BAB 6

Drama Completed 253

RAN
Sbnaqnya ak bkn bdak Kedah n bkn bdak utara gak.
So, lps ni ang xyahla YM ak dh. Ang kn nk kwn ngan dak utara ja.
BYE!

'Hah!? Tadi habaq kata nak kawan ngan ak, la ni takmau plak. Apa keberanian dia dah hilang ka?'
Pierre terkejut dengan mesej yang dibacanya dari Ran .

PERSIA
Tadi ang kata dah ada,,,, la ni xda plak ka? Lagu mana?

Ran membaca mesej dari Persia. Sandiwara apakah ini?
'Apa yang dia merepek ni? Memangla ada. Yang aku bagi tadi tu apa. Haylaa mamat sorang ni, dahla semalaman aku cari lagu yang dia nak tu kat internet. Boleh dia tanya aku lagi, LAGU MANA?'

RAN
Weyh! Yg ak bg td tu apa? Bkn lagu? Gambaq ka? GGGGRRRRRRRRRRRRR,,,,,,,,,,,

Namun di Blok ABC bilik bernombor 127B,,,

Pierre berfikir sejenak setelah membaca mesej yang baru dihantar oleh Ran .

Ya Allah!!!! Pierre menepuk dahi. Barulah dia faham situasi sebenarnya.

FLASHBACK...

PERSIA
Lagu ni,,,,, WANT TO MAKE FRIENDS.

RAN
Owh,,,lagu tu, ak xdakla,,,,

Ran pelik.
'Apehal pulak mamat ni mintak lagu kat aku malam-malam buta ni. Ingat aku DJ Era ke?'

Selepas signed out Ran terus mencari lagu yang diinginkan oleh mamat Parsi itu. Habis semua laman web digeledahnya semata-mata untuk mencari lagu WANT TO MAKE FRIENDS itu.

Akhirnya yang dia jumpa cuma lagu tema cerita FRIENDS yang selalu ditayangkan di television.

Pierre termenung sambil tersengih. 'Ran ...Ran ...Ang kena blajaq lagi cakap bahasa utara. Dan aku yang akan jadi Mentor ang.' Pierre ketawa lucu setelah memahami sinetron yang berlaku antara dia dan Ran .

PERSIA
Cik adik Ran yang manis,,,ang dah salah paham cik oii,,,

Dahi Ran berkerut-kerut.
'Aku salah paham apa plak ni?'

RAN
Apa lagi ni Pierre ?! Penat aku lyn ang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience