Bab 4

Romance Series 5643

CALON 2

"Assalamualaikum. Ni Encik Zafran dari Syarikat Lea's Cupid ke?" Seorang wanita bertudung litup dan berbaju kurung menghampiri meja yang diduduki Zafran.

"Waalaikumussalam. Ya saya Zafran. Jemput duduk." Zafran tersenyum manis sambil memandang wanita di hadapannya. Cantik dan sopan!

"So nama siapa?" Zafran mula meng'interview' wanita tersebut.

"Saya Nurul Safiyyah bt Saifuddin, 30 tahun. Saya bekerja sebagai pengurus sebuah restoran di Shah Alam. Awak?" Panjang lebar Safiyyah menjelaskan.

"Saya Tengku Zafran Hafiy bin Dato' Tengku Zharif Haikal, 32 tahun, CEO of ZH Holdings."

Perbualan mereka berdua semakin rancak. Zafran kelihatan berminat dengan Safiyyah. Lea tersenyum gembira. Mungkin Safiyyah jodoh yang sesuai untuk Zafran?

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba..menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Perbualan mereka terhenti apabila handphone Safiyyah memainkan lagu Tergantung Sepi (lagu favourite author ^^).

"Hello...hah? Apa? Okay ibu balik sekarang." Safiyyah mematikan perbualan.

Zafran tersentak. Ibu?

"Err ibu? Awak dah ada anak ke?" Zafran menyoal.

"Ohh lupa nak bagi tau tadi. Saya ni janda anak dua."

Zafran menelan air liur yang terasa pahit di tekak.

"Maaf ya saya kena balik sekarang sebab anak bongsu saya demam. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. Assalamualaikum." Safiyyah bergegas bangun lalu melangkah keluar dari kafe tersebut.

"Waalaikumussalam..." Zafran menjawab salam perlahan sambil memandang langkah Safiyyah yang semakin menjauh itu. Dia kemudian berpaling ke meja sebelah di mana Lea sedang sibuk mencatat sesuatu.

"Ehem Miss Lea. Kenapa awak carikan janda untuk calon isteri saya? Janda anak dua pula tu."

Lea mengangkat wajah memandang Zafran yang sedang mengetap bibir tanda tak puas hati.

"Mana lah saya tau encik tak nak janda. Hari tu masa kita meeting encik tak ada cakap pun antara syarat calon isteri encik, anak dara. So it's not my fault."

"Okay okay salah saya sebab tak bagitau hari tu. Harap-harap calon ketiga nanti okay lah." Zafran mengeluh.

---------------------------

CALON 3

Prang!!

Bunyi tersebut mencuri perhatian semua pelanggan yang ada di kafe tersebut termasuklah Zafran dan Lea. Kelihatan seorang pelayan yang memegang dulang terkedu sambil memandang pinggan dan gelas yang berderai di lantai. Di kanannya terdapat seorang perempuan berblouse pink dan berseluar jeans sedang tunduk memandang bajunya yang comot.

"Err...maafkan saya. Nanti saya ganti barang yang pecah tu." Ujar perempuan tersebut lalu melangkah tergesa gesa ke meja yang diduduki Zafran.

Zafran memandang gadis di hadapannya. Rambut panjang paras bahu dibiarkan lepas dan sedikit kusut, bajunya comot bekas tumpah makanan, seluar jeans lusuh tersarung di kaki, muka yang pucat tanpa secalit makeup. Selekehnya! Desis hati Zafran.

"Awak Zafran ke?" Suara perempuan itu memecahkan lamunan Zafran.

"Yup..And you?"

"Err saya Melissa Damia. Boleh panggil Mel."

"Okay so sebelum kita berkenalan apa kata kita order air dulu?"

"Sure"

Zafran memanggil pelayan untuk memesan minuman. Setelah beberapa minit, minuman sampai.

"So tell me about yourself." Zafran memulakan perbualan.

"Nama penuh saya Melissa Damia binti Mustafa, umur 22 tahun."

"22? Mudanya. Awak dah habis belajar ke?" Zafran mengerutkan dahi. Umur Melissa beza 10 tahun darinya.

"Err...saya berhenti belajar sebab sejak mak ayah saya meninggal dunia, saya dah tak ada duit nak bayar yuran. Saya terpaksa buat macam-macam kerja untuk tanggung 8 orang adik saya. Ni pun saya baru habis kerja. Lepas kerja saya terus berkejar datang sini." Melissa bercerita panjang lebar sambil menangis teresak esak mengenangkan nasib dirinya.

Orang sekeliling mula memandang ke arah meja Zafran apabila mendengar esakan yang semakin kuat. Zafran menutup muka menahan malu. Haih bala apa lagi ni.

Zafran yang tidak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana hanya menghulurkan tisu kepada perempuan yang sedang menangis teresak esak di hadapannya. Dalam hatinya berharap agar pertemuannya dengan perempuan ini terhenti secepat mungkin.

"Alamak saya dah lambat nak pergi kerja. Saya minta diri dulu. Sorry." Melissa bingkas bangun tatkala matanya terpandang jam di kafe itu. Namun beg tangannya tertepis gelas yang ada di atas meja dan menyebabkan isinya tumpah.

"Oups sorry tapi saya memang nak cepat." Melissa menghayunkan langkah laju ke luar kafe. Zafran mengeluh sambil mengelap air yang tumpah. Cuai betul budak tu!

"So macam mana calon ketiga?" Lea menghampiri meja Zafran sambil membantunya mengelap meja.

"Of course not. Awak tak tengok ke tadi semua orang pandang saya masa dia menangis tu? Kesian tu memang lah kesian tapi untuk jadikan dia isteri saya, ish memang tak lah. Dah lah cuai. Lagipun dia terlalu muda untuk saya." Zafran mengomel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience