HOSPITAL 7

Horror & Thriller Completed 3172

Selesai pembedahan di hantar dengan ambulan ke hospital lama sebelah

penjara Alor Setar. dapat katil sorang2 di satu sudut. pesakit tak

ramai. setiap hari luka di cuci. Allah saja yang tahu. macam luka di

cuci dengan air limau. huhu.. pedih boleh gentam bibir ja.. 5 hari duduk

di wad lama. mula di ganggu dengan kelibat wanita berambut panjang. mata

merah menyala menjegil. pejam mata nampak. buka mata ada saja kelibat

nya. satu malam suami datang teman. adik ipar pula terlibat dalam

kemalangan. alhamdulillah takda yang serius. malam tu tinggal

keseorangan di temani surah Al Baqarah di handphone. sedang memujuk hati

untuk lena. tiba-tiba katil sebelah berbunyi macam ada orang naik. bila buka

mata. gelap. sunyi sepi. cuba lagi tidor. datang wajah wanita berambut

panjang mata merah. kali kedua tu saya terus bangun pergi ke kaunter

nurse meminta izin duduk di situ hingga subuh. esoknya hari paling teruk

di ganggu. bermula nurse ubah pindahkan ke katil lain. untuk mengelakkan

saya keseorangan.. tapi masuk waktu maghrib tersebut. jelmaan wanita tu

datang sambil menakut2 sambil ketawa hehehhehe.. saya tak sedar saya

meracau. kata suami. lama jugak nak pulihkan. esoknya rasa diri

bertenaga dan fresh sedikit. cuba positifkan diri. buang rasa takut.

kuatkan dengan bacaan Al Quran. owh time tu tak dapat baca Al Quran.

mesej WhatsApp pun tak dapat baca sebab mata jadi kabur akibat gula yang

terlalu tinggi dalam darah. jadi boleh mendengar sahaja bacaan Al Quran

***

Selain gangguan wanita berambut panjang, pernah saya terjaga jam 2 pagi

untuk ke tandas. tandas di wad hospital lama di hujung bangunan. Sebelum

masuk ke tandas. ada satu tangga yang gelap. saya takut untuk melihat

tangga tu pada waktu malam. tapi sebelum ke tandas. ada seorang pesakit

juga yang beriringan ke tandas. saya ikut dia dari belakang cuma tak

terlalu dekat. bila saya masuk ke tandas. saya lihat semua pintu

terbuka. terfikir juga mana pesakit tadi. selesai hajat saya keluar saya

nampak pesakit tadi naik ikut tangga yang gelap. takmau lama2 sangat di

tandas. cepat2 saya pergi ke kaunter nurse. nurse nampak agak terkejut.

(yela. mungkin kes saya meracau. huhu). dia tanya pergi mana sorang2.

saya kata tandas. tapi dengan sorang lagi pesakit. dia kata takda kamu

seorang saja. kalau ada mesti dia dah lalu depan kaunter. saya bagitau

pesakit tu naik ikut tangga. terkejut nurse tadi. dia kata tingkat 3,

tingkat atas tak di gunakan.. saya pun cepat2 pergi ke katil. suami

tanya pergi mana. kenapa tak kejutkan?. eh. hehe. saya takmau ganggu dia

memandangkan saya boleh pergi sendiri. tapi mungkin lepas tu ajak

berteman

Keesokannya saya di pindahkan ke wad bekas wad di raja. wad hospital

lama. banyak bangunan tak di gunakan. sesetengah ja. peralatan pun ada

lagi yang old school.. wad ni 4orang 1bilik. wad ni tak bole suami

teman. huhu.. 2,3 hari duduk tak menjadi masalah. saya bole sesuaikan

diri. yang menjadi masalah bilik air di luar bilik. jadi jam 2,3 pagi

terpaksa la keseorangan berjalan di tepi koridor pergi ke bilik air. wad

lama nurse tak selalu round. mungkin tak ramai pesakit. jadi malam tu

nak di jadikan cerita. saya terjaga jam 4pagi nak ke bilik air. keluar

dari bilik wad. saya nampak pesakit warga tua bangsa India. perlahan2

jalan. saya tanya aunty nak pergi mana? itu toilet ka?. dia kata ya2..

saya pimpin sampai masuk ke toilet. saya pun masuk sebelah. selesai

hajat. saya keluar. saya tanya. aunty sudah siap ka?. mau balik bilik..

sepi.. saya tanya lagi aunty. u sudah siap ka. tiada jawapan. pelan2

saya tolak pintu toilet. kosong!. alahai. berlari jugak la walau sakit

pembedahan ke bilik. terserempak dengan nurse. dia tanya kamu pergi

mana. saya kata toilet. pastu saya tanya. ada pesakit India dak. dia duk

bilik mana.. nurse tu tengok file yang dia bawak. file tu sebab dia nak

ambil bacaan tekanan darah. dia kata takda aunty India.. alahai. sekali

lagi aku terkena

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience