apabila tersedak kek yang ditelannya tadi.

"Weyh. Kau agak-agak lah kalau ye pun. Pelan lah sikit kalau makan tu. Tak sempat balik Malaysia kau karang"katanya sambil menyuakan segelas air kosong.

"Pala hotak kau"air itu diteguk.

Tan Sri Kamal Firash menyengih sahaja mendengar balasan itu.

"Kau kenapa nak terkejut sangat ni? Overreact betul lah"

Tan Sri Megat Ariffin yang mengelap mulut dengan tisu itu sudah memandang Tan Sri Kamal Firash di depan.

Sebenarnya ada sesuatu dia ingin sampaikan, namun terbatal niatnya saat ada seorang lelaki yang menuju ke arah mereka.

Lelaki itu membisikkan sesuatu di telinga Tan Sri Megat Ariffin, kemudiannya dia berlalu pergi selepas tunduk hormat.

"Fuck"carut lelaki itu.

Kening Tan Sri Kamal Firash terjongket. Bengang sungguh nampaknya lelaki itu. Jarang-jarang boleh lihat wajah kusut lelaki ini, kali terakhir dia nampak adalah tadi. Selain dari itu adalah kisah semasa zaman dia dan Puan Sri Aqilah bercinta dan selepas kelahiran anak sulung lelaki itu. Kemudian tamat. Tapi berulang nampaknya kali ini.

"Kau kenapa, Rif?"

"Kau tahulah nanti. Bala dah sampai"balasnya malas lalu menyuapkan penuh kek red velvet itu ke dalam mulutnya dengan dengusan nafas kasar.

Reaksi aneh masih terbentuk pada wajah sahabatnya. Dia sendiri tidak tahu mahu mula dari mana. Malu pun ada. Macam mana lah dia nak terangkan.

Dia pasrah.

Aqeel Haider memang pandai buat hidupnya tak tenang. Masa Aqeel kecil dahulu tak ada pun budak itu buat masalah. Tapi sekarang? Inikah karma atas perbuatannya dulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience