Bab 2

Romance Series 5645

"Rania! Masuk bilik saya kejap." Laung Lea dari dalam biliknya.

Rania merangkap PA Lea melangkah pantas ke dalam bilik bosnya itu. Jika lambat takut dimarahi pula.

"Yes Miss Lea?"

"We have a new client. As usual, awak tolong carikan calon yang sesuai based on ciri-ciri yang disenaraikan dalam fail ni. And we must settle this as soon as possible. Any question?" Lea memandang wajah PAnya itu serius. Kalau bab kerja dia memang tegas.

Rania hanya menggelengkan kepala.

"Okay you may leave now. Ingat ya, secepat mungkin." Lea mengingatkan Rania sekali lagi.

"Baik Miss Lea." Ujar Rania lalu melangkah keluar dari bilik bosnya itu.

Setelah kembali ke mejanya, fail berwarna putih itu dibelek satu persatu. Matanya laju membaca isi kandungan fail tersebut. Lalu Rania mengambil fail lain yang mengandungi semua maklumat klien perempuan dan dia memilih beberapa calon yang dirasakan sesuai untuk klien lelaki tersebut.

"Ehem. Excuse me."

Rania yang sedang ralit menaip memandang empunya suara. Alamak bala dah datang!

"Yes Encik Airiel. May I help you?" Ujar Rania sambil tersenyum paksa.

"Is Lea inside?" Lelaki yang bernama Airiel itu terjenguk jenguk bilik bosnya.

"Nope. Dia baru saja keluar jumpa klien. Ada apa-apa yang Encik Airiel nak saya sampaikan pada Miss Lea?"

"Hurm tak apalah. Just tell her to call me. Urgent!"

"Baik Encik Airiel." Rania hanya memandang lelaki itu berlalu pergi. Dia menggelengkan kepala. Dasar lelaki psycho!

------------------------

Lea menghempaskan badan di atas sofa. Dia menarik nafas melepaskan lelah. Dia baru saja lepas berjumpa dengan beberapa klien. Matanya dipejamkan seketika.

Siapa kata jadi Miss Matchmaker sepertinya senang? Setiap hari mesti akan ada beberapa orang klien menghubunginya dan menggunakan khidmat syarikatnya. Meskipun syarikatnya itu syarikat kecil-kecilan saja, namun klien-kliennya boleh tahan ramai. Pening juga kepalanya hendak melayan kerenah setiap klien dan memenuhi hasrat mereka.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan menyedarkan Lea yang hampir terlelap.

"Masuk"

Rania melangkah masuk sambil membawa beberapa fail di tangan.

"Miss Lea, ini fail beberapa calon yang Miss minta saya carikan untuk klien lelaki tu."

"Okay just put them on my table. Thanks Rania."

Rania meletakkan semua fail di atas meja kerja bosnya. Kemudian dia kembali bersuara.

"Err Miss Lea, tadi Encik Airiel datang pejabat cari miss." Kata Rania serba salah. Dia tahu bosnya itu pantang kalau dengar nama lelaki tersebut.

"Apa lagi dia nak?" Lea mengetap bibir geram. Bilalah hidupnya hendak aman daripada sebarang gangguan dari lelaki itu.

"Dia suruh Miss Lea call dia secepat mungkin. Urgent katanya."

"Serabutlah dia tu. Ada apa-apa lagi?" Soal Lea.

"Tak ada. Saya keluar dulu ya miss."

Lea hanya mengangguk sambil memandang Rania melangkah keluar dari biliknya. Dia memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Mendengar nama Airiel saja sudah cukup membuatnya sakit kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience