BAB 5

Romance Completed 547

Sudah hampir sebulan Ayish dan Arnia bergelar suami isteri. Hubungan
mereka masih lagi begitu. Kejap masam, kejap manis. Macam cerita arwah
P. Ramlee `masam masam manis.’

``Kamu berdua tak nak pergi berbulan madu ke?’’ tanya mama.

``Entah.’’ Ayish dan Arnia menjawab serentak.

Mama dan papa menggelengkan kepala. Ada lagi yang tak sebulu rupanya.

``Ayish , projek papa kat Kuala Terengganu tu ada masalah sikit. Papa nak
kamu pergi sana tengokkan apa masalahnya.’’ Papa mulakan agendanya.

``Okey.’’ Ayish kalau melibatkan soal kerja memang tidak banyak cakap.

``Bawa Arnia sekali. Dia kan setiausaha kamu,’’ usul papa.

``Hah! Perlu ke?’’ macam orang bodoh Arnia bertanya.

``Memang perlu pun. Papa dah suruh Kamal /book/hotel untuk kamu
berdua,’’ putus papa.

Mahu tidak mahu Arnia mengemas pakaian ala kadar. Bukan lama pun paling
tidak 3 hari saja.

Perjalanan mereka sunyi sepi. Ayish hanya menghabiskan masanya dengan
curi-curi pandang wajah manis Arnia . Egonya yang melangit harus dicamppak
ke laut. Kasihnya pada Arnia menggunung tinggi. Apakah gadis itu juga
sepertinya?

Akhirnya mereka sampai di Kuala Terengganu. Suasana yang cantik. Indah.
Arnia menikmati keindahan pantai sementara Ayish menyudahkan kerjanya
bersama-sama penyelia tapak projek itu.

Hembusan angin pantai menampar muka, mengelus lembut kulit pipinya.
Bagaikan tangan sang bayu menyapu sisa duka di hati. Duka dalam bahagia.
Kasih yang tercipta tidak mampu dilestarikan. Pada angin bayu diluahkan
rasa yang mencengkam dada.

Pada pasir yang dipijak, di hempaskan bebannya. Mengadu diri yang tidak
terusik jiwa raganya.

Kamal tergesa-gesa mendekati Arnia .

``Puan Arnia ! Tuan Ayish …’’ tercungap-cungap Kamal lelah kerana berlari.

``Kenapa dengan kenapa dengan suami saya?’’ Arnia mula cemas.

``Dia cedera. Masa kat tapak tadi ada kayu jatuh dari atas.’’ Kamal
menjelaskan setelah nafasnya mule teratur

``Apa? Kat mana dia sekarang?’’ Arnia kalut. Langkah seribu diatur ke
tempat suaminya. Bimbang sesuatu yang buruk menimpa suaminya. Sudahlah
kasih yang bermukim belum mampu dikongsi.

Langkah kaki Arnia makin laju melihat ramai orang sedang berkerumun di
bawah pokok.

``Ya Allah! Jom kita pergi hospital. Berdarah ni bang.’’ Air mata Arnia
mula bergenang. Sakit suaminya bagai berkongsi dengannya.

``Takpelah, sikit je ni.’’ Ayish sebolehnya tidak mahu ke hospital.
Tempat yang paling dia benci.

``Abang kata sikit. Tengok ni berdarah. Nak degil pun biarlah
bertempat.’’ Arnia mula naik angin. Dia takut kehilangan Ayish , suaminya.

``Saya kata tak nak, tak naklah.’’ Ayish masih lagi berdegil.

Air mata Arnia turun juga menghujani pipinya. Dia tidak lagi segan mahu
pun malu. Dia perlu menzahirkan rasa hatinya. Rasa kasih sayangnya.
Cinta milik suaminya.

Ayish kaget. Kali pertama melihat air mata Arnia . Dia terharu. Hati
kecilnya tersentuh. Tanganya menyapu air mata Arnia . Ayish tersenyum
manis kepada Arnia . Kini dia yakin Arnia juga ada rasa yang sama dengannya.

``Jom, kita pergi hospital.’’ Ayish akhirnya mengalah juga dengan air
mata Arnia .

Dalam tangis yang bersendu, Arnia memapah Ayish masuk ke dalam kereta.
Para pekerja ada yang ingin menghulurkan pertolongan tapi ditolak lembut
oleh Arnia . Biarlah dia yang uruskan suaminya, seusai dengan
tanggungjawabnya sebagai isteri.

Mujurlah luka di dahi Ayish tidak dalam. Sekadar luka kecil. Tak dalam
dua jahitan juga di dahinya. Ayish berehat di dalam bilik hotel.
Manakala Arnia keluar membeli makanan untuknya.

Resah Ayish menunggu Arnia . Sekarang nak berjauhan dari Arnia dia tidak
sanggup. Air mata dan tangis Arnia menghuni ingatanya. Itu bukti kasih
isterinya.

``Abang, maaf Arnia lambat.’’ Arnia meletakkan bungkusan makanan dan air
atas meja tepi katil. Tangannya dilekapkan di dahi Ayish , bimbang
suaminya itu demam. Syukurlah suhu badan suaminya normal.

``Takpe.’’ Ayish masih meratah wajah comel keanakkan itu.

``Abang nak makan sekarang?’’ tanya Arnia lagi.

``Nanti kejap lagilah.’’ Ayish menarik tangan Arnia duduk di sebelahnya.
Kejap tangan Arnia dalam genggamannya.

``Arnia , abang minta maaf sebab selama ini tidak menjalankan
tanggungjawab abang sepenuhnya,’’ Ayish bermukadimah. Ada riak bersalah
di mukanya.

``Abang, Arnia pun sama. Sepatutnya Arnia perlu rendahkan maruah Arnia pada
suami Arnia tapi…’’ Ayish meletakkan tangannya di bibir Arnia . Menghalang
isterinya fdari terus berkata-kata.

``Kita mulakan semula.’’ Lembut beralun suara Ayish . Seiring alunan bayu
bertiup di angin lalu. Memukau jiwa Arnia .

``Mulakan apa?’’ Arnia buat muka bodoh.

Ayish tersenyum nakal. Tangannya sudah merayap ke muka Arnia .

``Mulakan tanggungjawab masing-masing. Melengkapi antara satu sama
lain.’’ Ayish berbisik di telinga Arnia .

Arnia tergelak manja. Dadanya berdebar membalas pandangan menggoda Ayish .
Dalam malu, Arnia menyerahkan segalanya yang milik Ayish . Bersatu sebagai
suami isteri seadatnya dunia.

Bermohon cinta yang tumbuh sejalan ijab Kabul ini kekal untuk selamanya.
Melayari bahtera rumah tangga seteguh kapal nabi Daud.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience