HOSPITAL 1

Horror & Thriller Completed 3172

Kisah ini berlaku ketika saya menemani abah yang menerima rawatan di Hospital Puteri.

Waktu itu malam, kira-kira jam 11 lebih saya memutuskan untuk pulang ke rumah sewa, memandangkan tiada tempat tidur yang boleh saya tidur di wad... Apatah lagi saya merasa sangat letih dan memerlukan tempat yang sedikit selesa.

Saya memarkirkan kereta di ruangan letak kereta berbumbung di tingkat LG. perlahan2 saya atur langkah menuju ke service lif kerana lif lain sudah tidak berfungsi lagi di luar waktu melawat.. lif turun ke tingkat dua.. masuk sebuah keluarga di dalam lif itu, kelihatan mereka sungguh gembira menyambut kelahiran cahayamata.

Reaksi si bapa tersengih2 sambil berbual dengan si kakakadik perempuannya

'kamu ingat tak dialog citer karak,encikk ada nampak emak saya tak??'

Sambil bergelak ketawa mereka berciter mengenai cerita seram karak

Kami semua mengatur langkah keluar pabila lf sampai ke tingkat G, Namun begitu saya masih terpinga2 kerana bingung memikirkan dimanakah saya memarkirkan kereta saya... jenuh berfikir saya kembali ke lif dan menekan butang LG.

Setibanya di pintu keluar masuk, saya kembali bingung apabila mendapati pintu keluar masuk sudah dikunci.. dalam hati bukan main resah skali kerana bingung bagaimana mahu keluar dr situ... saya termangu di hadapan sebuah bilik agak lama juga... selepas itu saya menapak menuju bilik purchasing namun tiada sesiapa disitu.. saya kembali ke hadapan bilik yang sama sambil berfikir... setelah itu saya ibarat mendapat idea untuk keluar dr pintu di level G kerana tak mungkin ada sesiapa yang boleh membuka pintu di LG tersebut

Saya mengatur langkah ke servis lif dan menekan butang, servis lif ini panjang kerana digunakan untuk membawa pesakit ke mana2 tingkat... sementara menunggu lif turun saya melempar pandangan di hadapan bilik yang saya berdiri lama.. alangkah terkejutnya saya kerana mendapati bilik itu adalah BILIK MENYELENGGARA MAYAT.. darah terus berderau naik ke muka... saya terus mengubah pandangan dan memandang pintu lif sahaja. terasa lega sekali apabila mendengar suara org bercakap2 di dlm lif itu, oh mungkin ada nurse yang turun kebawah.. getus hati kecil saya. namun alangkah terkejutnya saya apabila melihat lif itu apabila pintu lif terkuak.

Kerana lif itu kosong!

Saya segera masuk lif dan menekan butang G lalu terus menundukkan pandangan... Setibanya di G saya segera mengatur langkah menuju kembali kereta yang diparkir di belakang bilik menyelenggara mayat itu..

Sedang saya membuka pintu kereta kelihatan seorang wanita berjalan dengan laju menuju ke sebuah CRV yang terparkir selang 3 kereta dengan saya.. kelihatan wanita itu mengerling ke arah saya dan menghidupkan enjin kereta dan beredar dengan tergesa-gesa.. kelihatan beliau masih menjeling ke arah saya ketika keretanya melepasi saya.

Selepas itu, saya turut segera angkat kaki dan memandu pulang ke rumah sewasaya.. Sebaik tiba dirumah, saya terlalu letih untuk mandi, lantas menukar baju tidur dan terus terbaring di atas katil.. sebelum terlelap, saya ada berbalas2 mesej di fac mengenai bilik menyelenggara mayat.. sedang terlalu mengantuk saya meletakkan blackberry saya di sebelah..

Bilik sudah digelapkan. namun secara tiba-tiba blackberry saya menayangkan sebuah kisah seram, terkejut dengan sitasi itu ( kerana BB saya tidak boleh memuatturun page youtube sepanjang kari) saya lantas menekan butang 'kembali' namun tiada apa yang berlaku.. BB saya keras sepanjang 10 minit.. cuma apa yang boleh saya lakukan adalah dengan memperlahankan bunyi tersebut.. saya hampir menghempaskan BB saya kerana tidak mampu untuk menutup ruangan youtube itu dan juga gagal untuk mencabut bateri... selepas kira-kira 10 minit barulah BB saya kembali seperti sediakala.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. saya lantas memejamkan mata, namun imaginasi pintu bilik di hospital itu terus mengganggu lena saya..dan saya seolah2 berada di satu alam yang lain dan bukan di dalam bilik sendiri... sedang hammmpiiirrr nak lena secara tiba-tiba katil saya seperti dilanggar sesuatu.. saya terus terjaga dari lena.. mencelikkan mata dan tiada apa yang kelihatan.. saya semakin resah dan gelisah.. lantas membaca ayatul kursi dan surah 3 qul.. bacaan saya tersekat si surah an-nas, saya seperti terlupa surah tersebut.. lantas membaca auzubillahiminassyaitonirrajim sebanyak 3 kali dan mula membaca surah an-nas..

Setelah agak tenang saya kembali memejamkan mata... namun tidak lama selepas itu kedengaran bunyi guli jatuh di atas lantai seperti di tempat umi di SSI.. pada mulanya ibarat 3 biji guli yang jatuh, hati yang berdebar ini kembali membaca ayat kursi.. sehabis ayat itu dibaca sebanyak entah berapa kali bunyi guli yang sangat kuat kembali kedengaran sebanyak 2 kali dan keadaan menjadi senyap seketika.. saya mencelikkan mata.. saya bingkas menuju ke bilik air dan mengambil air sembayang... selesai wudhu dan solat, saya membiarkan bilik terang benderang dan kembali tidur.. alhamdulillah tidur menjadi lena..

Pagi itu saya berjanji untuk datang di hospital jam 6 pagi namun saya terlajak tidur.. dan saya menjadi sangat letih... sehingga hari ini, bahu saya sering merasa sengal dan berat seakan ada benda yang menghempapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience