Hana Azalea memeluk tubuh. Aduh, tak suka, tak suka, tak suka! Takutnya! Asyik tenung, tenung je dari tadi encik Leader ni.
"Wei, kau." Hana memaling wajah ke arah suara yang memanggil. Habis laju dipusing lehernya. Ini kalaulah dia patung, pasti bergolek-golek leher atas lantai marmar kelab gila ini.
"Err... ya, saya." Hana memandang lelaki itu pelik. Yang ni seorang lagi. Rambut ala k-pop, potong nipis sebelah, separuh mata ter-cover dek rambut... rambut midnight blue...
"Ermmm... kau tak langgar tiang ke? Rambut macam tu?"
Kedua kembar tadi terkekeh-kekeh ketawa. Dahsyatlah perempuan ni!
"Tak, jangan risau. Alhamdullilah, setakat aku hidup ni aku tak ada lagi langgar tiang." Kata lelaki itu sambil membetulkan letak kacamatanya. Tercekik air liur Hana mendengar perkataan 'Alhamdullilah' keluar dari mulut jejaka itu. Muka putih, mata sepet, rambut tak rupa rambut, ingat cina! Tapi dia diamkan aja. Takut dilempang.
"Kenapa kau pakai baju lelaki?" Tanya lelaki itu. Hana sengih segan. "Well... er.. skirt budak sekolah ni pendek sangatla. Aku segan."
Lelaki itu mengangkat kening. "Oh really? Hmm, rambut tak kaver? Potong macam lelaki? Takpe pulak?" Suaranya tenang. Tapi menusuk!
Hana gosok belakang leher. "Nak kadang-kadang tu pakai tudung, tapi aku ni tak terasa beria nak pakai tudung. Yet. Tapi baju memang taklah macam terdedah sangat."
"Kalau kau memang nak pakai tudung, kau pakaila. Excuses." Celah encik Leader dingin.
"Mee Goreng, kau diam. Aku tengah cakap dengan dia." Kata encik kacamata.
"Mee... Mee Goreng?! Kau-"
"Introducing myself, the name's Alex Hakim Lee Abdullah. Muka Chinese, tapi fortunately, Muslim, Half Malay-Chinese." Hana tersenyum. Dah agak dah.
"Oh... aku Hana. Hana Azalea Ahmad Khairi. Pure Malay. Tomboy sikit." Lee turut tersenyum. Tangan dihulur. Hana tersengih lagi. "Tak boleh, sorry!"
"Oops. Takpe, aku faham."
Mee Goreng a.k.a Leader mula sakit hati. Eh, perempuan ni. Buat dia macam tunggul pulak. "Michael, bawak minah ni keluar-"
"Asal pulak? I like her!" Kening Micheal terangkat ala-ala Ziana Zain.
"Ni kelab apa eh?" Tanya Hana polos.
"Kelab gay sekolah." Jawab salah seorang daripada ahli kelab itu, membuatkan Hana terbeliak. Gay?! Oh tidak!
"Bukanlah. Kelab Lelaki-Lelaki Manis. Pekak ke? Tak dengar awal-awal tadi?"
Huhuhuhu. Lagi kembang tekak dengaq.
"Er... korang resume la buat apa korang buat. Aa... aku nak keluar dulu. Ciao." Kata Hana gelabah sebelum cepat-cepat bangun untuk keluar.
"Eh! Bukanla! Diorang main-main je! Wei, kau!" Tengku Amirul Mikhail sudah cuak. Karang buatnya mulut minah ni puaka nak propa satu sekolah...!
Niatnya hanya ingin mencapai bahu Hana. Agaknya akibat terlalu kuat, dia tertolak Hana sehingga gadis itu terjatuh dan terlanggar salah-satu patung roman yang terdapat dalam bilik itu.
Prang! Mata seisi ahli kelab terbuntang. Patung tu...
Salah satu serpihan patung itu terpelanting dan terkena tapak tangan Hana.
Aduh! Jeritnya dalam hati. Dia mengetap bibir. Patung tu marble ke?
Tengku Amirul Mikhail mula cuak melihat darah di tangan Hana.
"Eh! Tangan dia lukalah! Zaki, tolong ambik first aid atas rak buku tu!"
"Ehhh takpe... tak.. tak sakit pun."
"Wei. Nama dia apa tadi?" bisiknya pada Hazran yang masih memerhati situasi dengan kaget.
"Hana Azalea."
Tengku Amirul Mikhail mengetap bibir. Budak biasiswa kan?!
Matilah dia!
Share this novel