BAB 7

Drama Completed 253

Pierre menerangkan satu-persatu kesalahfahaman yang berlaku antara mereka tapi bukan lagi mengggunakan YM mereka sebaliknya menggunakan alat telekomunikasi yang membolehkan mereka saling mendengar suara masing-masing iaitu telefon bimbit.

"Lagu tu ka? Hahahahaha." Pecah ketawa Ran dan Pierre walaupun seorang berada nun jauh di Taman Keramat dan seorang lagi di Kolej Za'ba.

Kini, mereka bukan lagi kawan seperti yang diminta Pierre dahulu tetapi hubungan mereka sudah mencapai tahap yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Mereka sudahpun mendirikan rumahtangga setelah lima tahun 'berkawan' di Kolej Za'ba.

Di rumah milik Mohd Pierre Bin Hussain dan Miran Aneesa Binti Abd Madzar ,,,

"Itulah,,,lain kali khatamkan dulu bahasa utara. Ni, tak habih lagi dah nak tunjuk pandai." Pierre atau Muhammad Pierre Bin Hussain yang kini sudah menjadi suaminya bersuara.
"Alah abang ni, cik dah khatam la,,," balas Ran tidak mahu mengalah. Selalunya kata
ganti diri 'cik' dibahasakan oleh orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua kalau mengikut loghat utara. Contohnya adik kepada kakak atau anak kepada emak.

Namun, Ran lebih selesa menggunakan 'cik' dengan suaminya. Baginya tidak perlulah kata-kata seperti 'Honey' atau 'Sayang' untuk menunjukkan kemesraannya kerana loghat utara sudah sebati dalam dirinya kini walaupun dia bukan dilahirkan di negeri-negeri yang terletak di utara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience