C02

Action Series 454

Lausanne, Switzerland;

                  Selepas beberapa jam kelas, akhirnya dia pulang ke mansion keluarganya. Sport car McLarren-nya di parkir elok di di halaman rumah.

Dari awal sahaja di sudah dapat melihat beberapa susuk tubuh yang dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan mamanya, Puan Sri Hasmah dan adik-adiknya iaitu Zarish Kiff anak kedua dan Helena Airish adik bongsunya yang sedang bermain Chess sambil menikmati minuman panas iaitu air teh hijau bersama manisan.

Zarish Kiff merupakan anak kedua berusia enam belas tahun dan bersekolah di maktab tentera Sepanyol. Manakala Helena Airish merupakan anak bongsu berusia lima belas tahun yang bersekolah di sekolah seni Italy.

'Apa yang mereka buat di sini? Bukan sekarang tempoh sekolah ke?'soal Airish dalam hati.

"Mama"sapa Airish sebaik sahaja batang tubuhnya tiba dihadapan mereka bertiga.

Kalau dah sibuk main Chess mana sedar orang datang. Ni kalau kena bom mansion ni entah sedar ke tidak.

Ketiga-tiga mereka menoleh.

"Ouh, dah balik dah along. Lama dah sampai?"balas mamanya.

"Tak lah baru je. Ye lah, kan orang tu minat sangat dengan Chess, mana nak sedar anak dah sampai"balasnya dengan gurauan di hujung ayat.

Mama Airish begitu meminati Chess. Semua kerana Chess adalah punca dia menikahi papa Airish, Tan Sri Kamal Firash. Jika bukan kerana taruhan dia dan suaminya dahulu, tidak adanya mereka berkahwin.

Sedangkan dia baru sahaja mula mahir bermain Chess, manakala lelaki itu sudah lama master di dalam permainan papan ini, mana tidaknya dia dengan mudah mengalahkan Puan Sri Hasmah. Namun mereka hanya akur dengan permainan jodoh ini.

Dalam tak sedar, masing-masing sebenarnya sudah menaruh hati antara satu sama lain, dan disebabkan itu mereka dengan mudahnya membuat taruhan itu dan menerima perkahwinan ini.

Ceh!

Papanya memang licik!

Puan Sri Hasmah sudah memerah mukanya menahan malu. Kisah antara dia dan suaminya hanya Airish sahaja yang tahu.

"Hish, kamu ni. Mana ada macam tu. Dah, kamu masuk sekarang, pergi mandi, rehat. Kalau nak makan, mama dah masak dah lauk tu semua. Ada kat dining table"jawabnya ingin alih topik perbualan. Tidak mahu adik-beradik Airish mendengar rahsia lanjut.

Walaupun dia sudah lanjut usia, namun perasaan malunya masih seperti si anak dara.

Wajah anggunnya usah di kata. Jika tidak kekal, tidak adanya wajah bak model si Hannah Qairish, Zarish Kiff dan Helena Airish ini muncul.

Dia dulu memang seorang model antarabangsa pun. Namun stage name sahaja yang diubah kepada Hazel. Sempena gabungan nama ibu bapa Puan Sri Hasmah merangkap datuk dan nenek Airish.

"Herm.. ye lah"kedua adiknya itu dikerling sekilas sebelum menyabung ayat. Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Kedua budak itu sungguh sibuk bermain tanpa menyapa dirinya sebagai kakak sulung ini.

"By the way, along nak keluar petang ni. Nak-"belum dia menghabiskan ayat sudah disampuk.

"Nak ikut!"jerit kedua beradik itu tiba-tiba.

'Sudah'pasrahnya dalam hati.

Mereka memang pantang mendengar kakaknya ingin keluar. Kerana kedua budak itu dilarang membawa kereta oleh papa mereka kerana belum ada lesen pun. Hanya dia sahaja yang dibenarkan kerana sudah ada lesen tetapi perlu bayar denda beribu kerana bawah umur lapan belas tahun.

"Along nak pergi mana?"soal si bongsu Helena.

"Aku nak ikut! Tak kira. Jangan halang aku! Kau kena bagi aku ikut!"jerit si Zarish Kiff.

Airish mengeluh.

'Menyesal aku cakap depan-depan mama'

"Along nak ke mana?"soal mamanya pula.

"Along nak pergi mall lepas ni, ma. Sebab ada barang nak beli sikit. Lepastu nak pergi rumah kawan"jelasnya tanpa menghiraukan mata bulat adik-adiknya yang merayu ingin ikut itu.

Senyum jangan cerita. Kalau boleh sampai koyak muka kedua beradik itu nak senyum.

"Nak bawa adik ke?"soal mamanya lagi.

Kedua wajah itu dilihat sekejap sebelum dia mengeluh pasrah lagi. Kalau tak bawa ada yang meroyan sampai tahun depan. Muncung dah macam papan seterika.

"Kalau tak bawa nanti ada juga yang selinap masuk kereta Airish kejap lagi"balasnya dengan nada malas.

Mamanya tergelak kecil. Memang anak sulungnya selalu manjakan adik-adiknya. Sebab itulah mudah sahaja mereka berdua merajuk pada alongnya ini jika tak dituruti kemahuannya.

Namun usah dicakap jika Airish sedang marah. Kedua beradik itu jugalah yang mudah menurunkan amarahnya. Betapa eratnya hubungan mereka.

Kedua budak itu sudah bersorak keriangan. Pantas mereka berlari ke dalam rumah untuk menyiapkan baju jalan.

"Hari ni kita pakai tema hitam!"jerit Kiff sambil berlari ke dalam rumah. Nama timangan Zarish Kiff.

"Hoi! Hari tu kan kau punya tema dah guna. Sekarang pakai tema aku lah! Dark blue!"jerit Helen. Nama timangan bagi Helena Airish.

"Ah! Takde-takde. Aku nak juga! All black! Dark blue tak best, macam dalam pub aje aku tengok"

"Hoi! Kau pernah pergi pub ke bengong?! Tahu-tahu aje kau ni warna dalam pub"

"Shut up!"

Puan Sri Hasmah sudah tergelak mendengarkan 'perbualan manja' kedua mereka. Airish tergeleng sahaja. Sudah biasa dengan situasi itu. Dia kemudia memandang wajah mamanya itu dengan pandangan serius. Ada sesuatu yang dia ingin sampaikan.

"Mama"panggilnya dengan nada dingin.

Puan Sri Hasmah menoleh.

Kening berkerut. Kenapa pula dengan anak sulungnya ini. Jarang dia membuat wajah serius itu melainkan-...

.
. .

Hotel Cala di Volpe, Italy;

             Seorang lelaki bersuit hitam sudah memegang sebuah briefcase kulit coklat apabila dihulurkan oleh seorang lelaki tua di hadapannya. Huluran tangan disambut dengan senyuman lega.

"Thank you so much sir. I really appreciate your kindness. I hope I can repay your help soon"kata lelaki tua itu.

"No need young man, I am the one who should be thankful. Just accept this as a repay for your kindness at the old time. I already feel relief now because I can pay your kindness at the past. May the God bless you always, mr. Firash"

Tan Sri Kamal Firash hanya senyum.

"I hope you will get this culprit asap. I really worried when I heard about this matter. I still want to have a business relationship with you. Your business really worth my time. Not like others"

"I hope too, mr. Andre . Thank you so much for helping me find this person. It's really helpful" ucapnya lagi sambil memegang bahu lelaki tua bernama Encik Andre tadi.

"No problem. We're partner. Anytime you have a problem like this again, you can always contact me. I'm always want to have more than just a business partner with you. Maybe one day we can be family" katanya sambil tertawa kecil.

Tan Sri Kamal Firash tertawa sahaja. Tahu sangat ayat di hujung itu adalah gurauan. Bukan Encik Andre ni tidak tahu anak dia masih bawah umur.

Kemudian seorang pengawal lelaki di belakang Encik Andre itu mendekati lalu membisikkan sesuatu di telinganya.

Encik Andre mengangguk.

"Mr. Firash, it's good to talk to you. But I got to go now. Hope we can meet again later. Hope you find this person asap" katanya lalu bersalaman sekali lagi dengan Tan Sri Kamal Firash.

Lelaki itu membalas.

"Okay, I will, thanks again mr. Andre"

Lelaki itu mengangguk lalu keluar menuju ke kereta Alphard hitam yang sedia terparkir di luar lobi hotel.

Tan Sri Kamal Firash menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan mata.

Briefcase di tangannya itu dipandang sekilas. Fikirannya yang bercampur-campur itu dibiarkan. Kepala yang tadinya pening sudah lega sedikit. Semua kerana dia telah mendapat maklumat mengenai 'lalat' yang mengganggu hidupnya.

Jika bukan kerana 'lalat' ini, pastinya dia sudah berada di Switzerland bersama anak dan isteri. Nasib baik Encik Andre ada dengan sukarela ingin membantunya mendapatkan maklumat. Lelaki tua itu memang boleh dipercayai kerana dia adalah rakan karib ayahnya. Tidak hairanlah jika mereka amat rapat.

Dia sendiri buntu pada awalnya. Syarikatnya di Malaysia secara tiba-tiba bermasalah. Ada sahaja orang dalam yang ingin bermain api dengannya. Ingatkan jika dia sudah tua tidak adalah yang mahu mencari pasal dan menikam belakangnya. Rupanya masih ada lalat seperti ini.

Kali terakhir dia mengalami masalah ini apabila lahirnya anak sulung perempuannya. Hannah Qairish. Betapa banyak dugaan dia alami ketika anaknya itu lahir.

Dari kes pencerobohan data, kes pecah amanah, penyeludupan bahan haram ke syarikat dan pembunuhan di syarikat.

Namun semua dia hadapi dengan tenang. Nasib baik ada isteri yang memahami. Bertahun-tahun dia alami kes ini, dan selesai dalam tempoh dua tahun.

Sekarang, setelah berpuluh tahun, akhirnya muncul lagi masalah ini. Ada lalat yang cuba mencuri data lagi dari syarikatnya. Tidak cukup dengan itu, ada manusia yang mengambil maklumat sulit syarikat.

Tidak penatkah manusia ini?

Akhirnya Tan Sri Kamal Firash menuju ke bilik penginapannya. Dia mahu rehatkan diri sebelum meeting dengan sahabatnya, malam ini. Dia masih berbaki lebih kurang dua jam. Sempatlah dia mahu bersiap dan rehat seketika.

.
. .

Di dalam kereta;

               Airish terpaksa menggunakan kereta Audi A7 kerana ada manusia yang megikutinya kali ini. Senyap sahaja kereta itu. Mana tidak senyap jika mereka berpakaian serba seperti mayat. Kiff dan Helen memakai serba putih. Kiff mengenakan sweater putih manakala adiknya Helen memakai blouse putih.

Airish hanya menganggap budak-budak itu melebih.

Bukti?

Elok dia katakan tema putih. Tak adanya dia tetapkan semua putih. Manakala Helen dan Kiff meletakkan semua serba putih. Seluar dan skirt berwarna putih. Nasib sahaja ada sedikit corak bunga pada skirt Helen dan lambang naga silver pada sweater Kiff. Jika tidak, memang jadi malaikat mereka di shopping mall itu.

Airish hanya memakai blouse putih dan seluar jeans legging hitam. Rambutnya diikat ekor kuda. Malas hendak berfesyen lebih. Tak ada masa nak buat semua itu. Berbeza dengan Helen. Adiknya itu memang banyak masa. Sempat lagi hendak menocang rambut. Tak cukul tocang, diikatnya lagi ekor kuda.

Sekali sahaja Ditarik oleh Kiff, pastinya menjerit si bongsu itu.

Kiff memang pantang jika adik-beradiknya bercantik-cantik di luar. Dia tidak suka jika ada mata lelaki yang nakal mengganggu adik-beradik perempuannya. Sungguh dia akui, permaisurinya iaitu mama, along dan adik bongsunya. Jadi dia tahulah akan pandangan lelaki lain pada ketiga-tiga permaisuri dan puteri kesayangannya itu.

Disebabkan itu jugalah Airish dan Helen tidak berdandan lebih. Hanya memakai lip-balm pic dan lipstick pink.

Katanya..

"Aku tak suka jantan kat luar tu pandang korang. Diorang pandang sebab nafsu aje. Cukuplah korang berhias untuk suami korang nanti. Itupun kalau diorang pass ujian aku sebelum diorang ambil korang nanti"

Dah boleh jadi bapak orang ayat si Kiff ni.

"Aku nak singgah rumah kawan aku kejap, korang tunggu aje dalam kereta eh"kata Airish apabila kereta dipusingkan memasuki sebuah simpang yang agak lengang dan seperti asing bagi kedua beradik itu.

Muka yang tadinya cemberut berubah kerut.

"Kau pergi rumah siapa ni? Tak pernah aku nampak pon"balas Kiff kehairanan.

"Haah. Kawan mana pulak ni?"soal Helen pula.

"Ni rumah kawan sekolah rendah lama aku. Dia baru pindah sini sebab keluarga dia ada masalah keluarga sikit. Aku tak pernah bawa korang datang sini lagi"jelasnya bersahaja tanpa menoleh. Hanya fokus pada pemanduan.

"Oh, lama ke? Kalau lama, bagilah kitorang turun juga. Nak tengok kawan kau tu"Kiff cuba negotiate dengan alongnya.

"No, sebab dia tengah tak bagus emosi sekarang. Tak boleh jumpa orang lagi. Lain kali baru korang masuk eh"

Kiff dan Helen angguk dan tersenyap. Ya tak ya juga. Orang dah ada masalah keluarga, takkan nak ganggu pulak kan?

Kemudian kereta itu berhenti di depan sebuah rumah banglo. Kelihatan dua orang pengawal lelaki yang memakai sut hitam di depan pagar.

"Kaya gile kawan kau, siap ada pengawal lagi"puji Helen.

Airish hanya diam.

Pintu dibuka lalu dia keluar dari perut kereta.

Dia menuju ke arah salah seorang pengawal lelaki itu.

"Mana dia?"soal Airish dengan dingin.

Lelaki itu kemudian menyuruh Airish mengekorinya.

Pintu yang sedia terbuka dimasuki.

Helen dan Kiff yang berada di dalam kereta itu mengeluh kebosanan. Telefon pintar dikeluarkan.

Aplikasi tik tok dibuka.

Tiba-tiba suara Helen yang teruja kedengaran.

"Weyh! Kiff! Kiff!"panggil Helen sambil menepuk-nepuk bangku sebelah pemandu itu.

"Ha, apahal?"

"Kau tengok lah ni!"kata Helen sambil menunjukkan skrin telefonnya pada Kiff.

Kiff berkerut.

"Hebat kan?"soal Helen teruja.

"Apa yang hebat, hel?"panggilan yang lebih kepada hell.

Wajah Helen berubah monyok.

"Ish! Kau tengok lah n-"tiba-tiba dia terpandang skrin telefon yang sudah gelap.

Patutlah abangnya tidak teruja. Dia tertekan button off rupanya.

Dia tersengih sendiri.

Kemudian skrin dihidupkan semula. Terpaparlah sebuah video tik tok.

"Ni, kau tengok lah ni. Sebiji kan?"kata Helen pada Kiff yang masih fokus dengan video.

Mansion di hadapan kereta itu depanding bersilih ganti dengan skrin telefon.

"Haih, bukan sebiji je rumah macam ni kat dunia, Helen"balas Kiff selamba lalu melihat semula telefonnya.

"Ish, kau ni. Memanglah rumah macam ni bukan sebiji. Tapi cuba kau tengok persekitaran dia. Sebiji kan? Mesti diorang record video ni kat sini"jelas Helen lagi.

"Ta-"pintu pemandu dibuka dari luar. Tubuh along mereka masuk ke dalam perut kereta itu dengan wajah berpeluh sedikit.

"Kau dari mana ni dengan berpeluh bagai?"soal Kiff hairan dengan kening berkerut.

"Kawan aku meracau tadi, aku tolong tenangkan kejap. Tu yang berpeluh sikit"jelasnya sambil menghela nafas sikit.

"Teruk sangat ke?"soal Helen pula.

"Teruk atau tak, dia tetap tanggungjawab aku, Helen. Dah tugas aku sebagai kawan dia yang kena jaga dia"jawab Airish.

Helen dan Kiff tersentap lagi. Bangga ada kakak sulung sepertinya. Agaknya alongnya ini fikir seperti itu juga kah pada mereka?

"Dah, kita pergi mall pula. Dah terbalik pula, ingat nak pergi mall dulu baru sunggah rumah dia ni. Jom"

"Herm, kau rasa kitorang bebankan kau ke selama ni?"soal Kiff tiba-tiba.

Airish menoleh ke arahnya terkejut sedikit.

Helen pula diam. Dia pun ingin tahu. Sebab dari riak wajah Airish tadi seakan wajah itu menyimpan seribu satu beban.

"Apasal tanya soalan bodoh ni?"soal Airish bengang.

Kiff terkejut sedikit dengan kata-kata alongnya itu.

"Seb-"

"Dengar sini elok-elok Zarish Kiff. Aku ni kakak kau. Walau apa pun kesalahan yang korang buat, aku pasti akan marah sebab aku manusia. Tapi dalam marah aku, dah jadi tanggungajawab aku untuk perbetulkan silap korang tu. Takkan aku nak cakap yang korang ni beban aku dan bunuh korang? Sedangkan-"tak tercapai ayatnya saat itu. Dia tak sanggup.

Seakan ada benda di kotak suaranya yang menyekat hujung ayatnya itu.

Manakala Kiff dan Helen tidak memerlukan along mereka menyambung ayat. Mereka sudah sedia terkilan dengan ayat kakak sulung itu.

Penangan kakak sulung yang sedia matang be like...

Mata Kiff dan Helen berkaca-kaca. Terhinjut-hinjut bahu mereka kerana terharu.

Ingatkan dah cukup jadi beban, rupanya belum lagi.

Eh?

Wajah kedua beradik itu dipandang sayu.

Airish mengeluh sebelum dia meneruskan perjalanan ke mall. Satu-satunya cara menggembirakan semula wajah mereka.

Selepas beberapa minit memandu;

          Kereta diberhentikan di sebuah shopping complex. Wajah Kiff yang masih tersedu-sedu melihat permandangan luar cermin kereta sambil menggigit ibu jari dipandang sekilas sebelum beralih ke arah Helen yang turut sama berbuat demikian melalui cermin pandang belakang.

Airish menghela nafas.

"Tak nak turun memang tak dapat aiskrim"pancingnya kepada dua ekor itu.

Cepat sahaja tangisan tadi mahu berubah lebat lagi.

Akibat si kakak tidak mahu membelikan aiskrim. Bukan selalu dapat. Papa dan mama mereka selalu tak bagi makan sebab overprotective punya pasal. Takut demam lah, takut batuk lah..

No life..pftt..

Airish mengeluh lagi, lupa yang mereka ni hati tisu, tak boleh kena ugut dengan aiskrim.

"Dah lah tu.. kan dah sampai ni, jomlah teman aku beli barang. Nanti aku beli aiskrim korang. Dah-dah... jom turun"pujuknya lagi sambil membuka seatbelt Kiff dan menepuk-nepuk tangan Helen.

Keluar sahaja dari kereta, jelas di pandangan matanya mata kedua budak itu sudah merah sembap akibat menangis.

'Aku marah ke aku nasihat tadi? Kalau papa tahu ni, habislah aku'bisiknya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience