HOSPITAL 4

Horror & Thriller Completed 3172

Kisah ini berlaku pada tahun 1986. Kisah ini berlaku pada abang aku. Abang aku merupakan anak sulung bagi keluarga aku. Pada tanggal 23 april 1986 cukuplah 9 bulan 10 hari kandungan mak aku. Mak aku di bawa kesebuah hospital di daerah Klang. Dimana saat mak aku hendak melahirkan kandunganya dia dibawa ke level room. Tinggal la abang aku seorang diri di kerusi menunggu. Suasana seram sejuk menyelubungi abang aku maklum la jam menunjukan pukul 2 pagi dan abang keseorangan disitu. Abang aku menoleh ke kiri dan kekanan dia pasti hanya dia dan seorang pengawal disitu. Pengawal tu duduk agak jauh di depan pintu masuk wad. Abang aku terhidu bau harum dan mencari-cari di skitar arah mana datang bau tersebut, bila dia menoleh ke kiri kelihatan seorang wanita yang begitu cantik dan dari wanita tersebutla datang bau wangi itu. Wanita itu melemparkan senyuman yang begitu manis sekali sehingga membuatkan abang aku terpegun dan tidak lepas memandang wanita tersebut.

Abang aku seolah-olah terpukau dengan kecantikan wanita tersebut hinggakan wanita itu tidak perlu mengatakan apa-apa kecuali menunjukan isyarat tangan mengajak abang aku mengikutnya. Abang aku mula melangkah mengekorinya dari belakang wanita itu. Wanita itu berjalan menuju ke pintu belakang menghala ke bilik mayat tiba-tiba "'pang'' pang"' bunyi tembakan abang aku menoleh ke belakang dan mendapati pengawal tadi yang telah melepaskan 2 tembakan ke arah wanita tersebut bila dia menoleh ke depan untuk melihat keadaan wanita itu dia terperanjat kerana hanya cerbisan-cerbisan kain putih berterbangan bersama hilaian tawa yang begitu menyeramkan, abang aku tiba-tiba terus tersedar seolah-olah dia bermimpi tadi.

Perasaan takut mula meyelubungi abang aku dia mula mengigil seluruh badan dan pengawal tadi mula mendapatkan abang aku. Pengawal itu menceritakan dia sudah biasa melihat keadaan ini dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Peluru yang dilepaskan tadi bukan peluru biasa ianya peluru perak dan hanya peluru perak sahaja yang dapat menghalang mahkluk tersebut. Pengawal itu menasihatkan abang aku banyak berzikir dan ingat Allah selalu supaya dapat menghidari sebarang gangguan mahkluk jahat. Keesokanya setelah ayah aku sampai abang aku terus pulang dan dia telah demam panas selama 3hari. Selerpas itu dia kembali pulih seperti sediakala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience