HOSPITAL 10

Horror & Thriller Completed 3172

Kisah ini berlaku semasa aku sedang mengandungkan kelahiran pertama sebab apa kelahiran pertama? Sebab ianya kembar. Cerita ni jadi masa aku mendapat alahan teruk dan kena tahan wad kes nak p buat buku merah. Tapi aku hyprem n kencing kotoq keadaan memang teruk, so doktorcadangkan aku stay la kat wad

Itu adalah pengalaman kali pertama aku ditahan masuk wad sepanjang 24 tahun hidup. Masa tu 24 tahun la.

Aku pun tak fikir apa dah, janji aku sihat boleh makan macam besa.

Malam pertama aku kat wad, depa drip ayaq ja masuk badan. Memang

bercampur baur perasaan, nak muntah nak pengsan ada sebab lapaq. Dan

malam pertama tu aku terbaring ja. Dengan katil hangat, kipas tala ke

katil sebelah. Haaaaa situasi katil aku masa tu, depan katil aku ada

orang, belah kanan katil aku kosong. Seberang tu ada orang, sebelah kiri

tingkap dan kipas betoi2 atas kepala so angin tak sampai ke aku terpaksa

tarik langsir nak bagi pantul balik angin hahahahhaa. Belakang katil aku

depa letak katil2 dan baby cot yang dah tak guna. Kira aku dok hujung

sekali jauh dari pintu masuk dan kaunter nurse duduk

Malam tu memang hangat badan rasa, dengan aku tak dapat p solat sebab

betoi2 tak larat. Padahai aku boleh ja amik ayaq semayang dan solat.

Tapi tak tahula mungkin badan terlalu lemah sebab aku tak makan apa-apa

dari pagi. Pukul 10 aku start tanya nurse dah bila depa tutup lampu

sebab aku memang susah tidoq dengan cahaya terang kebetulan lampu atas

kepala aku lagi la susah lena. Tapi tah macam mana aku terlena pulak

lepas nurse dok buat rondaan. Then…

“Adik boleh teman akak p toilet tak? Akak takot”, ada satu tangan macam

berapi tapi sejuk weh tangan tu sentuh pergelangan tangan aku. Aku

jawab, “kenapa ajak saya? Saya tak larat”. ‘Kakak’ tu kata lagi “akak

sejuk sangat adik. Akak nak p toilet. Jomlah teman”, sambil cengkam

tangan aku. Aku masa tu cuba pandang muka dia tapi kepala aku berat

sangat, tak dapat tengok langsung. Baguih pun kalau dak mau jadi apa kat

aku ajet berani sangat hahahaha. Aku jawab last, “tak mau teman saya

ngantuk ni. P ajak org lain”

Tetiba aku tersentak dan terjaga. Aku tengok keliling lampu dah

suram-suram dan nurse pakat dok kat kaunter depa ada yang lena-lena ayam

ada yang dok wat kerja. Tengok phone dah pukul 2 pagi. Terus istighfar

panjang.

Sapala ‘kakak’ tu noh. Awat tangan dia macam tu, sambil

menyumpah gak sebab aku dahla tak larat. Dan baru teringat dari pagi aku

tak mandi sampai ke malam. Lemah betoi jasad aku masa tu. Roh aku pun

gagah melayang ke lain huhhu. Terpikir gak, mesti hantu penakot kan. Eh

tak taw la hantu ka apa. Tapi penakut nak berteman. Aku baca ayat kursi

sambung lena balik lepas 10 minit (aku memang mudah lena. Hampa buang

luaq pun tak sedaq) hehehehe

Esok tu aku mintak tukar katil sebelah. Tapi aku cek lengan aku ada

sikit kesan lebam tempat akak tu pegang. Alhamdulillah tak panas dan

lena tidoq aku lepas tukar katil. Ni mesti ada yang ingat kisah aku ni

kat wad bersalin.

Jangan risau bukan wad bersalin ya. Wad yang ada

perempuan ja dalam tu, dan memang wad lama. Pengalaman paling berharga,

tapi aku boleh berani jawab sebab aku dah biasa kena kacau macam tu. Cuma tu first time aku berdialog.

Selalu nampak dan rasa ja. Kalau aku sebut nombor katil, mau pakat takot kat nombor katil macam tu. Apa pun

nasihat aku, bila badan tak kuat banyakkan baca ayat-ayat perlindung diri dan jangan lupa solat. Moga Allah lindung kita dari gangguan jin

dan syaitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience