IMD, Lausanne, Switzerland;
Apabila kedua kakinya menapak masuk ke bilik privasi yang disediakan khas buat para head prefect sekolah, mata terus tertumpu pada batang tubuh asing di situ.
Cepat sahaja matanya ini bekerja mencari figura asing, namun tidak perlu dicari, disebabkan matanya itu sudah biasa melihat figura sahabat sendiri setiap hari, dia dengan mudahnya dapat mengecam figura asing itu.
Dia dah agak. Janji manis seorang Elyana Idris memang tak boleh pakai! Ini bukan kali pertama gadis itu memeberikan janji palsu, walau dia tahu Elyana menipu, namun dia tetap mengikut saja kata gadis itu. Malas Elyana membebel macam mak nenek punya pasal.
Elyana yang berdiri tegak disebelahnya itu dijeling sekilas sebelum gadis itu tersengih seperti kerang busuk sahaja. Jelingan tajam Airish itu bukan tidak dihiraukan, malah dapat tegakkan bulu roma Elyana, namun disebabkan dia sudah terlebih rapat dengan Airish dan terbiasa dengan kekasaran gadis itu, dia hanya mampu sengih dalam sedih.
Beberapa pasang mata yang berada di bilik itu kini tertumpu pada mereka berdua sebelum sapaan seorang demi seorang kedengaran di halwa telinga apabila baru perasan akan kehadiran mereka berdua.
"Rish"sapa seorang gadis yang mengenakan pakaian sama seperti Airish namun rambutnya yang berwarna hitam dan berikat ponytail itu selepas berdiri tegak apabila melihat ketuanya masuk ke bilik.
Dia duduk bersebelahan 'makhluk asing' yang dipandang kosong oleh Airish tadi pada double seat sofa marroon mereka. TERPAKSA ye anak-anak. Kalau bukan sebab tak nak manusia asing sebelahnya itu buat benda bodoh sebelum ketibaan ketuanya, tak nak dia mengawal budak itu.
Macam takde life!
Airish hanya memandang sekilas dan mengangguk namun diam, tak menyahut sapaan itu. Tetapi tidak membuat gadis itu berkecil hati, kerana dah biasa dengan layanan dingin Airish. Lagipula dia tahu Airish tidak suka banyak cakap dan mengeluarkan suara di depan manusia asing seperti budak yang duduk di sebelahnya itu.
Gadis yang menyapa Airish itu kemudian beralih tempat dan berdiri bersama dua figura lelaki yang sedari tadi hanya duduk di kerusi dan meja kerja bilik mereka meninggalkan gadis itu duduk dengan ketua mereka, Elyana dan seorang figura sahabat lelaki mereka yang duduk di sebuah sofa single besebelahan mereka tadi dek kerana tak kuasa nak duduk dengan 'makhluk asing'.
Tatut titew!
Seorang lelaki itu memakai suit marroon dan kemeja-T putih di dalam, manakala seorang lagi memakai suit hitam.
Kini mereka bertiga hanya diam menanti permandangan daripada ketua mereka dan 'makhluk asing' itu. Dalam diam mereka bertiga sengih sinis. Nak sangat cari masalah awal pagi kan, kau tunggu, tak jadi mayat, jadi bangkai lah kau tak lama lagi!
Eh? Tak ke sama je tu?
Hurm, apa-apa lah..
Airish mengambil tempat di sebuah sofa single berwarna marroon bertentangan figura asing yang sesat baginya itu.
Sampah kenalah buang cepat-cepat! Nanti berbau karang ada yang mengadu busuk pulak.
Kaki disilangkan, sebelah tangan kanannya dijadikan penghadang kepalanya yang sengaja disengetkan itu. Matanya tajam memerhati figura asing itu tanpa berkelip dengan pandangan biasa sahaja baginya namun maut bagi semua yang berbalas pandangan itu.
Manakala Elyana pula sudah duduk di sisi sofa Airish, gadis itu membiarkan sahaja tingkah Elyana. Kegemarannya, tempat rehat tangan itu. Korang faham kan? Kan?
Jangan tanya kenapa marroon sebab theme bagi head prefect sekolah mereka adalah marroon
Semua yang memerhati tingkah itu sudah ada yang menelan liur. Ada juga yang hanya beriak biasa walau dalam hati sudah memaki habis-habisan manusia yang mencari masalah dengan ketua head prefect mereka dan ada juga yang hanya beriak biasa manakala dalam hati sudah sengih sinis.
"Kau dah makan?"soal figura lelaki terakhir yang memakai suit marroon yang berada di bilik itu hari ini, berambut hitam pekat dengan iris biru yang duduk di sofa sebelahnya sambil memeluk bantal sofa berwarna kelabu dan meminum air soda. Healthy life.
"I'm taking my breakkie right now"balasnya tanpa mengalihkan pandangannya.
Individu yang direnung itu sudah menelan liur, mahu keluar, namun ego menahan tindaknya. Dia tidak mahu kalah dengan gadis ketua head prefect ini. Sebab apa? Sebab dia mahukan apa yang Airish ada. Dia mahu menjadi terkenal seperti Airish. Mahukan perhatian semua orang termasuk lelaki.
Airish. Cantik, bijak, tegas, dingin seperti iceberg, 'Queen' adalah gelaran yang diberikan oleh pengarah IMD apabila dia mendapat tempat di hati pelajar untuk menjadi head prefect sekolah. Dan dia mahukan semua itu. Baginya, jika dia dapat meruntuhkan imej Airish, serta menghancurkan persahabatan gadis itu, semua yang dia inginkan pasti tercapai.
Plus ini adalah antara usaha yang sedang dilakukannya. Cuba mencabar kesabaran gadis itu, jika dia diapa-apakan oleh Airish, pastinya tindak-tanduk gadis itu akan menyebabkan dia dilebel sebagai pembuli nombor satu IMD. Maka ia pastinya akan menjatuhkan imejnya sebagai head prefect lalu dibuang IMD.
"Blah"dingin dan hanya bersahaja nadanya mengeluarkan arahan tepat pada gadis asing yang menjadi tumpuannya dari tadi.
Lima pasang mata hanya memandang gadis asing itu. Jelas kelihatan di mata mereka semua yang gadis itu sedang menelan air liur. Tahu pulak nak takut.
"Why should I?"kata gadis itu ingin mencuba nasib lagi sambil menelah liur kesat.
'Bodoh nye alahai budak ni..'sumpah mereka semua pada gadis itu dalam hati.
'Just say you're dead then'sinis hati lelaki berambut biru gelap tadi. Tawa kecil keluar dari mulutnya.
Airish sudah tertawa kecil sahaja. Manakala gadis itu dalam takutnya sudah kehairanan.
'Gila ke? Kesian, cantik tapi gila!'sinis dia dalam hati. Kemudian di memusingkan bola matanya.
Baru sahaja dia menjulingkan mata, secara mengejut dia disentakkan dengan lehernya yang dicekik dengan sebelah kanan tangan halus milik Hannah Qairish.
Sungguh pantas!
Kini kedudukannya adalah Airish yang berada di atasnya yang sudah tersandar penuh pada sofa dengan lutut sebagai penghadang supaya dia tidak jatuh di atas tubuh gadis itu. Wajahnya yang rapat dengan wajah halus gadis itu sehingga dapat mereka mendengar dengusan nafas Airish dan satu lagi yang tak teratur milik gadis itu.
"Uhuk! huk! Ergh-! Le-lepas!"kata gadis itu dengan kasar dan wajahnya yang mulai berubah warna. Tangannya sedaya upaya membuka tangan Airish yang mencekiknya.
Airish sinis. Wajahnya didekatkan ke telinga gadis itu. Bisikan demi bisikan halus mulai menjengah telinga.
"Listen here bitch, aku tak ada masa nak layan kau, so please. Jangan buang masa aku. Dan lupakan pasal plan bodoh kau tu. It'll never happen. 'Queen' title is only belong to Hannah Qairish. So, baik kau blah sebelum benih haram dalam rahim kau tu aku hancurkan."mata gadis itu terbeliak apabila mendengar ugutan akhir Airish.
'She knows?!'
Sengihan sinis keluar di bibir semua manusia yang mendengar ugutan akhir itu. Walau Airish hanya berbisik, namun mereka masih boleh mendengar dengan jelas ayat akhir itu.
Well, mereka ni jenis yang suka jaga tepi kain orang juga sikit, nak juga dengar apa Queen mereka katakan. Sedaya upaya telinga cuba menangkap ayat Queen mereka ni tadi, nasib baik dapat dengar.
Kemudian Airish bangun dari kedudukannya dan melepaskan tangan pada leher gadis itu yang sudah memerah.
Agak-agak kalau biar lebam tak?
Entah, kalau tak ubat lebam lah kot.
Airish sempat menyungging senyum sinis sebelum dia melangkah keluar.
Siapa sahaja yang tak tahu mengenai kandungannya kalau dah dari cara jalan pun dah tahu. Lagipula, bentuk tubuh juga dah tahu dia mengandung. Baby bump perempuan itu sudah menunjukkan bentuk apabila dia mengenakan T-shirt putih dan plain skirt sahaja. Blazer perempuan itu entah hilang ke mana.
Jangan kata mata mereka tidak tajam ye. Perempuan ini sebenarnya dah lama berada di bawah pemerhatian mereka sejak lima bulan yang lalu dia masuk ke dalam IMD. Lihat dari tingkah laku sejak terserempak dengan mereka sahaja sudah diketahui bagaimana pengakhirannya.
.
.
*flashback*
Seminggu yang lalu;
Switzerland,
Di pagi hari yang cerah, si gadis sudah berdiri tegak di depan cerminnya. Lip balm perisa strawberry diambil lalu dipakai pada bibirnya yang nampak pucat dan kelihatan kesan merekah sedikit seakan mahu berdarah.
Cuaca panas punya pasal.
Dia memang pantang jika cuaca panas. Terus sahaja bibirnya itu 'memberikan reaksi melampau' hinggakan munculnya 'cat merah tak berbayar' di kedua ulas bibir itu. Selesai mengemam sedikit bibir bagi meratakan lip balm-nya, kemudian dia mengambil blazer berwarna marroon-nya berserta telefon jenama Iphone warna gold di atas meja soleknya itu lalu melangkah keluar dari biliknya.
Hari ini adalah hari untuk memakai pakaian formal sekolah, sebagai head prefect, uniformnya adalah berwarna marroon, manakala ahli head prefect lainnya akan memakai yang berwarna dark blue dan pelajar biasa hanya akan memakai uniform black and white berserta bagi pelajar perempuan akan mengenakan plain black skirt.
Ting!
Satu bunyi notifikasi keluar dari telefon miliknya menyebabkan langkahnya terhenti.
King
Satu senyuman terukir di bibir. Buah hati beri mesej di awal pagi, mana tak gembira. Ruang mesej di aplikasi whatsapp di buka.
King
Dear, I'm so sorry. I can't make it up this week again. I've a problem.
I promise I'll arrange our date again later.
Forgive me dear.
Love you.
Hilang terus senyumannya tadi. Wajahnya berubah ketat. Seleranya mahu menelan sarapan tadi hilang. Di awal pagi, pasti ada sahaja yang memusnahkan mood-nya. Ini baru di rumahnya, belum lagi ketika dia sampai nanti di sekolahnya. Pasti ada sahaja troublemaker yang mahu mencari masalah dengannya.
Mesej tadi dibiarkan dengan bertanda biru sahaja. Malas dia mahu membalas, biar menjadi tanda pada si buah hati itu bahawa dia sedang marah dan merajuk.
Masuk kali ini, sudah sebulan mereka tidak bersemuka kerana situasi yang asyik tidak mengizinkan. Awalnya dia memahami, amat memahami situasi mereka, namun apabila si jejaka seakan memberikan harapan untuk mereka bertemu, maka dia pun turut memasang harapan setinggi-tingginya.
Namun apa yang menyakitkan adalah, janji itu seakan palsu. Sakit dia rasakan. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu katakan, dia amat sayangkan lelaki itu. Rindukan lelaki itu. Namun kenapa keadaan mereka jadi seperti ini?
Adakah si dia sudah bertemu yang lain?
Curangkah lelaki itu?
Jika ya, mengapa?
Jika ya, beritahu, dia tidak mahu merasakan sakit ini seorang diri untuk jangka masa yang lama. Dia takut. Takut jika dia bakal tawar hati untuk bercinta lagi selepas ini bersama lelaki lain.
Malas mahu melayan perasaan yang tak baik awal pagi itu, seusai sahaja dia memasuki kereta kegemarannya, black McLaren 720s, pacuan empat roda itu terus membelah jalan raya lalu menuju ke sekolahnya. IMD Business School.
Panas hatinya tidak boleh dibawa bincang. Mahu sahaja dia buat racing di jalan raya pagi itu, namun dia masih ada akal. Karang tak sempat sampai sekolah, ajal pula yang sampai dahulu.
.
.
*end flashback*
Satu suara garau memanggilnya lalu menyentakkan dia dari lamunan panjang tadi.
"Rish"panggil lelaki berambut hitam bercampur biru gelap.
Airish hanya menghela nafas.
Angin lembut menyapa wajah menenangkannya seketika. Betul-betul hanya seketika. Sehinggalah datangnya manusia ini. Hilanglah ketenangan itu.Sebenarnya bukan bermaksud lelaki berambut biru gelap itu, namun tanggungjawabnya sebagai ketua yang sudah tiba.
Mereka ketika itu berada di bumbung sekolah. Untuk apa? Selain mengambil angin, mereka juga memantau pelajar sekolah. Disebabkan bangunan itu adalah bangunan pusat pelajar, berada di tengah-tengah kawasan sekolah dan teramatlah tinggi, maka mereka menjadikan itu tempat rasmi untuk memantau pelajar.
"Proceed"arahnya pada lelaki yang sudah berdiri tegak di belakangnya.
Lelaki itu mengangguk lalu mengeluarkan report melalui lisan sahaja. Report mengenai perempuan yang memecah masuk bilik privasi mereka tadi walaupun sebahagiannya sebenarnya sudah diketahui Airish.
"Shirlyn Yu. Malaysian mix, dia berpindah ke sini disebabkan masalah keluarga yang berpecah belah, and sekarang dia tinggal dengan ibu dan dua orang adik beradik"jelasnya.
"Any confirmation tentang orang tua dia?"soal Airish seraya dia menoleh ke arah lelaki di belakangnya. Dia sudah merasa satu kelainan mengenai perempuan yang disebut namanya itu tadi.
"Pasal tu aku belum dapat confirmation. Tapi berdasarkan maklumat awal yang aku dapat dari budak-budak.."teragak-agak lelaki itu ingin melanjutkan ayat.
Kening kirinya sudah terangkat. Dia seakan dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh lelaki itu.
Tanpa perlu melanjutkan ayat, Airish sudah menghela nafas berat dan mengalihkan pandangan dan menyandarkan tubuh pada tembok bumbung itu.
Sampah tadi memang sampah sarap.
Airish hanya mengangguk sahaja tanda faham walau lelaki itu tak keluarkan ayat.
"Prepare. Aku malas nak campur tangan. Buat macam biasa"selepas itu dia berpusing ke arah permandangan sekolahnya.Kedua tangannya menjadi penghadang tubuh agar tidak bersentuh dengan tembok putih itu.
Lelaki itu hanya mengangguk. Kemudian mengangkat kaki untuk pergi dari situ. Tahulah dia bahawa dia menganggu ketenteraman Airish tadi. Namun kerja ini lebih penting.
"Is"panggil Airish tanpa berpaling.
Malique Iskandar. Berusia enam belas tahun. Lelaki kacukan Rusia dan Italy. Lelaki itu menoleh ke belakang apabila dipanggil ketuanya. Bersedia menerima arahan seterusnya.
Bibir Airish perlahan mengutarakan arahan dengan wajahnya yang tegas memandang mata Iskandar.
Lelaki itu kemudian terkaku di tempatnya.
'I'm dead'sumpahnya dalam hati.
.
.
.
Di dalam kelas;
Semua pelajar sudah memasuki kelas masing-masing melainkan Airish dan Malique Iskandar atau lebih dikenali sebagai Iskandar. Suasana yang sepatutnya bising seperti sekolah normal sudah berubah senyap setelah head prefect memasuki kelas sepuluh minit sebelum kelas bermula. Maka semua berubah rajin membuka buku walau ada yang hanya menjadikan ia sebagai penghadang untuk tidur dan ada yang cuba menyiapkan kerja sekolah yang sepatutnya dibuat di rumah.
Alasan?
Well, ianya adalah kerja sekolah, jadi kena buat di sekolah as the name, 'kerja sekolah'. Not 'kerja rumah'.
Walau ada yang tak faham, tapi takpe.
Pintu sliding door yang ditolak ke kiri dipandang oleh seluruh isi kelas itu saat seseorang memasuki kelas itu.
Tap!
Tap!
Tap!
Wanita berambut paras leher berwarna perang. Memakai skirt berwarna light orange dan kemeja berwarna putih.
"Morning class"sapa seorang guru perempuan berusia kira-kira dua puluh lima tahun ke atas itu. Guru bahasa Inggeris mereka.
"Morning miss Charlie"balas semua pelajar.
"Okay, so today we'll continue to the ne-"tak tercapai hajat guru itu meneruskan ayat saat ada yang memasuki kelas itu.
"I'm sorry miss, I'm going to the headmaster room just now"kata Airish sambil menundukkan tubuhnya sembilan puluh darjah.
Lurus!
Miss Charlie hanya mengangguk sahaja. Tahulah dia gadis itu sangat sibuk sama seperti orang yang dah bekerjaya.
"It's okay, you may go to your seat now"
Selepas mengucapkan terima kasih, Airish terus menuju ke tempat duduknya di hujung sekali sebelah tingkap sliding door atau lebih dikenali sebagai sudut kelas.
Jangan tanya kenapa dia di hujung. It's her favourite place. Tenang dan mudah menangkap pelajar yang cuba melakukan kegiatan bodoh mereka ketika berada di dalam kelas.
"Okay, continue!"
Maka berlangsunglah sesi belajar mereka selama lapan jam di sekolah itu.
Share this novel