BAB 4

Romance Completed 547

Malam itu kepala Arnia berdenyut-denyut. Memikirkan usul EncikKhalid dan
isterinya membebankan. Tapi dia sudah terima lamaran itu. Argh… kalut.
Jerit batin Arnia .

Lagi seminggu dia akan menjadi isteri Ayish . Segalanya sepantas kilat.
Bagaikan guruh dilangit, berdentum sekali hujan turun melimpahi bumi.
Begitulah takdir dia sekarang. Mampukah dia menjadikan hidupnya seperti
bumi? Hijau selepas dibasahi hujan. Segar dimamah cahaya matahari. Indah
dibias cahaya bulan.

Kenapa mudah sangat aku terima? Patutnya aku solat istikharah dulu. Satu
keluhan berat melintasi kerongkongnya. Aku sudah terima maknanya, aku
sudah tidak boleh tarik balik kata setuju itu. Nanti malu keluarga Encik
Ismail.

Masa seminggu berlalu dengan pantas. Untuk kali pertama Arnia jumpa Ayish
setelah keputusan dia menerima lamaran orang tua Ayish . Segak juga singa
meroyan ni berbaju melayu. Melihat Ayish berbaju melayu, bergetaran
hatinya. Berirama entah apa hatinya.

Ayish tenang. Dia tidak ingin pernikahan ini. Atas desakkan orang tuanya
dia terima. Berada dekat dekat dengan Arnia , semacam ada aura mengalir ke
seluruh tubuhnya. Pada hal sebelum ini dia selalu jumpa Arnia dekat
pejabat. Hari ini Arnia berbeza sangat. Cantik keanakkan.

``/Handsome/ juga bos kau tu,’’ puji Juwita .

``Bolehlah,’’ acuh tak acuh jawab Arnia .

Memang segak, tampan tapi tak ada guna perangai macam hantu raya. Asyik
nak mencakau aje kerjanya. Macam manalah agaknya malam pertama kami?

``Sah…’’ terkejut Arnia , rupanya dalam dia berangan lafaz akad telah
selamat dilafazkan Ayish .

Melihat Ayish melangkah maju ke arahnya, muka Arnia merona merah. Malu.
Memang malu pun.

Ayish menyarungkan cincin belah rotan dan menyalami tangan Arnia .
Teragak-agak juga Arnia hendak mencium tangan Ayish . Lensa kamera tidak
habis menyala merakam gambar mereka berdua. Hanya majlis akad nikah dan
kesyukuran yang diadakan. Itulah syarat Arnia ketika setuju dengan
pernikahan ini.

Saat mata mereka bertemu, ada lagu yang bersenandung. Ada irama membuai
jiwa. Cepat-cepat Ayish melarikan anak matanya. ` Kenapa sebelum ini
perasaan ini tidak lahir di hati? Apakah kerana dia sudah halal bagiku?
Maka Allah campakkan rasa ini.’ Ayish bersoal jawab dengan dirinya sendiri.

Majlis kesyukuran yang diadakan pada hari yang sama hampir berakhir. Di
wajah masing-masing terpamer keletihan yang amat sangat. Ayish sudah
menghilangkan dirinya ke dalam bilik, meninggalkan Arnia sendirian
melayan saki baki para tetamu.

``Arnia , pergilah rehat. Biar mama dan papa aje layan tetamu ni,’’ Suruh
Puan Ain. Kasihan melihat mata layu Arnia itu.

Arnia melangkah masuk dengan penuh berhati-hati takut mengejutkan singa
yang sedang tidur. Tapi kalau sudah itu kata Allah maka itulah yang
jadinya. Dek kerana kain yang dipakai meleret menyapu lantai sampai
terbelit-belit di kaki Arnia . Ketika itu dia sedang melintasi katil untuk
ke meja solek. Tiba-tiba kaki Arnia tersadung kain yang dipakainya.

``Ah…’’ Arnia menjerit. Gulp! Air liur Arnia tertelan laju. Matanya
membulat memandang mata Ayish yang sama bulat dengan matanya. Untuk
seketika mereka bertentang mata. Tubuh Arnia yang menghempap Ayish
langsung tidak menjejaskan irama balada dalam hati mereka.

``Er… maaf. Saya tak sengaja.’’ Malu yang amat Arnia . Hanya Allah sahaja
yang tahu. Tergesa-gesa dia turun dari batang tubuh Ayish .

Ayish berlagak tenang. Sedangkan dalam hatinya bergelora. ``Jalan tu
lain kali pakai mata jangan pakai hidung.’’ Selamba saja Ayish
mengenakan Arnia .

``Amboi… memang saya jalan pakai mata bukan hidung. Awak ni kata aje
sekolah sampai luar negara tapi fungsi mata dan hidung pun tak boleh
beza. Membazir aje.’’ Arnia menjual loyar buruknya juga.

Ayish mengetap bibir. Geram. Bukan geram dengan loyar buruk Arnia tapi
geram dengan kecomelan keanakkan Arnia . Ditahan hati yang sedang merusuh.
Masih banyak masa lagi.

``Ikut suka hati akulah nak cakap apa pun. Aku bukan macam kau, belajar
setakat SPM aje,’’ Sindir Ayish lagi.

``Saya ni bukan tak boleh pergi jauh tapi masa nak pergi tu lif rosak.
/So/ buat apa saya nak naik kalau dah tahu lif tu rosak. Buat penat
aje.’’ Balas Arnia tidak mahu kalah.

``Encik abang ku sayang, dalam hidup ni kita kena hormat orang lain
juga. Jangan syok sendiri aje,’’ tambah Arnia lagi.

Hati Ayish berbunga mendengar Arnia memanggilnya `abang sayang’, hilang
terus api amarahnya dengan sindiran Arnia tadi. Mudahnya hati dia jatuh
suka pada setiausaha yang tidak pernah dia pandang dulu. Kini bila sah
menjadi miliknya, Allah Maha Kaya, mampu membolak balikkan hati manusia.
Dari benci kepada suka, dari suka kepada benci. Tapi tidak semudah itu
dia akan mengalah kepada perasaannya. Ego. Lelaki semuanya bertunjangkan
ego.

Malas Arnia hendak melayang karenah singa meroyan, dia meluru ke dalam
bilik air. Tubuhnya yang sudah melekit perlu dicuci sebersih-bersihnya.
Membiarkan air segar menjamah tubuhnya.

Otak nakal Ayish mula merancangkan agenda. Dengan lagak bergayanya dia
membuka pintu bilik air. Dia sangkakan berkunci rupanya tidak. Rezekilah.

Arnia yang sedang enak menikmati kesegaran air mandian dalam tab melompat
bangun. Tanpa Seurat benang. Segalanya menjadi pameran Ayish . Bulat mata
Ayish tidak berkelip-kelip. Hampir meleleh air liurnya.

Arnia cepat-cepat mencapai tualanya. Malu dan marah bersatu menjadi satu.
Kegeraman meneraju otaknya tika ini. Mahu saja dia mencungkil biji mata
Ayish dengan berus gigi.

``Awak ni kenapa? Dah tahu saya tengah mandi pun masuk juga,’’ lempias Arnia .

``Pintu tak berkunci saya masuklah. Rezeki sayalah ni. Lagipun takde
yang menarik pun.’’ Ayish keluar dari bilik air. Berkocak imannya.
Cantik sungguh bentuk tubuh isterinya.

`Arghh… takde yang menarik? Aku tengok ternganga sampai tak boleh tutup
tu apa? Dasar jantan!’ marah Arnia dalam hatinya.

Kepala yang berasap ditahan. Pintu bilik air dihempas kuat. Bergegar
bilik air.

Ayish membatu atas katil. Hatinya yang mula berkocak perlu ditenangkan.
Mana ada lelaki yang mampu memandang saja anugerah terindah Allah itu.
Dek kerana ego yang melampau, Ayish sanggup mengekang nafsunya daripada
dia merendahkan maruahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience