Slave, Day One.

Humor Series 6337

Hana melihat cermin. Dia sedang memakai gaun yang cantik. Rambut pendek a la lelakinya dihiasi perhiasan mutiara yang indah. Kasut kaca menjadi pilihannya sebagai sepatu.

Dia merenung cermin itu. Merenung refleksi sendiri. Entah kenapa dia berasa sedih. Macam kehilangan sesuatu.

Zaki muncul dan menapak ke arahnya. "Kau tahu, Hana? Kalau kau pergi sekarang, sempat lagi ni..."

Lee, yang sedang duduk di kerusi bersebelahannya, mengangguk. "Hana. Jangan mengalah. Kau yang aku kenal, kuat."

"Tapi Hana..." Micheal mencelah. "Kalau kau nak selamatkan hubungan kau dengan dia, kau kena bangun."

Suatu suara datang dari speaker yang terdapat di dalam bilik itu. "Hana sayang...." Seolah-olah cuba menenangkannya.

"BANGUN!"

Hana tersentak, terus dia bangun terduduk. "Ya Allah!" Pekiknya kuat. Di hadapannya ada naga bertopengkan manusia yang dia panggil Ayah.

Ayahnya tersengih. "Ohhhh.... baru nak ingat Allah...! Bangunlah! Dah pukul 7!"

Otak Hana loading 99%....

Ding! 100%!

"HAHHHHHH?! PUKUL 7?!?!?!?"

--

Hana meletak kepala di atas meja, kelelahan berlari 2 kilometer ke sekolah. Fuh. Ada 5 minit berbaki, nasib baik! Kalau tak dia akan ditahan di luar sekolah.

Mimi, rakan mejanya tersenyum simpati. "Emm... Hana, kesian saya tengok awak berlari-lari nak datang sekolah. Macam mana kalau saya jemput awak kat rumah awak je?"

Hana menggeleng. "Tak payah. Aku tak nak jadi beban. Tak nak menyusahkan. Nanti ayah sembelih aku kalau dia tahu."

Mimi merenungnya risau. "Betul ni?"

Hana tersenyum lalu mengangkat muka untuk melihat Mimi. New best friend, detiknya dalam hati.

"Iya, betul. Okey je. Thanks, Mimi."

--

Di perpustakaan.

"Mimi." Mimi mengangkat kepala melihat Hana, mengalihkan fokus daripada majalah fesyen dibacanya (Isu ini menampilkan Tom Hiddleston yang baru sahaja menjadi model suit Gucci Cruise 2017. Dia sebagai peminat tidak teragak-agak membuat dosa membeli majalah itu demi melihat pujaan hati.)

"Ya?" Takpe Mimi. Hana lagi penting. Tom nanti balik rumah boleh tengok.

"Um... Kelab Lelaki-Lelaki Manis tu... apa?"

Mimi's brain... loading.

Ding! 100%.

"Tau. Kenapa?" Hana si tomboy berminat dengan lelaki-lelaki kacak?! No. Wayyyyyy! Mimi lega. Hana's not lesbian, noted. Thank god! Dia begitu risau kalau sahabatnya ini tersasar dari jalan yang lurus kerana rupa dan sikapnya yang tidak begitu kewanitaan, tetapi kini dia tidak perlu pusing kepala memikirkan krisis ini kerana Hana terbukti normal.

"Tak de apa-apa. Ada dengar pasal diorang hari tu so aku cam curious sikit, tapi kalau kau tak nak bagitau-"

Mimi tersenyum lebar, matanya bersinar-sinar. Hana ngeri melihat wajahnya yang bagai psiko itu tapi dia memilih untuk diam tanda hormat kepada rakan baik baru 2 minggunya itu.

"Diorang tu kelab yang dianggotai 8 orang jejaka yang akademiknya 100% dan masa depan sah terjamin yang bosan dengan hidup sekarang dan memilih untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan di sekolah ini dengan menjadi pencair hati gadis-gadis Sekolah Elit Amelia!"

Wow. Macam mana dia cukup nafas nak cakap semua tu?

"So? Diorang buat apa? Dating? Jadi escort, gitu?"

"Tak. Diorang jadi pendengar setia, sweet talker, penghibur hati perempuan...."

"...Oh....Playboy?"

Mimi mengeluh. "Bukan. Nanti Hana tengoklah sendiri, susah Mimi nak konklusikan."

--
Di bilik kelab, sesi kokurikulum.

"Hai slave!" Senyuman Zaki tu terang sangat, macam dia baru lepas telan mentol lampu 1000 megawatt.

Atau 1000 mentol 1 megawatt?

Hmm. Hana geleng kepala. Dahlah tu, mengarut pulak. Let's just finish the job... dia meneruskan sesi menyusun kek dan set kulteri di atas troli a la Inggeris comel tanpa mempedulikan Zaki.

Zaki melingkarkan tangannya di sekeliling bahu Hana.

Hana mendengus lalu menepis tangan Zaki yang meliar tak tentu hala itu. Ini satu tabiat budak sekolah ini yang dia cukup tak suka. Suka pegang-pegang, halal haram semua ditolak ke tepi.

Tapi... semalam Hana diam je masa mamat mee goreng tu tepuk kepala dia.... Haih, itu hanya akibat terlampau terkejut dengan ke'pandai'an cadangan lelaki itu.

Zaki berhenti sesaat dua sambil merenung wajah Hana tanpa ekspresi.

Tangan back on around bahu.

Hana geram. "Tak.... payah...la!" Smack! Tangan Zaki ditepis lagi, lebih kasar kali ni.

Zaki buat muka poyo.

Tangan bahu third round.

Level sabar Hana : 0%.

"WEI! AKU DAH KATA-"

"Zaki." Lee merenung Zaki, tajam. "Hands off. Dia tak suka kan, nak salam pun rimas. Lepas."

Zaki tersengih. "Hehehe. Sorry, Han! Lagi satu, aku bukan Zakilah...." Dia mengangkat kedua-dua tangannya, tanda surrender.

Hana dan Lee terkelip. "Hah?"

"Aku Zack~"

Oh. Ohhhhhhhh.

---

"Cis. Pergi matilah!" Hana mendengus. Kopi dituang dalam cawan.

"Sorryla, Hannnn...."

"Mak aku bagi nama Hanalah bukan Han! Han tu nama lelaki!"

"Ehehe~ Kau tak cukup wanita untuk aku panggil kau Hana~"

"Kau nak gaduh ke hah purple?!"

Gadis-gadis yang duduk di sekeliling bilik kelab itu asyik memerhatikan mereka. Comelnya! Bergaduh manja macam ni. Memang comel.

"Kau orang nak tau tak? Diorang kata kan, Hana tu hebat berlawan. Macam... alah, mafia!" Seorang gadis bermata bundar yang dari tadi melihat perlawanan ping-pong Hana-Zack berkata.

"Yup. Diorang kata Hana dulu kat sekolah lama dia ratu samseng..."

"Hebatnya! Girl crush aku, official!"

Hana yang duduk berdebat dengan Zack tersengih. 'Hish budak-budak ni. Straight tak ni? Nak jadikan aku girl crush pulak..." Geli-geleman tekaknya. Apalah diorang ni! Ingat dia tak dengar?

Memanglah dia handal bersilat dan berkarate (Naga- ehem, Ayah paksa dia masuk kelas dari 6 tahun kut!) dan rajin memukul orang kalau ada yang menyerang, tapi tak adalah sampai dia sendiri yang sengaja mencari gaduh.

Macam mana budak- Oh. Sekolah kaya ni kan penuh dengan orang yang berpangkat, mesti ada yang fanatik dengan keselamatan anak mereka sampai sanggup menyiasat semua benda tentang sekolah ini.

Atau mungkin ada pelajar sekolah ini yang pernah dijamu kakinya dulu?

Dia mengeluh. "Dahlah tu, aku nak bagi cik adik di semua kek yang diorang order." Perlahan, dia menolak troli kecil itu ke arah gadis-gadis (baca: fangirls) yang muka excited semacam apabila dia mendekatinya.

"Cik adik nak kek?" Tanyanya dengan senyuman manis. Nak kerja kena ikhlas.

"KYAAAA!"

Gadis-gadis itu menjerit. Bergayanya!

"Nak!"

"Saya nak kek!"

--

"Hmm, bagus budak tu... tiba-tiba semua nak kek pulak hari ni." Lee tidak mengangkat wajah daripada clipboard di tangannya. "Natural, that one."

Mikhail tidak menjawab, hanya matanya yang asyik merenung Hana yang rancak berbual dengan gadis-gadis itu. Entah apalah yang dibualkan sampai gadis itu tidak henti-henti ketawa dari tadi.

Comel pulak ketawa budak ni.

Mikhail tersenyum nipis.

Di sebelahnya, gadis yang menjadi kliennya hari itu menjeling Hana. Ada riak tidak puas hati terbit di wajahnya apabila Mikhail terus-terusan memerhati gadis itu. Dia menggerit gigi. Tak boleh jadi ni!

'Jaga kau, Hana!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience