BAB 2

Psychological Completed 683

Anna terpilih untuk menyertai pertandingan kuiz STEM peringkat negeri secara dalam talian. Dia sangat tekun dalam pelajaran tetapi ada masa dia akan bermain permainan video, meluangkan masa bersama keluarga dan kucingnya serta mengambil masa sendirian melakukan apa yang digemarinya.

  Kuiz itu akan dibuka pada jam 11 pagi dan ditutup pada jam 12 tengah hari. Jantungnya berdegup kencang kerana hanya dia yang mewakili pihak sekolah. Dia amat berharap bahawa Tina menyertai kuiz itu, sekurang-kurangnya ada seseorang yang akan menemaninya dan membantu antara satu sama lain. Malangnya, harapan itu palsu. Tina menolak penyertaan itu kerana dia menyangka bahawa hanya dia seorang yang akan mewakili sekolah.

  Walaupun tiada orang yang turut menyertainya, Anna tidak terlalu kecewa dengan ahli kelab STEM. Sekurang-kurangnya, dia dapat mengumpul sijil untuk sekolah menengah.

--------------------------••••••------------------------

  Semasa waktu pembelajaran Matematik, salah seorang rakan sekelasnya dengan kuat tiba-tiba mengeluarkan ayat yang sangat random. "Sir, be careful sebab nanti ada orang tag dalam TikaToki, hahahaha!!" Naz menyampuk perbualan Shey, "Betul sir, pickme, pickme! Hahahaha!"

  Kami sekelas kebingungan, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja mereka berkata-kata sebegitu. Bukan sekali, tetapi banyak kali mereka mengulangi ayat yang sama.

  Rehat sudah tiba, perutnya pun sudah berbunyi. Dia segera mengeluarkan bekal nasi goreng yang telah dihangatkan pada pagi itu.

  Setelah dia membuka penutup bekas makanan itu, terlintas di fikirannya tentang kejadian tadi. Langsung dia bertanyakan kepada rakan sekelasnya. "Diorang cakap awak tag diorang dekat post TikaToki pasal pickme."

   Anna kehairanan.
"Aik, akaun TikaToki pun saya tak buat, macam mana saya nak komen?"

"Saya tak tahu, tapi itulah apa yang mereka katakan. Shey ada ceritakan kepada saya pagi tadi semasa di perhimpunan, dia kata,, bodo la Anna ni, tag orang suka hati dia je, padahal bukan aku yang pickme, dia tu pickme.."

  Hati Anna pada ketika itu bagaikan pedang menusuk yang menikamnya beberapa kali. Tidak sangka bahawa rakan baiknya sendiri menuduhnya melakukan perkara yang bukan-bukan. Shey yang dahulunya merupakan salah seorang kawan baik kepada Anna kini sudah tidak lagi rapat dengannya kerana dia sudah ada kawan baharu yang mungkin lebih sepadan dengannya.

"Sejak bila dia berubah sikap ni? Apa yang aku buat sampai dia buat macamtu?" suara hatinya berbisik.

"Sejak bila dia berubah sikap ni? Apa yang aku buat sampai dia buat macamtu?" suara hatinya berbisik.

Share this novel

Guest User
2024-04-09 04:28:53 

Saya suka dengan novel awak buat ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience