BAB 1

Psychological Completed 683

Anna merupakan seorang perempuan yang bertubuh kecil molek dan pintar berumur 13 tahun pada tahun ini dan dia akan memulakan sesi persekolahannya yang baharu di sekolah menengah. Semestinya ia mengujakan kerana dapat mempelajari ilmu baharu, mengenali rakan dan guru baharu serta new environment.

Pada hari pertama persekolahannya, dia sudah menyiapkan segala keperluan sekolahnya dengan awal kerana dia sudah tidak sabar untuk ke sekolah. Tambahan lagi dengan peralatan serba baharu termasuk beg, uniform dan kasut. Dia nekad bahawa dia akan mengubah sikapnya kearah yang lebih matang supaya dapat menebus segala kesalahan yang pernah dia lakukan semasa di sekolah rendah dahulu.

   Hari pertama dia berada di sekolah itu agak kekok kerana masih belum mengenal rakan-rakan sekelasnya yang datang dari sekolah yang lain. Tetapi itu tidak mengganggu Anna untuk bertanyakan khabar kepada rakan-rakan sekelasnya.

------------------••••••••-------------------

"Sekolah menengah tidak seperti sekolah rendah."  Kata kakak Anna kepadanya.

   Kata-kata yang keluar daripada mulut kakaknya itu membuatkan Anna berfikiran sejenak sebelum menyuarakan soalan.

"Apa yang lain?"

"Kalau boleh akak dah taknak ulang belajar di sekolah menengah lagi-lagi sekolah CS tu, ramai gila toxic."

  Anna sekadar mendengar dan acuh tak acuh mengambil pemahaman tentang apa yang diberitahu oleh kakaknya itu kerana ia hanya memikirkan bahawa segalanya akan menjadi okey.

  Dalam kepalanya hanya memikirkam cara mendapatkan tempat di podium di sekolah yang baharu kerana dia tidak mahu menjatuhkan reputasinya yang agak baik itu.

  Setelah beberapa bulan belajar, sekolahnya akan mengadakan peperkisaan awal tahun. Anna sudah lama bersedia. Semasa rakan-rakan batchnya mengambil keputusan, mereka puas hati kerana masing-masing mendapat markah yang agak tinggi terutama sekali mereka yang berada sekelas dengan Anna, maklumlah kelas hadapan tambahan dengan DLP memang akan selalu jadi nombor satu lah..

 
   Hubungan Anna dan rakan sekelasnya memang akrab tetapi ada mata yang memandang tidak puas hati dengan Anna. Entah apa dalam pemikiran si tidak puas hati itu.

  Pada suatu hari, Anna sudah jarang rapat dengan Qess, Tini dan Tina kerana mereka selalu mengabaikan Anna. Anna kini sudah solo, segala yang dilakukan hanya berseorangan. Dia juga seorang yang overthinking menyebabkan dia takut untuk menyapa mereka bertiga.

  Pernah terdetik dihatinya, adakah aku ini menjengkelkan? Mengapa mereka ingin menjauh daripada aku? Aku ada buat salah ke?

   Persoalan itu sentiasa berlegar di pemikirannya.

   Kotak mesejnya juga agak kosong, bukan seperti dahulu kala. Penuh dengan mesej rakan-rakannya itu. Hanya group kelas sahaja yang riuh. Tetapi setiap kali Anna mengutarakan soalan kepada mereka di dalam group kelas itu, mereka sekadar membaca. Langsung tidak mengendahkan mesejnya. Sekiranya mereka bertanya kepada Anna, Anna menjawab persoalan mereka dengan penuh kesabaran walaupun mengetahui bahawa mereka tidak akan mengucapkan terima kasih.

'Dengan hanya ucapan terima kasih, mampu membuatkan seseorang itu berasa dihargai dan membantu..'

Semua orang berhak mendapat sokongan mental. Tidak kira usia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience