BAB 1

Romance Completed 547

``Arnia ! Kau tak kerja ke hari ni?’’ tanya Juwita .

Dari tadi lagi dia lihat Arnia a santai saja. Selalunya jam 7 pagi Arnia
sudah kelam kabut ke pejabat.

``Tak ar. Malas aku nak ke pejabat hari ni. Penat. Encik Ayish tu bukan
betul sangat. Ada ke patutnya aku ni disuruhnya buat kerja akauntan.
Jauh panggang dari api tau. Kerja aku sebagai setiausaha aku tahulah.’’
Panas juga hati dia dengan bosnya apabila dipaksa buat kerja akauntan
semalam. Bukannya Encik Ayish tidak tahu yang dia belajar setakat SPM
saja. Sengaja mahu mencipta masalah.

``Ala… itu tandanya dia sayangkan kau. Tak boleh jauh dengan kau,’’ usik
Juwita .

``Banyaklah kau punya sayang. Itu bukan tak boleh jauh, tapi pembuli
tau. Apa… dia ingat di abos boleh buli aku.’’ Mendadak suhu kepanasan
meluap-luap naik ke kepala Arnia .

Kalau dia belum waras mahu saja kepala si Ayish itu dihempuknya. Masa
EncikKhalid yang jadi bosnya tidaklah dia kena buli macam ini. Encik
Ismail baik sangat. Sebaba ehsan Encik Ismaillah dia dapat kerja sebagai
setiausaha di syarikat besar ini biar pun tidak berkelayakkan.

``Mula-mula marah lepas tu suka. Sudah suka sayang pula, berganti
rindu.’’ Juwita belum puas hendak menyakat Arnia . Lagi Arnia marah lagi dia
suka menyakat gadis itu.

Arnia mencebik. Siapalah dia jika nak dibandingakan si kaya sombong itu.
Segak, bergaya, di kelilingi perempuan-perempuan cantik setiap masa.
Kekadang naik semak mata dia memandang kegedikkan perempuan perempuan
yang saban hari berulang ke pejabat Ayish . Sudah naik kematu pun ada matanya.

Sedang asyik melayang lahar amarah yang bakal meletus, telefon Arnia
berbunyi. Dia melihat skrin. `Aik, Encik Ismail! Apa hal dia telefon aku
pagi-pagi lagi ni?’ gerutu hati Arnia .

``Siapa? Bos tersayang ke?’’ sakat Juwita .

``Ee… minah ni kan. Bapak dia la.’’ Dalam marah Arnia jawab juga soalan Juwita .

``Assalamualaikum, Encik Ismail… ada apa telefon saya pagi-pagi ni?’’
bersopan betul Arnia bercakap dengan bekas bos dia.

``Waalaikummusalam, saya ada hal nak bincang dengan awak. Itu pun kalau
awak tak sibuk.’’ Berhemah EncikKhalid menuturkan kata biacaranya.

``Saya memang cuti hari ni. Bolehlah. Jumpa kat mana?’’ Arnia terus setuju.

``Kat rumah saya.’’ EncikKhalid terus menyatakan tempat perjumpaan mereka.

``Kat rumah encik…’’

``Isteri saya pun ada samalah.’’ EncikKhalid memotong percakapan Arnia .
Dia orang tua jadi dia faham sikap teragak-agak Arnia tadi.

``Hurmm.. iye lah,’’ putus Arnia .

``Kenapa?’’ Juwita si minah kepoh mula /busy body/.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience