PROLOGUE

Action Series 454

Switzerland;

               Sebuah kereta MrLaren 720s berwarna hitam laju meluncur di lebuhraya pada pagi itu. Walaupun waktu masuk kelas ada lagi sejam setengah, namun dia sebagai pelajar contoh haruslah lebih berdisiplin dengan masa. Menjadi contoh utama untuk beratus pelajar, bahkan bukan pelajar serta beribu pelajar dari sekolah lain bukanlah sesuatu yang mudah. Disebabkan itulah wajahnya jarang menunjukkan senyuman pada orang awam. Sebagai plot twist di awal paginya, ada beberapa orang yang perlu berjumpa dan sedang menunggunya di sekolah ketika itu.

Ring!

Ring!

Telefon bimbit di tempat duduk sebelah pemandu itu diambil sebelum dia melihat pemanggil di skrin telefon.

Lyo

Pantas sahaja ibu jarinya menggesek punat hijau pada skrin telefon.

"Hurm"dia menggumam tanda menyuruh pemanggil bersuara.

"Where?"soal si pemanggil.

"On the way"

"Hurry"

Tit!

Panggilan di matikan lalu telefon yang tadinya dilekapkan pada telinga dilempar ke tempat duduk di sebelahnya.

.

.

.

Selepas lebih kurang lima minit memandu;

Tepat pada pukul 7:00am;

                  Kakinya dihayun pantas di laluan koridor sekolah itu. Rambutnya yang berwarna hitam pekat paras pinggang dan diikat ekor kuda itu sudah terhayun ke kiri kanan akibat pergerakan gadis itu yang terlalu pantas. Tiada senyuman manis, hanya beku sahaja, namun masih kekal kecantikan aslinya hasil gabungan genetik kedua bonda dan ayahandanya walaupun tanpa solekan.

Okay part tu tipu sikit, dia hanya mengenakan sedikit lip balm berwarna perisa strawberry disebabkan bibirnya akan nampak pucat jika dibiarkan kosong. Tambahan lagi dia sememangnya bermasalah dengan bibir merekah, akhirnya jika dibiarkan tanpa apa-apa kedua ulas bibir itu bakal berdarah. Oleh itu, setiap kali jika dia ingin ke sekolah dia akan memakai lip balm tersebut.

Dengan pakaian formal uniform sekolah yang dipadankan kemeja lengan panjang putih, dilapisi luarnya dengan blazer berwarna merah dipasangkan dengan dengan seluar slack marroon-nya serta stokin berwarna hitam match with black shoes dan Inilah dia...

Hannah Qairish..

Headprefect terulung IMD Business School, Switzerland.

Berbeza dengan pelajar yang lain, mereka akan memakai blazer berwarna hitam di luar, skirt warna hitam paras lutut dan stokin yang dipasangkan sama warna dengan warna skirt serta blazer tadi.

Baru sahaja kakinya mahu melangkah memasuki kelas, satu suara lunak memanggilnya dari belakang. Suara yang amat dia kenali, rasa familiar. Mana tak familiar apabila ianya adalah suara orang yang telah menghabiskan lima belas tahun bersekolah bersama-sama.

"Airish!"jerit suara itu.

Lalu dia menoleh. Muka beku tak boleh bincang masih kekal sama walaupun gadis yang memanggilnya tadi ada menayangkan senyuman semanis yang mungkin.

Macam terpaksa senyum manis pun ada, tetapi Airish hanya membiarkan.

Kini mereka berhadapan. Sebelah tangan kanan dimasukkan ke kocek seluar slack marroon-nya, manakalah sebelah lagi memegang telefon bimbit. Beg? Masih tergantung di bahu sebelah kirinya.

Faham-faham ajelah situasi tu.

"Diorang kat mana?"soal Airish dengan nada dinginnya.

Malas mahu berbasa basi, kalau nak tahu dia terpaksa skip breakfast setiap kali waktu sekolah sejak dia menjadi head prefect ni, sebab tu lah dia memang muka dingin. Lapar.

"Masih kat private room, cuma budak tu memang ada sekali sebab-"belum dapat rakannya menghabiskan kata, Airish memotong.

"Aku tak nak dengar alasan, kau suruh budak tu keluar selagi aku belum sampai kat sana, atau aku yang akan keluarkan dia. Choose"lalu dia memasuki kelas yang sedia terbuka pada awal dia datang tadi.

Pemergian Airish ke dalam kelas hanya dipandang oleh gadis itu.

Payah. Memang payah.

"Haih, matilah nak"

Lalu satu panggilan masuk ke telefon gadis itu.

Punat hijau digesek.

"Hello"dia menyapa si pemanggil.

"Macam mana? Dia nak tak?"soal manusia di dalam talian.

"Macam kau tak tahu si iceberg tu. Dah lah, biar je lah budak tu mampos. Ciao!"

"El-"

Tit!

Punat merah dimatikan untuk menamatkan panggilan. Dia terus masuk ke kelas yang dimasuki oleh Airish tadi.

"Weyh"panggilnya pada Airish yang sedang sibuk menekan keyboard pada tablet-nya dengan menulis sesuatu pada kertas yang bertimbun di atas mejanya.

Kemudian kerusi dia hadapan gadis itu ditarik dan di dudukinya.

Airish diam. Tapi tahulah gadis itu bahawa Airish tetap mendengan panggilannya, cuma malas mahu membalas.

"Malam ni kau busy ke?"soal gadis berambut perang itu.

"Erm"

"Dah tu macam mana nak-"

"Aku set time, just follow the flow"pintas Airish lagi.

Cepat betul gadis ini berfikir. Ini ke yang dinamakan multi-tasking?

Telinga dengar, mulut menjawab, sebelah tangan menggesek skrin tablet dan sebelah lagi menulis.

Tidak lupa mata yang masih fokus pada kerja yang bertimbun dan otak yang sentiasa berfikir.

"Haih, kalau macam ni lah gayanya, Rish, sampai esok belum tentu kau makan. Dah, jom breakfast"ajak gadis di depannya itu seraya itu dia berdiri menunggu Airish turut berdiri.

"Kalau kau tak nak budak tu mati awal baik kau suruh diorang clear-kan kerja diorang, Elyana"balasnya sambil melakukan kerja tadi.

"Ye-ye, aku dah suruh dah tadi. Dah, jom. Lepasni nak pantau budak pulak"ajak Elyana lagi sambil menarik hujung lengan baju Airish.

Airish mengeluh.

Memang betul, jika dia tidak sarapan ketika itu, sampai bila pun dia takkan dapat makan. Kerja mana pernah akan habis, sebab itu kena pandai bahagikan masa.

"Dan.. tadi aku dah sediakan roti floss and yougurt anggur untuk kau. Tinggal tunggu kau datang aje"kata Elyana lagi dengan bersemangat sambil merangkul lengan kiri Airish seolah mengajak teman lelaki hendak dating.

Orang yang sangat mengenal Airish. Makan dan minumnya. Buku kesukaan Airish, penyakit alergik dan perkara yang disukai atau tak disukai, semua dalam tangan Elyana. Memang lagak boyfriend dan girlfriend.

"Sabar lah Elyana Idris, aku kan tengah kemas barang ni"kata Airish dengan geram kerana tak habis-habis menarik lengan kirinya. Tengah-tengah dia mengemas fail pula tu. Karang berterabur siapa pulak nak susun?

Tapi Airish tidak mahu menunjukkan kasarnya pada gadis comel itu, itu bukan caranya. Mendidik sahabat yang boleh dikatakan hanya mati yang memisahkan itu perlulah dengan cara halus.

Lagipula dia memang kenal sikap Elyana, seorang yang manja, periang, sentiasa senyum dan peramah. Kecantikan gadis itu adalah bonusnya sebagai sahabat. Dia akui Elyana, atau nama timangan antara rakan memanggilnya El, adalah lebih cantik darinya walau ketinggian antara mereka semua Airish adalah orang kedua tinggi.

Akan tetapi dalam kelebihan turut terselit kelemahan bagi El. Gadis itu mudah terlupa, susah untuk bangkit dari jatuhnya dan seorang yang begitu baik. Yup!

Terlalu baik juga merupakan kelemahannya. Terlalu cepat memaafkan orang tanpa menilai kesannya. Sehinggakan orang akan mudah memijaknya. Bagi Airish, kelemahan itu adalah tanggungjawabnya untuk menjaga orang sebaik Elyana. Gadis yang perlu selalu dilindungi.

Sejak usia lima tahun, Airish adalah penyelamat gadis itu. Sebab itulah manjanya pada Airish masih berkekalan hingga ke usia tujuh belas tahun ini.

"Cepatlah, Rish. Alah.. biar jelah kat situ, bukan ada yang berani kacau pon"gesanya sambil menghentakkan kaki seperti budak-budak.

Tapi serius, tiada yang berani menganggu barang Airish. Barang head prefects. Walau besar macam mana godaan barang itu, sama ada dompet tercicir atau buku tertinggal di mana-mana, mereka hanya akan menghantar buku atau barang itu ke bilik LOST and FOUND bersebelahan bilik pengetua sekolah.

"Haih.."sakit kepala.

Keluh Airish buat kesekian kalinya pada hari itu.

.

.

.

Italy;

Pukul 7:05am;

             Lelaki berusia empat puluh lima tahun itu mengorak langkah menuju ke kerusi pejabatnya. Butang kot biru gelapnya dibuka sebleum dia duduk di bangku itu. Manakala seorang lagi lelaki berusia kira-kira dua puluh empat tahun tahun hanya mengikut langkah dan memerhati dari belakang dengan senyap dan berhenti di hadapan meja kerja majikannya itu.

Walaupun usia sudah menginjak ke empat puluh-an itu, namun masih kekal segak di mata lelaki dua puluh-an itu. Tubuhnya yang sasa, wajah yang tidak kelihatan di mana kedutan dan cacat celanya.

Hot daddy.

Panggilan semua gadis remaja, dewasa dan yang tua turut serta kepada lelaki ini. Namun lelaki ini bukan sembarangan, dia adalah lelaki yang teguh pada prinsip. Buktinya? Dia masih kekal setia di sisi sang isteri yang telah mengurniakan dua cahaya mata kepadanya.

"Meeting?"soal lelaki itu.

"Hari ini tan sri ada meeting dengan Tan Sri Kamal Firash di Hotel Cala di Volpe"jawab lelaki muda itu.

"Firash? Bukan dia kat Switzerland ke?"soal lelaki itu lagi. Aneh pula apabila sahabat lamanya itu tiba-tiba mahu berjumpa sebegini dengannya.

Bukan apa, sememangnya mereka itu adalah sahabat dan rakan perniagaan, namun kebiasaan mereka untuk berjumpa mengenai kerja atau melepak bukan seperti ini, yang sehingga melakukan temujanji, namun mereka hanya akan menjadi tidak formal.

Bersembang menerusi aplikasi whatsapp sahaja, set masa dan terus sahaja berjumpa. Malah lelaki ini akan terus membatalkan semua temu janji yang lain jika perlu untuk menghabiskan masa seharian menyelesaikan perkara penting dengan Tan Sri Kamal Firash ini.

Ada faham bagaimana erat hubungan persahabatan mereka ini?

"Sekarang dia sudah berada di Itali, tan sri. Dia ada berjumpa saya semalam di restaurant dan terus menetapkan masa meeting pada pukul tujuh malam hari ini"

"Haih, tak ape lah. Next?"balasnya bersahaja. Walau dalam hati sebenarnya sudah naik risau akan sikap sahabatnya yang padanya seakan terburu-buru.

"Tengah hari nanti tan sri free tetapi pukul tiga hingga lima akan ada meeting bersama Dato' Alex, CEO All Liance Group. Berkenaan share pelaburan baru-baru ini"

"Ouh yeah, about tarik diri tu. I almost forgot about it. Anything else?"katanya sambil meletakkan tangan di pelipisnya yang sudah mula serabut. Serabut tak habis satu, satu lagi masalah datang.

Dia tahu kenapa pelabur itu mahu tarik diri.

Tahu sangat.

"About, your son's company. Dia mahu serahkan tugas pada-"ayatnya dipotong.

"No. Said to him. No. N-O, no. Or else, Aireen will get the concequences"ugut lelaki itu sambil matanya tajam dan memandang dingin lelaki muda di hadapnnya ini.

Dia hanya mengangguk dan menurut.

"Baik tan sri. That's all for now"

"Dismissed"halau lelaki itu. Hilang terus mood-nya hari itu.

Kemudian lelaki muda tadi menghayun langkah keluar pejabat.

'Belum apa-apa, serabut aku.'desis hati lelaki itu sambil tubuhnya bersandar penuh pada bangku dan kakinya disilangkan.

'Aqeel, kenapa buat daddy macam ni?'soalnya dalam hati sambil matanya terpejam. Fikirannya jauh melayang mengingatkan anaknya yang satu itu. Aqeel Haider.

Manusia yang sememangnya tahu buat masalah.

.

.

.

Malaysia;

               Dengan perbezaan waktu selama lapan jam, maka di Malaysia masih lagi pukul dua belas malam.

Waktu yang sememangnya waktu tidur. Namun tidak bagi seorang lelaki bernama Aqeel Haider. Remaja yang tidak kena usia dan tingkahnya.

Dia keluar dari bilik itu dengan seluar slack hitam panjangnya, dan sweater hitam yang baru sahaja dia pakai ketika di daun pintu.

Dia perlu cepat. Jika tidak, ada yang bakal terlepas flight.

Kaki menuju ke lif mansion tiga tingkat itu.

Sampai sahaja di tingkat bawah, dia pantas menuju ke pintu utama mansion, namun ada sahaja suara yang menyentakkan tindakannya.

"Qeel? What are you doing my son?"panggil suara wanita dari arah belakangnya.

Aqeel menoleh. BUSTED..

"Ekhem.. herm.."dia membetulkan suara janggalnya terlebih dahulu.

Nak tipu mak? Ni mak lah, mak lebih tahu anak.

"Qeel ada hal sikit mommy"balasnya dengan nada perlahan. Takut ada yang dikata gila, malam-malam musim tengah nak peperiksaan sempat lagi nak melancong.

"Hal apa? Dekat mana?"soal mommy-nya lagi dengan rasa penuh ingin tahu.

'Nak pujuk bakal menantu mommy'namun jawapan itu hanya di simpan kemas dalam hati. Tak berani nak luah, kerana belum masanya lagi.

"Ada hal dengan Alfa, mommy. Ha, Alfa. Alfa kata ada task yang dia memang susah nak faham. Mommy pun tahu kan Alfa macam mana kalau dah study. Kalau dah sampai tengah malam tak jumpa jawapan, jangan harap dia nak tido"jawabnya lagi dengan petah. Entah kenapa tiba-tiba mencurah-curah idea penipuan yang muncul di kepala otaknya ketika itu.

Tambah lagi, selepas sahaja Aqeel menyebut nama Alfa, sahabat baiknya itu untuk dijadikan bahan, terus sahaja dia petah bercakap.

Kedua beranak itu berbalas pandangan untuk seketika seolah hendak mencapai kata sepakat di situ.

"Hurm, yelah. Kalau macam tu, kamu nak bermalam kat sana ke macam mana? Dah malam dah ni"

"Haah, dalam dua atau tiga hari macam tu. Mommy jangan risau, Qeel ada baju spare kat rumah Alfa"jawabnya lagi sambil mengusap lengan mommy-nya untuk menyedapkan hati wanita itu.

"Ha, yelah. Kalau macam tu hati-hati ye. Kalau mengantuk berhenti dulu, rehat. Jangan terus drive, bahaya"pesan wanita itu lagi.

'Bukan Qeel yang drive, mommy'

"Okay mom, love you"katanya seusai itu di mencium lembut pipi mommy-nya selepas tangan dikucup dan terus menuju ke arah keretanya, Mercedes Benz E300 berwarna silver lalu pacuan empat roda itu dipandu keluar dari perkarangan rumah.

Puan Sri Aqilah, mommy Aqeel itu hanya menghela nafas. Ni lah masalah bila anak dah besar. Rasa seperti baru semalam dia melahirkan anak sulungnya itu. Masih teringat bagaimana sakitnya, bagaimana rupa Aqeel yang masih pucat dan penuh darah di wajah selepas dilahirkan dan diberi pada pangkuannya.

'Aqeel'desisnya dalam hati.

Tiba-tiba satu suara garau menyentakkan lamunannya di depan pintu itu.

"Mommy percaya lah dia nak pergi rumah Alfa tu, entah-entah bukan pergi pon"hasut sang adik yang hanya menjadi pemerhati kedua beranak itu dari awal kejadian depan pintu.

"Apa kamu cakap macam tu pulak, Feeq. Abang kamu tu, kan. Kena lah percaya kat dia"balasnya sambil menuju ke sofa yang berda di ruang tamu bersama Afeeq Haiqal yang baru sahaja berbaring di situ.

'Afeeq yang tempahkan tiket dia mommy!'jerit hatinya.

"Hurm.. yelah"balasnya dengan malas.

"Ha, Aireen dah tidur ke? Biasanya pukul dua belas ni dia masih nak nonton kdrama dia"soal Puan Sri Aqilah sengaja mahu mengalihkan topik.

Afeeq yang hanya menonton tayangan di televisyen itu hanya mengangkat bahu lalu 'entah'-kan sahaja. Dari petang tadi tidak kelihatan batang hidung adiknya yang seorang itu.

Namun antara Aqeel dan Aireen, dia lebih mempercayai Aireen, kerana sikap Aqeel yang sukar dijangka itu, dia lebih memilih Aireen. Seorang yang tahu menjaga semua perkara termasuk maruah keluarga. Manakala Aqeel Haider?

Entah.

Dia tidak tahu.

Kan dia dah kata, dia tidak tahu sikap Aqeel kerana lelaki itu sukar untuk dijangka.

Memang typical anak sulung macam ni ke?

.
. .
Please vote and comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience