Bab 3

Romance Series 5643

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections

Zafran yang sedang menyemak fail projek terhenti seketika apabila handphonenya berbunyi memainkan lagu All Of Me oleh John Legend. Dia mengambil handphone lalu melihat nama pemanggil.

Miss Lea

Butang hijau ditekan.

"Assalamualaikum Encik Zafran."

"Waalaikumussalam Miss Lea." Zafran menjawab salam.

"Sorry for disturbing you. I'm just wanna know bila encik free? Sebab saya nak aturkan temujanji dengan calon-calon isteri encik." Ujar Lea.

"Wait a minute. Let me check my schedule first."

Zafran membelek schedule nya seketika sebelum kembali menyambung perbualan.

"I'm free tomorrow evening around 2.30 pm. Is it okay?"

"Yup. Tempatnya nanti saya akan message kemudian. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Zafran menjawab salam menghentikan perbualan.

---------------------

~WONDER CAFE~

Zafran duduk di meja yang agak tersorok dari pandangan orang ramai manakala Lea duduk di sebelah mejanya. Sudah menjadi sebahagian dari tugas Lea untuk pastikan temujanji itu berjalan dengan lancar. Jika ada antara calon yang tak datang ataupun buat scene yang tak sepatutnya, itu semua di bawah tanggungjawab Lea.

CALON 1

Seorang wanita lingkungan 20an mendekati meja yang diduduki Zafran.

"Are you Zafran?" Soal wanita tersebut sambil mencabut spek mata hitamnya. Tangannya mengibas ngibas rambutnya berulang kali. Panas mungkin.

Lea hanya memerhatikan wanita yang duduk di hadapan Zafran itu. Hurm tinggi, cantik, pakaian up-to-date walaupun seksi sikit. Tapi adakah wanita ini menepati citarasa kliennya itu?

"Yup and you are?" Zafran menyoal kembali.

"I'm Megat Adrianna Anne binti Megat Izryl. Call me Anne." Wanita itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

Zafran menyambut huluran tangan Anne. Mereka berdua rancak berbual sementara Lea hanya memasang telinga.

"So you kerja apa?" Soal Zafran.

"I kerja as a CEO of Syarikat Megat Holdings. So you don't worry I bukan perempuan mata duitan coz I dah ada aset I sendiri. Like now I dah ada 3 buah rumah banglo and 5 kereta yang mahal-mahal such as BMW and Ferrari. And I ni jenis yang tak suka nak bergantung pada lelaki coz I boleh usaha sendiri untuk dapatkan apa yang I nak." Panjang lebar Anne menjelaskan. Zafran yang mendengar hanya mengangguk. Lea pula buat muka menyampah. Perlu ke perempuan tu mention semua harta yang dia ada?

"You pulak kerja apa?" Soal Anne.

"Hurm I kerja driver je. Gaji I kecik. I just ada motor Honda lama yang ayah I bagi and I duduk rumah sewa je. I tak mampu nak beli kereta and rumah sendiri macam you." Ujar Zafran sedih.

Lea yang mendengar hanya mengerutkan kening. Apa motif lelaki itu menipu?

"Alah it's okay lah you kerja driver pun. Don't worry harta I kan banyak. Tujuh keturunan pun tak habis tau. Nanti I bagi lah rumah and kereta sebijik kat you kalau kita kahwin nanti. You pilih je nak yang mana. Kalau you tak nak kerja pun tak apa. I boleh sangat lah tanggung makan minum you. Well I kan kaya." Anne mengibas rambutnya ke belakang sambil tersenyum riak.

Zafran hanya mengetap bibir menahan geram. Ego lelakinya tercabar. Geram dia hendak menampar perempuan di hadapannya ini supaya sedar dari sifat riak dan takbur itu.

"Owh by the way I ada meeting dengan client. Nanti anything you call me okay?" Anne menghulurkan business cardnya lalu melangkah pergi.

Lea bangun lalu duduk di hadapan Zafran.

"So how's the first?" Soal Lea.

"Of course reject. Riak nak mampus. Macamlah dia sorang je kaya kat dunia ni." Zafran mengetap bibir geram. Lea hanya menahan gelak.

"Siapa suruh Encik Zafran menipu tadi. Driver konon. Padahal encik ni lagi kaya dari perempuan tu saya rasa."

"Saya saja menipu nak tengok apa jawapan dia. Dari gaya dia tu pun saya dah tau dia tu jenis perempuan yang pandang rendah pada lelaki. Tercabar ego lelaki saya tau tak."

"Okay relax. Kita tengok calon yang kedua." Lea menenangkan Zafran yang kelihatan bengang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience