BAB 4

Psychological Completed 683

Anna kini sudah terjatuh di dalam perangkap yang gelap. Tiada sebarang cahaya yang menerangi hidupnya. Namun Anna terlihat ada sosok cahaya yang bersinar agak terang. Terlihat tiga cahaya yang sedang membantunya untuk mengeluarkan dirinya dari tempat yang gelap itu.

Tiga cahaya putih yang dinampak itu merupakan Aya, Fia dan Kim. Mereka berasa agak geram dan marah dengan apa yang telah terjadi kepada Anna kerana mereka memahami perasaan Anna. Mereka juga sudah kenal lebih lama. Kim merupakan rakan sekelasnya semasa darjah enam tetapi Aya dan Fia berada di kelas sebelah.

Aya yang berkacukan cina itu cuba menenangkan Anna. "Takpela Anna, aku pun pernah kena juga dengan classmate aku. Hmm, diorang ni memang tak puas hati dengan kita. Lagi-lagi geng yang kononnya slay itu, slay la sangat, perangai macam dajjal." Anna hanya mengangguk sambil mengesat air matanya yang sudah membasahi pipinya.

Orang sibuk buat kerja dajjal sampai lupa diri tu siapa.

Hanya Fia, Aya dan Kim yang ada semasa Anna susah. Orang lain tidak mengenang budi. Walaupun rakan sekelasnya sering bertanyakan tentang jawapan, Anna hanya membantu mereka. Tetapi sampai suatu masa, Anna sudah tertutup hatinya dan bernazar untuk tidak mudah mempercayai orang. Dia sudah tidak memberikan jawapan percuma kepada rakan sekelasnya, sebaliknya membiarkan mereka mencari jawapan tersendiri.

Dia dianggap sombong oleh rakan sekelasnya kerana dia kini sudah tidak bersosial dengan orang disekitarnya. Hanya Fia, Aya dan Kim yang masih berinteraksi dengannya.

Manusia,
Ketika susah, pandai meminta pertolongan,
Ketika senang, langsung mengabaikan kesusahan kita.

"Aku tidak mengharapkan mereka menjadi kawan aku. Cukuplah dengan apa yang mereka dah buat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience