Dendam Sorang Puteri

Humor Series 6337

Aku, Puteri Sabiha binti Dato' Azahar. Korang kenal?

...Ei, helo, kenal tak?!

Dato' Azahar, yang CEO Syarikat Rosa Miselle tu?! Yang iklan macam movie Hollywood tu?! Haa... tergamam you alls!

Ya. Dialah Puteri Sabiha. Anak kepada CEO syarikat fesyen dan kosmetik terkenal. Ibunya seorang model tempatan yang mampu menempa nama di persada antarabangsa. Lisa Suzelle. Alah, yang keluar kat Vogue Perancis hari tu...

Seumur hidupnya, dia tidak pernah tidak dapat apa yang dia hajati. Oh, jangan sangka dia bimbo kosong tak berakal.

Tidak, tidak, tidak.

Dia Puteri Sabiha! A beauty with brains. Cukup licik dan cantik. Ahhh, cukup sem.pur.na... untuk dapatkan apa yang-

"Sabiha, kalau kamu tak turun dari sofa tu, mama sendiri yang personally akan manhandle kamu supaya turun. Get down. NOW."

Lisa hanya mampu beristighfar (ya, walaupun dia model berambut karat yang kelihatan seperti perempuan sosial, dia masih mengenali Tuhan, alhamdulillah) melihat anak gadisnya yang berdiri di atas sofa genuine leather yang dibelinya minggu lepas dari Sepanyol. Hish. Tak padan dengan rupa.

Sabiha akur. Dia juga seorang anak yang taat kepada perintah ibubapa. Jadi dia pun turun.

Siap kau, Hana! Kaulah ni! Aku tak pernah kena marah dengan mama sebab naik sofa! Ni semua sebab aku asyik rasa macam Ursula yang nak hapuskan kau dan kena naik sofa untuk dapatkan efek drama tu!

Aku... akan... pastikan....

--

Hana mengeluh. Buku sejarahnya lesap, begitu sahaja! Geram betullah. Mana pula dia letak? Habis dia dimarahi Puan Chua yang cukup tegas itu. Tidak kiralah kaya atau miskin, andai pelajar itu tidak menyelesaikan komitmen dipertanggungjawabkan, tetap dikira tidak berjaya menjalankan amanah di mata Puan Chua.

"Mimi..." Mimi mengangkat wajah daripada asyik terus merenung skrin telefonnya. Ah, BTS. Nanti kita sambung ya, Jimin. Hana perlukan sokongan.

"Ya? Hana nak Mimi tolong carikan ke?" Hana menggeleng.

"Taklah. Nak pinjam buku. Nak salin soalan. Nampak gayanya aku kena buat baliklah satu buku... Puan Chua nak esok."

Mimi terkejut. Gila! Satu buku?!

"Tak payah! Kita cari dulu. Hana ni, dahlah busy dengan part time job, sibuk nak buat balik satu buku. Seksa diri ajelah! Tu belum masuk si mee goreng tu punya bahagian lagi!" Mimi membantah keras. Selepas dia dengar cerita Hana tentang hukuman yang dikenakan ke atas gadis itu kerana memecahkan reinkarnasi The Venus itu, dia mula rasa tidak senang dengan ketua kelab itu.

(Tapi kalau ada depan mata, cair dulu kot. Then benci, desis hati kecil Mimi.)

Mata Hana terbuntang. Alamak! Kelab!

"Wei, dah lambat! Aku chow dulu ya? Bye, Mim!" Hana berkata kalut sebelum bangkit meninggalkan meja mereka.

Dahi Mimi berkerut. Kesian Hana....

--

"Hana, nak tengok ni, tak?" Hazran tersenyum manis kearahnya. Di sebelahnya, Micheal memerhati mereka tanpa reaksi.

"Hmm, movie apa?" Hari ini kelab ada menjalankan acara menonton movie beramai-ramai. Masuk-masuk aja, bilik kelab sudah gelap. Sofa yang menjadi tempat Mikhail bertenggek menjalankan tugas dialih dan di tempatnya ada retractable home theatre set yang mampu dialih pasang.

Di tangan Hazran ada poster 'Kill 2'. Movie paling seram abad ini.

"KYAAAA! HAZRAN, TAK NAKLAH!"
"NANTI TAK TIDUR MALAM PULAK TENGOK!"

Hana mengeluh. Dia tidak kisah pun. Tapi anak-anak jutawan di belakangnya ini memang kisah.

Hazran terkelip kehairanan. "Apalah yang seram? Diaorang bunuh-bunuh je..." Dahinya berkerut. Micheal menggeleng.

"Takpe lah. Nanti boleh tengok. Kita undilah. Diorang tak biasa tengok movie seram macam ni." kata Micheal serius.

Hana terpegun.
Gadis-gadis di belakangnya juga terpegun.

Sedapnya suara Micheal.... serius dan gentlemannya.... detik hati Hana.

"KYAAAAA! MICHEAL NI PRIHATIN BETULLLLLLL!" Nampaknya bukan dia seorang berasa begitu.

Hana tersenyum.

Ah. Satu lagi hari biasa di Kelab Lelaki-Lelaki Manis.

--

Skrin dihidupkan. Cerita mula ditayangkan. 3, 2, 1....

Bang! Muka Zaliath yang menakutkan muncul di skrin.

"KYAAAAHHHHHH!"
"TADI KATA NAK TENGOK ROMANCE IN PARIS!"

Arzaki Nakir tersengih. Hehe, menang...

Hana merenung Zaki tanpa perasaan. Jahat betul budak ni, saja aja nak takutkan budak-budak manja ni.

Tanpa disedari, Mikhail ralit memerhatikan tingkah laku Hana yang hanya melayan filem seram itu tanpa langsung ada riak gentar di wajahnya.

'Minah ni tak takut cerita seram, rupanya...'

Sabiha merenung muka Mikhail yang serius itu dengan penuh rasa amarah.

--

Hana berkelip. Hairan.

Aik? Bukunya koyak rabak? Nasib baik buku nota....

Dia menggaru kepala yang tidak gatal. "Apa ni...:

Takkanlah. Aku kena buli ke?

Dia cuba berfikir. Tapi, semua budak-budak ni baik dengannya....

Ahh. Tak mungkin. Buku ini tersangkut pada apa-apa, agaknya.

Tanpa dia sedari, ada seseorang sedang memerhati gadis itu dari kejauhan...
...dengan senyuman sinis di wajahnya.

-------

A/N: CLIFFHANGER! Sebab Anne tulis ni pukul 11:35 malam... Saya dah tak larat... tbc!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience