BAB 1

Drama Completed 253

Ran masuk ke kelasnya dengan sengihan sumbang. Dia tahu rakan-rakan sekelasnya hanya menunggu dia seorang kerana cuma satu kerusi yang kosong di dalam kelas itu. Lagipun hari ini adalah kelas terakhir bagi semester ini dan mereka bakal menduduki kuiz 5, so secara tidak langsung, semua terpaksa datang awal termasuk Ran .
Sebelum dia melabuhkan punggung di kerusinya dia menghala ke arah Ani yang duduk di bahagian hadapan sebelah kiri.

"Nah, ang punya." Ran berkata sambil menghulur kalkulator 570 kepada Ani. Ani menyambut huluran Ran sambil tersengih-sengih. Dia pun ikut tersengih walau tak tahu asal usul sengihan tersebut. 'Sebab aku datang lambat kot.' Hehehehe.

Kalkulator Ani lah yang menjadi punca kelewatan Ran ke kelas Fizik. Sudah separuh perjalanan Ran ke kelasnya yang terletak di Blok E, baru dia perasan yang kalkulator Ani tertinggal di atas meja studi. Dengan perasaan terpaksa dia berpatah balik ke biliknya yang terletak di tingkat satu Mahallah Fatimah Az-Zahra.

Lain pula ceritanya di dalam kelas,,,
Sebelum Ran masuk...

"Ok,,semua dah cukup?" Soal Lady Morgana kepada pelajarnya.
"Beluuuum. Ran tak sampai lagi Lady". Balas salah seorang dari pelajarnya.
"Aik??? Mana Ran ? Tak pernah-pernah lewat ni. Last class plak dia lewat."
Sambung Lady Morgana lagi.
"Ntah la Lady,,,sakit kot," sambung satu suara yang lain.
Zass!!! Serentak dengan itu satu kepala di hadapan berpusing ke arah punca suara.
"Dia sakit apa?" Kepala itu mengeluarkan bunyi yang lebih kepada soalan.
"Eyh,, mana aku tau, tanya la dia sendiri." Sambut suara tadi. Mulutnya memuncung ke arah pintu kelas.
"Kenapa yerr,,, setiap kali saya cakap pasal Ran jer,, ada orang sibuk-sibuk nak ambil tau,,,,ada pape yang saya tak tau ke?" Lady Morgana bertanya sambil tersenyum.

Satu kelas mula kecoh dengan suara-suara yang bagai lalat menghurung makanan dan ketawa-ketawa nakal anak remaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience