Busuk. Hanyir. Dan macam-macam lagi perkataan yang sewaktu dengannya memaksa kelopak matanya dibuka. Pedih. Seperti berhari lamanya dia tidak bangun. Tidak bangun? Serentak mata bulatnya terbuka luas. Cuba memproses ingatan apa yang berlaku sebaik kakinya jejak sahaja di KLIA.
Pandangan yang berbalam mula menunjukkan realiti. Jelas lagi nyata. Liur ditelan terasa kesat sehingga dahinya berkerut kerana tekaknya berasa perit. Pucat wajahnya melihat lelaki tua itu duduk di depannya. Duduk di kerusi dimana kepala kerusi itu diletak di depan.
Alias tunduk. Walaupun sedar dia juga berada di kerusi dengan tangan yag diikat di lengan kerusi kiri kanan tetapi yang paling penting pakaiannya masih bersarung! Nafas lega ditarik dalam-dalam.
Diperhatikan sekeliling. Dia bukan lagi berada di dalam kereta. Tapi seperti sebuah gudang yang dah lama ditinggalkan. Terdapat sebahagian dinding dan lantai bercampur marmar dan papan yang permukaannya tidak rata. Dan separuh dinding disebelah kanan pula semuanya kaca jernih yang dia yakin boleh nampak bahagian luar , tetapi tidak di dalam!
Namun mata Alisa meliar mencari sesuatu. Dalam keadaan dirinya yang masih selamat, mana mungkin dia mahu berdiam diri.
“Cari apa? Cari jalan nak keluar?”
Gulp. Mana dia tahu? Alias merenung wajah tua itu dengan penuh benci dan…takut! Asyik lelaki itu melambung kacang di atas sebelum masuk ke mulutnya.
“Ya..uncle…cari jalan keluar,cari pintu untuk saya pergi dari sini! Hantar saya balik sekarang!!!”Suara yang perlahan terus meninggi.
Terkejut dengan jeritan nyaring Alisa barangkali,lelaki itu menggosok telinganya beberapa kali.
Alisa masih tidak dapat raut wajah itu dengan jelas memandangkan hari yang sudah gelap. Hanya pancaran dari nyalaan unggun api terbias di wajah itu.
“Hantar balik ke rumah atau ke Cameron Highland?”
Alisa mendengus kasar. “Saya..cuma nak balik…saya nak jumpa papa dan mama saya. Tolonglah…hantar saya balik..saya tak tahu apa yang uncle nak dari saya. Tak ada apa yang uncle dapat kalau culik saya atau jadikan saya tebusan. Saya bukan anak Datuk,Tan Sri,Datuk Bandar,VVIP dan sebagainya. Saya cuma anak orang biasa. Uncle ambil je semua barang-barang saya tapi tolonglah…hantar saya balik. Saya janji saya takkan report polis…”
Alisa janji bersungguh-sungguh dengan wajah yang meyakinkan. Suaranya sudah dihambat rasa sebak. Risau dengan hari yang bertukar ke malam. Walhal dia sepatutnya menghirup udara segar di Cameron. Bukan menghidu asap unggun api,dan menyaksikan seorang warga emas sedang mengunyah kacang di depannya!
Lagipula,rumah yang Alisa bakal menginap nanti dijaga oleh Puan Dian, yang merupakan kenalan keluarganya. Di dalam hati dia berdoa agar wanita itu memberitahu kepada Tuan Bahar tentang kehilangannya.
Kacang yang dilambung tidak jadi disua ke mulut. Ditangkap dan dibaling ke unggun api. Alisa mengucap laju. Adakah dia akan dirompak selepas ini dan dibunuh? Atau dibakar hidup-hidup?
“Kenapa? Takut aku campak kau ke api dan bakar kau hidup-hidup?”
Ah sudah! Lelaki ini memang ada telepati agaknya, seakan-akan tahu apa yang berada di fikirannya.
“Kalau dah namanya penjenayah…dia sanggup buat apa-apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak.”Alisa merenung lagi wajah itu. Berkedut seribu sehingga Alisa naik hairan pula . Kulit di wajah itu seakan-akan bukan kulit yang sebenar. Tapi takkan dia pakai topeng pulak? Mustahil!
“Aku bukan perompak…apalagi penjenayah.”
“Hei Uncle ! Budak kecil lima tahun pun tahu lah menculik tu apa!”
“Tak padan dengan tudung di kepala, baju yang menutup seluruh badan tapi mulut lancang berkata-kata macam peluru berpandu. Kau dulu masuk pertandingan debat ke??”
Alisa tersentap. Memproses kembali kata-kata yang keluar dari penjenayah itu.
“Aurat saya tidak menjadi penghalang untuk saya berdepan dengan penjenayah macam pakcik ni. Nak dibandingkan dengan saya…pakcik sepatutnya berada di rumah,mendekatkan diri pada Tuhan dan bukannya mendekatkan diri dengan jenayah! Sia-siakan masa tua di lokap….”
Lelaki tua itu ketawa. Itu membuatkan Alisa makin cuak. Bimbang mulutnya yang laju melontarkan bom atom bakal dibalas dengan nuclear oleh ‘pakcik’ itu. Beginikan situasi berhadapan dengan penjenayah? Mengambil masa yang lama untuk bertindak?
Selama ini Alisa melihat berita,surat khabar dan artikel menceritakan detik-detik terakhir yang di lalui oleh mangsa. Terutamanya di negara Barat. Perilaku mereka lebih kejam dan ekstrem. Mangsa seperti tidak dianggap seperti manusia lagi sebaliknya haiwan. Tidak diberikan peluang hatta bercakap walau sepatah perkataan sekalipun sebaliknya dibunuh dengan kejam. Dan ahli keluarga akan menyambut mayat mereka dengan penuh sayu dan pilu. Tidak sanggup melihat mayat insan yang tersayang berada dalam keadaan tidak sempurna. Begitu juga dia. Alisa tidak sanggup membiarkan jenazahnya tidak sempurna. Biarlah dia dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan agar sempurna untuk bertemu dengan DIA.
“Saya nak solat”
Ketawa orang tua itu terus mati. Dia berdehem sebelum bangun meninggalkan Alisa.
Bomm!!!
Hampir saja Alisa melompat keluar dari ikatan di kerusi ini. Kalau dia ada sakit jantung,harus dia mengucap dulu sebelum melatah! Alisa mahu saja menjerit bila luggage di campak satu persatu di depannya. Dan sehingga luggage terakhir berwarna purple,habis terbuka. Bagai nak histeria dibuatnya apabila yang terpampang percuma adalah pakaian dalamnya! Merah wajah. Semuanya merah,malu! Alisa menunduk. Tertunduk sehingga mencium kepala lutut.
“Benda macam ni je satu beg?!”
Argh, sungguh malunya! Perlahan-lahan dia mendongak,mengetap bibir. Mujur sudah ditutup kembali. Alisa menoleh ke sebelah,malas mahu memandang wajah itu. Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan beg baldu sederhana besar di riba Alisa. Kelengkapan untuk solat.
“Saya tak tahu macam mana saya boleh ambil wuduk kalau tangan saya terikat macam ni”Ujar Alisa dingin.
Takkan itu pun dia perlu beritahu? Kalau ya pun tiada air,dia boleh bertayamum tetapi bagaimana dengan tangannya yang masih terikat??
Langkah lelaki itu mati. Dia berpaling menghampiri Alisa. Pisau Rambo dikeluarkan dari jaket. Alisa terpempan. Terkedu melihat pancaran yang menyilaukan pandangan mata. Kilat dan tajam! Melihatkan gigi-gigi yang tajam itu Alisa sudah membayangkan tubuhnya mungkin akan dikerat-kerat tanpa belas kasihan.
Ya Allah,sungguh aku tak rela. Aku mesti cari jalan untuk lepaskan diri. Ya,perlu!
Belum sempat Alisa membuka mulut,sedar-sedar saja ikatan talinya diputuskan. Sekali lagi liur diteguk kelat. Lajunya Rambo itu bertindak sehingga dia langsung tak perasan.
“Terima kasih”Alisa mengusap tangannya. Sakit. Perit. Habis merah pergelangan tangannya.
“Dah cepat bangun! Terhegeh-hegeh macam nenek!!!”
Hati Alisa mendongkol geram mendengarnya. Apa? nenek? Kau tu yang tua tak sedar diri!
Alisa lihat ini peluang terbaik untuk dia melarikan diri. Biarlah dia masuk ke hutan belukar,semak samun sekalipun asalkan tidak bersama penjenayah. Memang sah nyawanya melayang.
Melihat ‘pakcik’ itu sibuk membelek Rambonya,Alisa melayangkan satu sepakan padu di lututnya. Padu? Sedikit pun tidak bergerak! Beg uncang dicampak ke muka tua itu sebelum dia membuka langkah seribu.
Alisa tahu dia tidak jumpa jalan keluar tapi dia tahu nak ‘buka’ jalan keluar. Pecahkan cermin! Ya,itu saja jalan yang dia nampak buat masa ini. Alisa yakin dinding kaca gudang ini pasti sudah retak menanti belah. Sekali rempuhan saja,dia akan bebas! Biarlah dia cedera tertelan serpihan kaca pun. pokok pangkalnya dia mahu lari. Dan mujur jaket labuh dan jean yang dipakainya tebal. Protection barangkali…
“Hati-hati…!!!”
Laungan itu membuat Alisa menoleh sekilas. Hati-hati???
Sah, Orang tua gila!
Dengan penuh tekad dan azam yang tinggi,Alisa melompat tinggi untuk melakukan terjunan keras ke pintu dan……dahinya mencium permukaan kaca jernih. Sebagai balasan,tubuhnya tertolak ke belakang. Tidak peduli bagaimana sakitnya belakang badan atau buruknya dia jatuh terlentang kerana apa yang pasti akan ada benjolan yang bertingkat-tingkat di dahinya! Dan sekali lagi, matanya terpejam rapat.
Hampir 10 minit Alisa berdiri tegak di depan pintu bilik air gudang ini yang berada di hujung. Bilik air? Memang tiada rupa sebenar bilik air pun tetapi bilik mayat yang terbengkalai lama! Lantai yang kotor,hitam,jamban yang sudah tertanggal atasnya dan paip yang tiada kepalanya. Bukan itu saja, pokok dan daun yang melingkar turut memenuhi dinding sebagai ‘hiasan’
.
“Ini bilik air ke bilik mayat…”Rungut Alisa perlahan tapi dia tahu pakcik dibelakangnya dengar. Geram dengannya,rantai besi yang dicangkuk pada tali pinggangnya ditarik kasar. Hampir saja Alisa terlentang buat kali kedua.
“Kau ni banyak songeh betul! Ini nasib ada bilik air. Cuba kalau tak ada? Memang aku heret kau ke sungai luar tu! Buang semua dekat situ. Nak??!”Tinggi suara lelaki itu,berang.
“Maaf ya pakcik. Bukan niat saya nak bercakap kasar tapi pakcik ni memang buta agaknya. Cuba pakcik tengok sekeliling bilik air ni. Kot ya pun teruk,kotor…sekurang-kurangnya ada air. Ni setitik air pun tak ada keluar! Hei,di Munich tak payah pakai air pun takpa. Tapi sekurang-kurangnya ada tisu!”
Lelaki itu merengus geram. Terus rantai ditarik kuat,mengheret Alisa keluar. dia dibawa ke bahagian dinding kayu yang bertirai. Alisa mengecilkan anak mata. Oh,ni rupa-rupanya jalan keluar. Imiginasinya terpadam saat melihat suasana yang gelap gelita tapi masih dapat melihat dengan bantuan cahaya bulan dan lampu picit pakcik itu. Alisa tidak tahu dia dibawa ke mana kerana dia hanya nampak pokok-pokok yang pelbagai ketinggian di sekelilingnya dan juga sungai.
Sungai? Ada sungai disini???! Dimana aku dibawa sebenarnya…
“Aku bagi kau lima minit je. Aku tahu dalam masa lima minit tu macam-macam rancangan kau ada dalam kepala kau nak lari,aku tak kisah. Harap kau tak kisah jugakalau nak jadi ikan flowerhorn lagi sekali…”Sindiran kuat menyakitkan hati Alisa. Dia mennyumpah dalam hati bila selamba saja rantai besi yang besar itu diikat dipokok besar. Lagi buat dia menyirap adalah,di lock dengan mangga! Dan flowerhorn?? Ikan yang benjol kepalanya tu? pakcik tua ni memang dah melampau!
Ya, Alisa tahu kenapa pakcik tua ini menggelarnya Flowerhorn. Sebab dahinya yang benjol! Walaupun Alisa tidak nampak, tapi dari ekor matanya, dia tahu dahinya tidak rata seperti orang normal!
Alisa mahu membalas tetapi tubuh itu berjalan laju jauh darinya,menyusuri tebing rendah…begitu hampir tebing ini dengan air sungai. Alisa duduk mencangkung. Dikerling sekilas,memastikan lelaki itu tidak Nampak auratnya. Entah ke mana menghilang Alisa malas fikir. tetapi ada ke penjenayah macam tu? tinggalkan mangsa sendirian padahal jika nak buang air kecil pun sanggup tunggu nak lihat!
Pin tudung dibuka dan ditanggalkan. Lengan jaket panjang disingsing begitu juga seluar. Dengan lafaz bismillah,dia menyentuh air sungai itu,mengambil wuduk. Rasa syukur dan lega bertamu. Sekurang-kurangnya Allah masih memberinya ruang untuk beribadah. Mana tahu ada keajaiban yang berlaku.
Dia dilepaskan….Ya Allah…bantulah hambaMU ini. Berikanlah diriku perlindungan dari anasir jahat dan iblis yang berada disekelilingku ini. Payungilah aku dibawah perlindungan dan kesejahteraanMU. Air matanya jatuh berlinangan…..
?
“Kiblat…”
Tidak sempat Alisa bertanya, pakcik itu meluruskan jarinya ke satu arah. Alisa menoleh sekilas sebelum memandang atas, kot-kot ada tanda yang kebiasaannya ada tetapi gedung seperti ini juga bukan dia tahu membuat perniagaan apa.
“Kalau kau ada niat nak buat ‘lawatan’ ke Gudang atau nak jadikan aku ‘tour guide’ kau, maaf aku tak berminat!”
Alisa mencebik,mulut terjuih mengomel. “Perasan! Orang tahulah!”
“Kau cakap apa tadi?”
‘Oh dia dengar?’
Tidak mahu melengahkan masa, Alisa terus menyarung telekong dan menunaikan solat. Air matanya mengalir laju saat berdoa kepada Allah agar terus memberikannya perlindungan dan memberikan dia petunjuk untuk keluar dari sini dengan selamat. Dia masih selamat selamat selepas beberapa jam penculikan berlaku, jadi dia masih ada harapan, bukan?
“Saya nak balik.”Garang suara Alisa sebaik lelaki itu meletakkan bungkusan makanan di meja panjang yang berkayu. Seperti biasa tempatnya sudah tentulah di kerusi ‘antik’ berkayu ini. Tapi dia lega kerana tangannya tidak lagi diikat sebaliknya digantikan dengan rantai besi yang berat seolah-olah dia haiwan yang mahu dijadikan bahan eksperimen!
“Lepas tu?”Lelaki itu bersandar mendepakan tangan di kerusi panjang yang diletakkan kusyen yang lusuh.
“Tidur, lepas tu hantar saya balik dan saya takkan report polis!”
Senyuman sindiran terukir. “Kau belajar di LMU Munich,German. Habiskan masa dekat empat tahun dalam Business of Administration. Hebat ! Hebat untuk orang yang muda macam kau. ambil pengalaman di negara orang tapi sayang…bodoh!”
Bulat mata Alisa mendengarnya. Perkataan bodoh itu memang menyakitkan hati tetapi dia lebih terkejut bila lelaki itu tahu mengenainya.
“Mana awak tahu pasal saya?! Awak ni siapa sebenarnya??”
Terpejam mata tajam itu. barangkali tidak sanggup mendengar jeritan nyaring dan sumbang Alisa itu.
“Lagi sekali kau jerit,aku tak teragak-agak guna Rambo ni kerat lidah kau! Dah makan cepat!”
Nasi putih bersama lauk campur dan ayam goreng dijeling Alisa dengan ekor mata.
“Makanan kampung!”
“Kenapa? Kalau masuk perut kau boleh mati ?”
“Memang pun! Sorry to say tapi saya tak makan makanan yang boleh buat kolestrol saya tinggi. Dan saya percaya,pakcik dah letak something kat dalam makanan tu. Macam yang pakcik cakap tadi, ya memang saya bodoh walau belajar di oversea tapi saya tak bodoh dalam menilai penjenayah !”
Terkumat kamit mulut tua itu ingin membalas. Alisa tahu pasti orang tua itu bengang tapi dia perlu melakukan provokasi. Hampir tujuh jam diculik,tiada tanda-tanda yang dia akan dipukul atau dibelasah sehingga mati,diseksa kemudian dibunuh dan…..satu perkataan yang Alisa tidak mampu mengungkapkan. Jika itu,dia rela dibunuh!
Lelaki itu bangun dan masuk ke satu bilik kecil dibelakangnya. Kemudian keluar dan membawa beberapa kotak sederhana besar. Dilipat satu persatu dan dibentangkan berhampiran Alisa.
Pap! Tepat kena muka Alisa. Cepat-cepat Alisa menarik sambil menjerit kecil. Bengang! Sudah lah berbau hapak.
“Langsir???”
“Bengap!”Hanya itu yang dibalas lelaki itu. selamba saja dia berbaring di sofa yang terkoyak sana sini sehingga menampakkan isi di dalam.
Amboi orang tua ni sedap aje dia tidur. Paling teruk pun dia ada kusyen,beralas. Tapi aku,mangsa dia? Beralaskan lipatan kotak? Alisa terasa mahu menangis. Sudahlah dia diculik,dibiar tak mandi dan ini yang dia dapat? benjolan dan tempat tidur kelas terakhir!
Alisa memanjangkan leher. Mahu memastikan lelaki itu sudah tidur. Nyenyak bersama dengkuran. Alisa sedar dia tidak akan boleh lari jika rantai dipinggangnya diikat di tiang bulat tapi dia perlu mencuba. Mencari kunci,pin,dan besi kecil atau apa-apa saja. Mangga itu perlu dibuka.
Alisa cuba bertenang. Nafas ditarik. Dia tidak harusnya gabra kerana jika dia kelam kabut,semuanya tidak akan berjalan dengan lancar. Alisa bangun perlahan-lahan sambil memegang rantai agar tidak mencecah lantai. Dia mendekati dengan kaki yang terjingkit-jingkit tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi.. Debaran di dada makin kuat memalu. Agaknya inilah perasaan seorang mangsa culik yang cuba melepaskan diri dari penculik! Jyawa benar-benar dihujung tanduk!
Lagi semeter saja Alisa hampir,dia kaku. Kaget. Lelaki itu tidak tidur! Elok dan selamba saja dia mengangkat tinggi segugus anak kunci. Segugus okay! Maknanya berpuluh-puluh dia perlu mencuba untuk membuka manga tersebut!
“Ada lebih 30 kunci kat sini tapi cuma ada satu je kunci yang kau cari. Aku bagi kau 10 saat kalau kau boleh cari”
Dicampak gugusan kunci itu tepat di tangan Alisa. Sedikit pun dia tidak berganjak. Selamba saja dia berbaring menongkat kepala.
Disebabkan terdesak,terus Alisa mencuba. Baru kunci pertama dia cuba,lelaki itu menepis tangannya.
“Time’s up!”
“Hei,pakcik! Belum 10 saat pun lagi!”
“Pengajaran pertama untuk budak terpelajar dari Munich macam kau ni, jangan cuba nak memperbodohkan diri sendiri” Walaupun samar,Alisa tahu senyuman mengejek terukir dibibir tua itu.
Dengan geram,dia merebahkan tubuhnya dengan kasar ke ‘tilam empuk’nya. Dia tahu dia takkan boleh tidur tetapi dia harus cuba. Alisa tahu jika esok dia celikkan mata,semuanya akan kembali ke sedia kala. Dia pasti sedang berada di Cameron Highland! Kelopak matanya mula memberat…di dalam hati dan fikirannya, tidak putus-putus dia berdoa mengharapkan semua ini mimpi dan tidak lebih dari itu.
Alisa membuka matanya untuk kesekian kalinya. Kalau sebelum ini, dia mengerdipkan mata beberapa kali kerana mengharapkan kesemua ini mimpi tetapi tidak kali ini kerana matanya terbuka luas. Tubuh yang terasa lesu terus segar. Dia bangkit dengan mata tidak berkelip melihat pemandangan indah yang menakjubkan di depan mata.
Siapa yang tidak terpukau bila bangun-bangun saja, dapat melihat pemandangan hijau diluar tingkap.
“What a view”
Tingkap dibuka seluas-luasnya. Angin pagi terus menderu masuk, membuatkan tudungnya berkibaran. Alisa memejam mata,menghayati. Semasa diluar negara, bukan dia tidak pernah melihat pemandangan dan suasana yang jauh lebih cantik daripada tanah air sendiri tapi terlalu lama disana, sudah tentu hatinya tetap rindu.
“Lisa sepatutnya pulang ke rumah dulu”
Alisa tersentak lantas menoleh. Suara Tuan Bahar! Namun papanya tiada!
“Wah, bukan main senyum lebar kau ya. Dah sampai syurga ? Sini, neraka panggil singgah dulu!”
Air yang menitik di muka menganggu lena. Makin dikesat makin banyak pula air yang jatuh menitik. Baru kelopak matanya dibuka…
Buusshh!!!
Alisa menjerit. Ditepis segala air. Ah,ditepis macam mana sekalipun dah namanya air tetap saja air! Wajah diraup dengan kasar. Habis seluruh tubuhnya basah seperti sedang menyelam. Awning tudungnya juga sudah penyek. Sejuk.
Tiada lagi ‘percutian’ dalam mimpinya tadi. Ladang teh, strawberry, gunung ganang yang menghijau hilang dalam sekelip mata dan digantikan dengan kembali dengan Gudang usang ini!
Cahaya matahari sudah menampakkan wajah tetapi angin disini begitu sejuk seperti mereka berada di puncak gunung. Tubuh dipeluk kejap.
“Tidur mati!”Lelaki itu menghempas baldi ke lantai. Menyinga wajahnya memandang Alisa. Tidak tahu mengapa dia terpaksa berdepan dengan gadis sedegil ini. Raut wajah lembut tetapi mulut berbisa.
“Kalau diberi pilihan memang saya rela mati dalam tidur supaya esoknya saya tak terjaga untuk hadap muka pakcik! Macam mana saya nak tidur bila berdepan dengan penjenayah?!
“Hampir sehari saya jadi tebusan pakcik tapi pakcik langsung tak ada buat panggilan pada family saya untuk minta wang tebusan. Tapi tak guna pun kalau pakcik mintak sebab saya datang dari keluarga yang biasa. Dan sepatutnya pakcik rasa menyesal sebab pakcik telah menculik orang yang salah. Saya bukan anak Datuk ke Tan Sri atau anak orang kenamaan sampai search google pun boleh dicari.”Tegas Alisa dengan suara yang menggigil menahan sejuk.
“Siapa kata aku culik kau untuk duit?”
Alisa mendongak lagi. Saat itu mata mereka berlaga lama. Saling membalas debaran tanpa bicara. Spontan Alisa senyum mengejek.
Kenapa? Terpukau? Lelaki itu juga bagai tersedar sebelum mengusap belakang rambutnya yang nak tak nak je tumbuh.
“Dah tu yang ‘pandai’ sangat culik orang yang salah ni apa hal??!”
“Aku tak salah culik orang,Cik Maya Alisa Binti Bahar. Setiap inci pasal kau aku tahu”
“Kalau setakat tahu nama saya dan lantar belakang pendidikan baik tak payah. Dan please lah…tak payah nak berlagak macam penjenayah professional. Tak menjadi langsung!”Bidas Alisa pedas. Tidak dipeduli renungan tajam si penjenayah.
Alisa tidak nampak langsung dimana ‘pro’nya penjenayah didepan ini. Setakat penyembur asap pengsan itu? Dia sudah tahu! Tetapi jenama Playboy? Sangat tidak sesuai untuk orang tua! Manalah ada penjenayah berpofilik tinggi di Malaysia ini? Mustahil!
Tetapi…apa motif dia menculik aku kalau dia tak nak duit? Untuk apa? dan Alisa juga pelik. Kalau penjenayah lain, pasti saja dia sudah diapa-apakan dan dipukul akibat mulutnya yang pedas tetapi lelaki itu selamba dan tenang.
“Terlalu singkat untuk kau kenal aku”Ujarnya.
Alisa ketawa. “Tak perlu nak kenal, nak tahu…saya dah tahulah pakcik ni macam mana. Local criminals ! Buat jahat sekali, sooner or later,sumbat dalam jail. Jadi hot issue in paper. Good job!”Dia menepuk riang. Sengaja mahu membuat provokasi.
Tenang. Lelaki itu dilihat menarik nafas dan menggeliat. Turun naik dadanya yang bidang itu. Alisa membuang pandang. Tiba2 saja dadanya berdebar sakan. Haish,dah kenapa dengan aku ni?
“Aku tak pernah dan takkan kena tangkap. Cuba kau fikir,deeply…hampir 12 jam, dan tiada sesiapa call kau kan? Dan kau sendiri tak terfikir nak cari handphone. Kalau aku local criminal, kau pulak…mangsa tempatan. Tak kisahlah kau belajar luar negara pun, tetap juga kau cari nasi lemak kan!”
Merah terus wajah Alisa mendengarnya. Handphone? Cepat-cepat Alisa meraba poket seluar jeannya.
Ada ! Ya Allah,kenapa aku bodoh sangat ni? Kalau tak aku dah selamat dah keluar. Benar, tiada satu panggilan atau pesanan ringkas yang masuk. Dipandang skrin Iphonenya.
“Memanglah,takde line! Family saya fikir saya dah berada di Cameron Highland sekarang ni. Diorang akan pelik sebab saya langsung takde call. Bila risau,diaorang pasti akan telefon di tempat saya menginap! Hotel, ya hotel!. Haa,damn you so right!”Ibu jari dipetik bersama ilai tawa.
Senyuman yang maha sinis terukir di bibir merah lelaki itu. Baru waktu ini Alisa dapat melihat dengan jelas wajah yang berkedut itu. Bibir merah? Eii,yuckks! Banyak pakai lipstick ke apa?! Mesti mata tu juling sebelah. Sebab tu tiap masa pakai cermin mata! Haii..memang local criminals! Lagi satu, cuai sebab beri aku telefon! Sempat Alisa mengutuk.
“Aku tak sangka aku akan jumpa minah loko yang hidup di zaman logam…”
Mulut Alisa terlopong luas. “What? Minah loko? Sedapnya bahasa pakcik! Rumah kata pergi kubur kata mari! Sepatutnya umur macam pakcik ni banyakkan beribadah,buat kerja amal,bersedekah bukannya jadi penjenayah!”
“Itu lagi satu kenyataan yang kau kena terima,Cik Maya Alisa. Orang yang duduk zaman batu ada pemikiran yang kolot. Tak sangka aku boleh jumpa salah seorang masyarakat zaman batu pada abad 21 ni. Huh,local girl!”
Alisa sudah menyumpah dalam hati. Mana yang sempat je dia sebut,mahu saja dia sumpah ! Tak padan dengan tua. Baru mulutnya terbuka untuk membalas, ditahan kembali. Bimbang dia akan melontarkan peluru tidak henti-henti . Tidak tahu kenapa kerana dalam situasi ini,akalnya tergerak untuk menghormati si tua. Alisa sedar dalam situasi ini dia perlu bertenang tetapi adakalanya lelaki tua itu berani mencabarnya. Mulutnya…ya ampun,bisa!
“Okay…kalau betul saya ni gadis yang local, batu,logam,batu-bata and whatever…cuba bagitahu kenapa? Nanti boleh lah kita gelak puas-puas siapa kat sini yang betul-betul….’batu yang kuno’!”
Alisa mengetap bibir menahan geram bila melihat lelaki tua itu menahan ketawa.
“Ni abad ke 21,Cik Maya Alisa. Dulu orang pakai Nokia 33 sekupang,yang tak ada kamera,pakai ringtone,takde 3g ke 4g..sekarang,semua dah canggih. Tak perlu nak buat video call or skype yang macam Cik Maya Alisa suka buat tu.”
Dia tahu? Alisa cuak. Benar, hubungan yang jauh dari keluarga dan juga tempat memaksa dia sering berskype dengan keluarga dan rakan. Malah,jika dia pulang ke Malaysia juga sama. Sudah biasa. Adakah lelaki tua ni perhatikan aku selama ni??
Lelaki itu bangun tanpa sepatah kata. Dia mendekati luggage milik Alisa. Digoyang-goyangkan satu persatu dnegan kuat.
“Hei,pakcik! Luggage tu mahal okay!”
“Kalau mahal,takkan pecah, kan ?”Sindirnya lagi sebelum mengambil luggage sederhana kecil berwarna hitam. Alisa geram. Dia paling pantang hak peribadinya diceroboh. Apatah lagi dengan ‘warga asing’ seperti lelaki tua ini.
“It’s lock”Ujar Alisa sambil mengangkat kening. Ingat dia bodoh apa membiarkan luggagenya tanpa dikunci? Hanya dia yang tahu.
Tidak mengendah kata-kata Alisa, laju saja jari kasar lelaki itu memusing empat angka di luggage itu dan…terbuka.
Alisa pegun.
“Saya-seorang-saja-yang-tahu-…”Tekan Alisa sepatah-sepatah.
“Not anymore”Entah bagaimana dia tahu,mudah saja dia mencapai beg pack berwarna silver dan dikeluarkan. Macbook Alisa yang berwarna silver selamba dibuka di atas ribanya.
“Hmm..password?”Alisa sekadar diam. Kalau password laptopnya juga pakcik itu tahu,bermakna dia berdepan bukan dengan sebarang penjenayah!
Jari jemari kasar itu menaip sesuatu. Selang beberapa saat kemudian,bunyi tik tok dari laptop kedengaran. Alisa terasa ingin pengsan!
“Bertenang,Cik Maya Alisa. Benda kecik je.”
“Pakcik ni siapa sebenarnya? Hacker ???”
“Professional hacker…”
Alisa tergelak.
“Mustahil !”
“Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ni”
Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari jaketnya,disambung ke telefonnya…Telefon ? Agak pelik untuk Alisa memberi bayangan bagaimana rupa bentuk telefon bimbit yang dipakai lelaki itu. Disambungkan telefon itu dengan wayar yang kemudiannya dicucuk ke komputer riba Alisa.
“Nak tengok sesuatu? Aku harap kau suka.”Laptop itu dipusing menghadap Alisa yang duduk bersila di kerusi.
Satu rakaman. Seakan-akan satu slide gambar yang statik tapi sebenarnya bergerak setiap satu gambarnya seperti diambil secara live! Senang cerita, jika Alisa berdiri di situ, menunjukkan seolah-olah dia berada di tempat tersebut! Baru 10 saat rakaman itu bergerak,mulut Alisa sudah terlopong kuasa dua. Semuanya…gambar dia diambil berlatar belakangkan kawasan tanaman teh di Cameron Highland! Alisa pasti itu gambar yang diedit tetapi bagaimana….
“Surprise?”
Alisa masih terkejut. Tidak tahu untuk membalas.
“Dalam masa 5 minit,video ni akan dihantar pada family kau.”
“Superimposed. Semua orang tahu lah pakcik bila sesuatu gambar tu diedit”
Lelaki itu memetik ibu jarinya sebanyak tiga kali. “Ini video atau dengan kata lainnya rakaman. Edit tak edit tu lain cerita. Fine…kalau diaorang syak tetapi…”Papan kekunci ditekan laju. Sekelip mata sahaja satu slide gambar menunjukkan sebuah rumah colonial british yang berada hampir dengan tanaman teh di puncak bukit.
“Lagi satu kebenaran yang kau kena terima…kau bukan tidur di hotel ataupun homestay tapi ini rumah milik keluarga kau yang hampir 10 tahun takde sesiapa yang duduk. So, there is no need to check in or check out..right,Cik Maya Alisa?”
Mata Alisa terpejam-pejam menahan perasaan yang menggila ketika ini. Pelbagai perasaan bercampur menjadi satu. Takut,cuak,risau dan nak menangis pun ada!
Lelaki itu mahu menanggalkan spect hitamnya tetapi akhirnya dia membiarkan. Kelihatan teragak-agak barangkali.
“Apa yang pakcik nak sebenarnya?”
Tiada jawapan. Hanya renungan yang kosong diberikan.
Ya Allah…bantulah aku Ya Allah. Sungguh aku takut dengan siapa aku berdepan ketika ini…Alisa tidak putus-putus berdoa. Mengharapkan akan ada keajaiban yang berlaku. Tidak kisah lah apa pun asalkan rakaman tersebut tidak sampai pada papa dan mamanya.
“Lisa nak papa dengan mama tahu yang Lisa alhamdullillah sihat dan baik-baik saja dekat sini. Macam yang Lisa ada beritahu sebelum ni,Lisa terus bercuti di Cameron Highland sebelum bergerak pulang ke rumah. I love you and I miss you guys so much.”
Tangan kasarnya berulang kali memainkan rakaman tersebut bagi memastikan tiada ‘lubang’ yang menjadi punca kebocoran dalam rancangan yang sudah tersusun rapi dari mula lagi.
Nada suara itu jelas bergetar walaupun gadis itu bereaksi tenang. Terus tangannya laju mencari butang audio untuk dia mengubahnya. Tidak mahu gadis itu menunjukkan sebarang bahasa tubuh yang boleh menghantar isyarat yang boleh difahami oleh ahli keluarga sendiri. Sebarang gesture kecil, sudah tentu dapat ditangkap oleh mereka.
Nik Adam mahu membuat kerja yang tergendala sebentar tadi tapi entah mengapa matanya tegun memandang seraut wajah yang berada dalam skrin komputernya. Direnungnya. Lama.
Boleh baca sambil2 breakfast
Share this novel