BAB 3

Psychological Completed 683

Anna menunggu kedatangan Shey dikelas untuk berbincang tentang masalah yang berlaku pagi tadi. Sebaik sahaja Shey muncul dikelas, Anna terus bertanyakan tentang kejadian tadi.

Shey mendengar pertanyaan itu tetapi langsung tidak menjawab, sebaliknya terus menjeling benci kepada Anna.

"Sumpah, bukan aku yang tag! Akaun TikaToki aku tak ada, mana boleh komen sesuka hati! Percayalah aku!"

Shey dan dua orang rakan baharunya itu kini sudah menjadi kawan baik. Anna tidak kisah kerana semua orang berhak ada kawan.

Shey yang tidak percaya dengan kata-kata Anna itu langsung membantah. "Kau boleh je buat akaun palsu kan? Takkanla budak zaman sekarang tidak ada TikaToki kan?" Shey dan Jiji sinis.

Ada benar kata Shey, zaman sekarang memang limited la kalau orang tidak ada akaun TikaToki menyebabkan kepercayaannya kepada Anna pudar. Setakat budak tak cukup umur pun ada akaun TikaToki. Aplikasi itu wujud di dalam telefonnya, tetapi dia tidak pernah membuat akaun kerana dia masih belum cukup umur.

Aya dan Fia yang mendengar pertengkaran antara dua orang itu langsung ke tempat kejadian untuk mengetahui kejadian sebenar.


Anna membatalkan niatnya yang ingin makan bekal yang dibawanya sebaliknya membuka buku teks untuk mengulang kaji pelajaran bagi memudahkannya untuk menjawab soalan STEM yang akan bermula tidak lama lagi.

Naz memasuki kelas sambil menjerit, "Hahahaha, pickme kan pickme.."

Giliran Naz untuk disoal oleh Anna yang telah dituduh.

Anna tahu bahawa Naz dan Shey berbohong dan telah menyebarkan berita ini kepada satu batch.

Semasa Anna ingin membuang sampah, sekumpulan perempuan dari kelas sebelah membawangnya. Dia boleh mengetahui seseorang itu sedang bergosip melalui pergerakan mata, mulut, riak wajah dan ekspresi mereka. Ramai juga yang mendapat berita sahih melalui Aya dan Fia tetapi ada juga yang tidak mengendahkannya.

Mata Anna berkaca langsung berderai air matanya keluar yang sudah tidak dapat ditahannya. Mereka hanya sinis melihat kelakuan Anna yang sedang difitnah oleh mereka.

Bahaya fitnah, sekiranya ia terus disebar boleh dijadikan dosa besar. Mental seseorang yang difitnah itu juga semestinya turut sama terjejas.

Bahaya fitnah, sekiranya ia terus disebar boleh dijadikan dosa besar. Mental seseorang yang difitnah itu juga semestinya turut sama terjejas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience