BAB 2

Romance Completed 547

``Entah,’’ Arnia pun bingung.

``Nak pinang kaulah tu.’’ Juwita ketawa besar di hujung katanya

Biar betul? Takkanlah! Dalam diam termakan juga Arnia dengan kata-kata
sakatan Juwita . Garu kepala dia. Bekas bos dia ini tidak pernah
menelefonnya sejak bersara, entah mimpi apa hari ini dia telefon pula.

Mahu tidak mahu dia bangun untuk bersiap ala kadar saja. Bukan nak pergi
kerja pun. Arnia hanya menyarungkan seluar pallazo dan kemeja labuh.
Selendang dililit di kepalanya. Berputar-putar. Dia gelak sendiri. Dulu
bukan main lagi dia mencemuh orang pakai selendang berputar-putar bagai
nak rak, alih-alih sekarang dia pula yang lakukannya. Itulah kata
pepatah `jilat ludah sendiri’.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Elok ke masa ni bertandang ke rumah orang?
Lupa pula tadi dia nak tanya pukul berapa nak jumpa. Argh… lantaklah.
Petang aku banyak kerja nak buat. Jarak rumah sewa Arnia ke rumah Encik
Ismail di Putra Height bukanlah jauh sangat. Dalam masa sejam sudah sampi.

Debaran menghiasi dadanya. Tangannya sudah berpeluh sakan. Ish… apasal
aku macam ni pula. Bukannya nak pergi berperang, nak jumpa bekas bos
aje. Mahu pecah dada Arnia diterjah degupan jantungnya. Makin dekat
keretanya menghampiri rumah bangle 2 tingkat itu, makin galak debarannya.

Nafas ditarik dalam, mencari ketenangan jiwa. Meraih keharmonian dala
nafasnya. Langkah yang diatur terasa pincang, serba tidak kena. Apa
boleh buat hatinya juga tidak keruan.

``Assalamualaikum…’’ salam diberi. Arnia memerhatikan kawasan laman ruman
EncikKhalid yang dipenuhi pokok-pokon bunga. Dia menarik nafas lega
sekali lagi melihat kereta singa meroyan tiada dalam porch.

``Waalaikummusalam. Arnia … silalah masuk,’’ Pelawa Puan Ain. Ramah
seperti suaminya juga. Tidak seperti singa meroyan itu.

Malu-malu Arnia melangkah masuk ke dalam rumah yang indah. Hiasan
dalamannya memang cantik/. English style./

``Duduk Arnia . Nanti pak cik kamu turunlah.’’ Terkejut Arnia bila Puan
Aina tidak bersikap formal dengannya.

``Ya. Terima kasih.’’ Teragak-agak Arnia . Tidak pasti harus bersikap
bagaimana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience