Bab 1

Romance Series 5643

Lea mengerling jam ditangannya. Pukul 3.10 petang. Dia menghirup kopinya yang sudah tinggal separuh. Sesekali matanya melilau memerhatikan gelagat manusia yang memenuhi ruangan kafe itu.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki menghampiri mejanya lalu melabuhkan punggung di hadapan Lea. Lelaki itu kelihatan termengah mengah.

"Sorry I'm late. Jalan jammed." Akhirnya lelaki itu bersuara setelah menarik nafas berkali kali.

"It's okay but please don't be late again. Saya ada banyak lagi urusan lain yang perlu diselesaikan. So you're Encik Zafran right?" Lea memandang lelaki tersebut dengan wajah serius.

"Yes. I'm Tengku Zafran Hafiy. You can call me Zafran." Lelaki itu menghulurkan tangan tanda perkenalan.

"I'm Azalea Nuzha. You can call me Miss Lea." Lea menyambut huluran lelaki itu kejap sebelum melepaskannya.

"So Encik Zafran, can we start?"

"Err can I buy a coffee first?" Zafran tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Lea hanya mengangguk mengizinkan.

Setelah Zafran kembali duduk dari membeli kopi, Lea menyambung kembali meeting mereka.

"Okay first of all, please introduce yourself."

Zafran berdehem sebelum menjawab.

"My name is Tengku Zafran Hafiy bin Dato' Tengku Zharif Haikal, CEO of ZH Holdings. I'm 32 years old. Still not married yet."

"Next, apa ciri-ciri wanita idaman encik?"

"Tinggi, kulit sawo matang, sedap mata memandang, dan yang penting sekali not materialistic." Zafran menekan perkataan materialistic. Dia paling benci perempuan yang rapat dengannya hanya sebab harta. Mentang mentanglah dia kaya.

Lea khusyuk mencatit di dalam buku nota kecil yang selalu dibawanya. Selepas 30 minit, Lea meminta diri.

"Baiklah Encik Zafran. Saya minta diri dulu. Thanks for choosing me." Lea bangun dari kerusi lalu menghulurkan tangan.

"You're welcome. Saya harap Miss Lea dapat selesaikan secepat mungkin." Zafran menyambut huluran tangan Lea sambil tersenyum.

"Don't worry. Anything I will update you." Ujar Lea lalu melangkah meninggalkan kafe tersebut.

Zafran kembali duduk. Dia menghembuskan nafas lega. Fikirannya menerawang memikirkan kejadian dua hari yang lalu.

~Flashback~

"Zaf, sini kejap. Daddy nak cakap sikit." Zafran yang ketika itu baru saja hendak naik ke bilik membantutkan niatnya. Dia melangkah ke ruang tamu di mana mummy dan daddynya berada. Kemudian dia duduk di atas sofa bertentangan dengan mereka.

"Apa dia daddy? Bunyi macam serius je."

"Bila kamu nak kahwin?" Soal Dato' Zharif straight to the point.

"Alah Zaf belum bersedia lagi lah nak fikir soal kahwin ni." Zafran menjawab endah tak endah. Bosan apabila sering ditanya soalan yang sama.

"Habis tu bila nak bersedianya? Kamu tu dah 32 tahun. Kalau kahwin dah ramai anak tau tak?" Datin Sophea membebel geram. Anaknya yang satu ini kalau disentuh bab kahwin, ada saja alasan nak mengelak.

"Nantilah Zaf fikirkan." Zafran menjawab malas tanda tak berminat dengan isu ini. Bukannya dia tak nak kahwin, tapi zaman sekarang ni susah nak cari perempuan yang baik dan betul-betul ikhlas. Perempuan yang gilakan hartanya bersepahlah.

"Mummy bagi tempoh sebulan untuk Zaf bawa balik calon isteri jumpa mummy and daddy. Kalau Zaf gagal, mummy akan pinang anak Tan Sri Rasyid." Ugut Datin Sophea.

Zafran menelan air liur mendengar ugutan mummynya. Perempuan tak cukup kain plus perangai tak semenggah tu? Dia rela membujang sampai ke tua.

"Okay mummy." Zafran menjawab lemah. Dia tiada pilihan lain selain setuju dengan ugutan gila mummynya itu. Kakinya melangkah longlai ke dalam bilik. Otaknya ligat berfikir macam mana dia nak cari calon isteri dalam masa sebulan.

Tiba-tiba timbul mentol menyala di atas kepalanya tanda idea datang. Dia mengambil beg kerjanya lalu menyelongkar isi beg tersebut. Dia menarik keluar sehelai kertas yang diselitkan pada wiper keretanya siang tadi. Laju matanya membaca isi kandungan kertas iklan tersebut.

''Anda ada masalah dalam mencari jodoh? Jangan risau. Miss Matchmaker sedia membantu. Sila hubungi nombor yang tertera di bawah."

Zafran tersenyum senang. Inilah jawapan kepada masalahnya. Lalu nombor telefon yang tertera nama Miss Lea itu didail.

~End of flashback~

Zafran menghabiskan kopinya sebelum melangkah keluar dari kafe itu. Dalam hatinya berharap agar Miss Lea dapat carikan jodoh yang sesuai untuknya dalam masa terdekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience