BAB 2

Drama Completed 253

Serentak dengan itu juga Ran pun masuk ke kelas dengan sengih sumbang. Namun dia tak mengerti akan asal-usul suara-suara dan ketawa-ketawa itu.
"Maaf Lady, saya lambat." Ran bersuara.

Ran pantas bergerak ke tempat duduk setelah menghulurkan kalkulator 570 kepunyaan Ani.
"Weyh,,pasaipa hangpa gelak???" Ran bertanya ingin tahu kepada Zalia yang duduk di sebelahnya dalam loghat utara yang pekat.
Zalia tak sempat menjawab soalan Ran apabila Lady Morgana sudahpun mengedarkan Soalan Kuiz Fizik 5.

Sunyi sepi kelas itu kerana masing-masing sibuk memikirkan solution bagi soalan topik Pantulan Cahaya dan Frekuensi Bunyi. Ran sudah berapa kali memusing letak duduk kertas soalan miliknya.
'Kenapa normal line ni tak macam 90 darjah ha?,,,nak kata aku ni rabun, dah banyak kali check, takdela plak doktor mata tu suruh pakai glasses,,contact lens pun tak jugak,,kesimpulannya aku tak rabunla.'

Dalam pada Ran berteka-teki sendiri tu,,
Kedengaran Lady Morgana bersuara,, "Ok class,, time's up. Stop writing now."
'Hah! Alamak tak siap lagi satu soalan.' Ran dengan pantas menghentam kromo solution bagi soalan Light yang memeningkan kepala otaknya.

'Huh! Nasibla,,, Seb bek las kuiz,hehehe,,,xderla terkilan sangat.'
Disebabkan itu kelas terakhir, mereka terpaksa menunggu Lady Morgana menanda kertas kuiz yang baru sahaja dijawab.

Ran sudah tidak senang duduk. Sangkanya dia boleh pulang awal kerana kelas hari ini untuk kuiz sahaja. Tak tahula pula nak dapat kertas terus.
'Aduss,,macam mana ni,,,dah janji dengan Suli, nak gerak gi pondok pakgard sama-sama. Miran dah tunggu Suli kot kat Jaya One.' Bisik hatinya.

TUT TUT.
Ada mesej masuk. Ran menekan punat Yes.
'Oii,,ko ktne?Ak tgu kt cafe,' dari Suli.

TUT TUT lagi.
'Ran , sow Suli grk, kitrg kt Cold Storage taw.' Dari Miran pula.

Sebenarnya kalau nak ikut perancangan separa siap Ran , dia akan pulang bermalam hari ini memandangkan hari ni hari Jumaat dan kelas pun dah habis.
Dia mengajak Suli berjalan bersamanya ke pondok pakguard kerana Suli memang nak keluar. Rakan sebiliknya Suli dan Miran keluar hari ini ke Jaya One untuk menyambut hari jadi kawan baik mereka Anys .
'Adusss,,,nak balik ni.' Ran berusaha menenangkan dirinya yang dah macam cacing kepanasan.
Lady Morgana sudah siap menanda kertas soalan kuiz Fizik 5 lalu mengedarkan semula kepada pelajar-pelajarnya.
Setelah mendapat semula kertas soalannya, Ran orang pertama yang bergegas mendapatkan Lady Morgana untuk memberitahu markahnya. Yelah, tadi Lady Morgana Cuma menanda kertas, belum mengambil markah lagi.

"Hehe,, 16." Kata F separuh berbisik di telinga Lady D. 'Malulah aku kalau orang lain dengar.' Lady Morgana menulis markah Ran ke dalam buku Catatannya.
"Err,, Lady,,, saya balik dulu lah yer, nak balik rumah ni." Kata Ran .
Setelah menyalami Lady D, Ran dengan pantas melangkah keluar dari kelas Blok E itu.

"Ran !!!" Namun suara itu sudah tidak sampai ke telinga Ran yang sudah melakukan larian pecut 100 meter dari Blok E ke Mahallah Fatimah Az-zahra.
'Laa,,aku baru nak mintak nombor fon dia. Dahla lepas ni tak jumpa dah. Takkan nak mintak kat dalam dewan exam kot.' Pierre atau nama di dalam surat beranaknya Mohd Pierre Bin Hussain bermonolog sendirian.
Inilah budaknya yang sibuk-sibuk menanya pasal tahap kesihatan Ran tadi.

"Woih,,Tikah! Hang ada tak nombor budak tu?" Pierre bertanya kepada Tikah, classmate perempuannya dari dulu sampai sekarang.
"Nomboq sapa dia?" Tikah memulangkan soalan. Jawapan yang diharapkan tapi soalan diberi sebagai balasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience