SEKOLAH Elit Amelia. Sekolah yang cukup berprestij. Untuk menjadi salah seorang pelajarnya, bukan hanya wang yang harus ada, malah perlu bijaksana dan mendapat tempat terbaik dalam bidang akedemik. Malah sekolah ini amat mementingkan akedemik, sehinggakan setiap tahun akan menaja seorang pelajar kelas sederhana atau tidak berkemampuan untuk menjadi pelajarnya!
Ah, tetapi banyak sekali masa lapang yang dimiliki para pelajar di sini. Iyalah, kelas tambahan ataupun kelas persediaan petang dan sebagainya tidak diadakan. Mengapa perlu kelas? Para pelajar sekolah ini mempunyai tutor di rumah.
Justeru, lembaga pentadbiran sekolah sepakat menjadikan setiap hari hari kokurikulum! Wajarlah, seiring dengan akedemik, kokurikulum perlulah cemerlang juga.
Namun begitu, pelajar diberi kebebasan, untuk menghadiri kelab, persatuan, atau kelab sukan. Di sini tiada unit beruniform. Entah mengapa, para pelajar di sini cukup anti dengan aktiviti unit beruniform.
Hal inilah yang membuatkan Hana Azalea bingung.
"Hana, awak tak ada kelab lagi kan? Pergilah ronda-ronda dulu, kalau ada yang minat beritahu cikgu ya!" Kata Cikgu Hayati yang menguruskan pelajar biasiswa.
Ya, dia adalah pelajar beruntung yang memperoleh biasiswa masuk ke sekolah elit ini.
Namun begitu....
"Masuklah Kelab Ekuasterian, Hana!"
Kau gila? Mana aku nak dapat duit beli kuda?
"Kelab pengumpul, Hana?"
Korang kumpul setem limited edition la, duit lama la, mahal tu! Lagipun aku bukannya minat.
"Alah, Kelab Kecantikan je. Awak ni lawalah, Hana!"
Terima kasih. Tapi aku tak mampu nak beli produk macam yang korang pakai atau baju-baju yang korang peragakan tu. Aku produk pun beli kat Watsons. Baju kat pasar malam je.
"Kesian Hana... susahnya hidup dia! Awak tinggal dengan saya je la, nak?"
Eh-eh, takpe. Aku okey je dengan hidup sendiri.
"Korang, takyah la fikir sangat. Nanti aku joinla kelab buku ke apa."
Hening.
"Hana, kat sini takde kelab buku. Kalau Hana nak buat, boleh tapi kena daftar dulu..." Kata ketua kelasnya, Azran.
"......"
"TAKKAN KELAB BUKU PUN TAKDA?!" Hana menghempas muka ke meja.
"H-Hana! Nanti kita buatlaaa! Janganlah cederakan diri sendiri."
Hana tersenyum walau rasa ingin menangis. Budak-budak ni memang baik.
Walau beberapa hari ni, ada je yang menghinanya, tidak mereka.
--
Bosannya! Jerit hati Hana.
Memang tiada kelab buku di sini. Nantilah. Borang Tubuh Kelab dah diambil.
Dia terhenti. Alamak! Duk ralit berjalan, tak perasan dah kat mana!
Dia membaca tanda bilik dihadapannya.
Bilik Kelab 3
Oh bagus la! Mesti ada orang kat sini! Hana menolak pintu. Tolong! Hana sesat!
Bunga ros memenuhi pandangannya, sampai ada yang hampir masuk ke dalam mulutnya.
"Selamat datang ke Kelab Lelaki-Lelaki Manis!"
Dihadapannya ada 8 orang jejaka tampan! Seorang di antara mereka duduk di tengah-tengah bagaikan raja. Melihat Hana, dia segera menghampiri Hana lalu melutut di hadapan Hana.
"Tuan puteri, selamat datang."
Hana memandang lelaki itu dengan wajah hairan.
"Eh? Kelab apa ni? Apa masalah kau? Gila ke? Kenapa rambut kau karat?"
Pemuda itu tercengang.
Hening.
"Hahahahahahahaha!" Dua orang ahli kelabnya tertawa sakan. "Dia ejek leaderla! Hahahahaha!"
Azalea Hana tergamam apabila jejaka itu yang kini berdiri menjeling tajam ke arahnya!
Alamak, dia ni ke Leader?!!!!
--
TBC!
Share this novel