BAB 1

Romance Completed 56817

Sebaik kakinya jejak di platform kapal terbang Boeing 777 Emirates di perkarangan Kuala Lumpar International Airport(KLIA),tangan didepakan sambil memejam mata.
“Hola Malaysia!”Teriaknya dalam nada yang terkawal. Terkawal? Suaranya melebihi dua oktaf,jadi tidak mustahil suaranya menggamit perhatian orang ramai sementelah dia orang pertama yang keluar daripada perut kapal terbang itu.
Tiba-tiba…
“Miss,cepat sikit jalan boleh tak? Orang ramai lagi kat atas tu nak turun…”
Opps!
Cepat-cepat tubuh dikalihkan ke tepi. Mahu saja ditarik jaket labuhnya ke atas agar menutup satu mukanya. Satu badan pun tak ada!

“Macam baru first time balik Malaysia!”

Kedengaran lagi suara itu yang mula tenggelam.
Alisa berdecit. Geram. “Yeah,you’re right!”Bidasnya sehingga jejaka itu berpaling dan berlalu pergi dengan bagasi. Orang ramai mula turun dari perut kapal terbang MAS itu membawa bagasi dan barang peribadi masing-masing.
Alisa membetulkan sedikit tudungnya yang disapa angin kuat yang tentunya dari kipas enjin itu. Sambil berjalan menghala ke balai ketiabaan dan mengambil bagasi,Ipone 5S berwarna biru dihidupkan kembali. Satu mesej tiba. Terhenti langkahnya.
“What? Hampir 4 tahun di Jerman,sekali setahun balik,papa dengan mama taknak ambik aku? Mesej dari papanya di baca kembali dan berulang kali.
Lisa,kami tak dapat ambil Lisa di airport dan hantar Lisa ke Fraser. But don’t worry,papa dah suruh orang ambil. Nanti ada someone pegang tag nama Lisa,and you’ll arrive safely okay? dah sampai Fraser,give me a call. Enjoy your holiday!”

Akhirnya,dia tergelak. Papa papa…miss you a lot! Bukan tidak biasa diambil orang luar kerana papanya pasti akan mengupah pemandu teksi terbaik untuk mengambilnya. Tapi kali ini lain. Kebiasaannya dia akan terus pulang ke rumah tapi semasa di Jerman,Alisa telah membuat keputussan untuk bercuti di Cameron Highlang sebelum pulang. Walau puas dibebel oleh papa dan mama,dia tetap bertegas!
Perlu! Alisa benar-benar memerlukan percutian ini. Nafas dihembus lega. Gembira akhirnya selepas 4 tahun mengerah tenaga dan keringat menyambung pengajian di peringkat ijazah di LMU Munich,Jerman dia pulang jua ke tanah air tercinta.

Pulang kembali ke pangkuan keluarga tersayang yang sedang menunggunya dirumah. Tapi buat masa sekarang, Cameron Highland menjadi destinasi pertamanya untuk beruciti sekaligus dia dapat menenangkan fikiran yang begitu kusut dan gelap gempita disebabkan sesuatu yang cuba dilupakan.
Setelah 4 beg bagasi yang pelbagai jenama seperti Swiss Polo dan Beverly Hills diletak di troli,Alisa menolak laju. Tidak sabar gamaknya mahu bercuti sebelum pulang.

Cameron, kau tunggu aku datang,ya! Jangan nak lari ke tempat lain pula!
Kelibat Alisa yang Nampak anggun dengan sepersalinan kemeja sejuk yang labuh dan selendang yang diselempang sana sini megikut trend,menyerikan lagi seraut wajah bujur miliknya yang putih.

Jaket labuhnya dibuka dan dilipat di tempat pemegang bagasi. Penangan ‘negeri barat’ barangkali! Apatah lagi dengan suasana empat musimnya itu.
Alisa menolak keluar troli ke pintu utama balai ketibaan,ramai manusiayang pastinya menunggu ahli keluarga,saudara dan sahabat yang pulang ke tanah air.
Alisa menjengah kepala mencari sepanduk yang tertulis namanya.
“Gotcha!”Alisa mendekati dan melambai-lambai tuan empunya badan yang memegang sepanduk itu. Pegang pun agak-agak lah. Takkan muka aku yang cun jelita ni dia malu nak tengok sampai tutup muka dengan sepanduk tu?

Teruk sangat ke muka dia ni?

Alisa berhenti betul-betul didepan orang tersebut. Dipandang lagi nama yang tertera disepanduk itu. Betul dah. Maya Alisa Binti Bahar.
Tangan dilambai tinggi. “Hello…I’m here. Standing in front of you”
Kelihatan sepanduk diturunkan separas mata. Sepasang mata yang di tutup dengan sepasang kaca mata hitam. Apa yang best sangat agaknya pakai cermin mata hitam sekadar style?

Hello,kalau nak bergaya sakan dengan cermin mata hitam tu,lebih indah dan seronok di oversea! Berjemur dan bersantai di pantai. Sempat Alisa mengutuk di dalam hati. First impression yang kurang menyenangkan untuk pemandu yang dihantar oleh Tuan Bahar.
“Cik Maya Alisa?”Ujarnya inginkan kepastian.

Alisa mula baran. Sudahlah dia jet leg sesudah berpuluh-puluh jam berada dalam perut flight,kini dia perlu menerangkan lebih terperinci tentang dirinya? Sampai esok cerita pun takkan habis!
“Tuan Bahar Bin Haji Rahman? I bet you know him, right ? So,should i introduced myself again? ”Soal Alisa riak.
Dia ingin memastikan ini pemandu teksi yang diupah papanya mengambilnya di airport dan pulang ke rumah dengan selamat. Alisa mula terasa hairan dengan pemandu ini tetapi dia buat tak layan.
Kali ini sepanduk terus diturunkan ke bawah. Alisa terus memandang ke tempat lain. Tidak sanggup melihat penampilan yang agak selekeh daripada lelaki itu. Dengan topi hitam,cermin mata hitam dan jambang yang meliar di sana sini yang semestinya juga berwarna hitam…cukup buat Alisa tak mampu untuk memandang buat kali kedua.
“Kenal.”
Sepatah saja lelaki tua itu menjawab. Alisa membiarkan beg trolinya sebelum selamba masuk ke perut Mercedes Benz berwarna putih. Beg tangan LV diselongkar,mencapai powder miliknya.
“Oh mak kau!”Alisa termelatah. Memang harusnya ‘ter’ apabila beg bagasinya dicampak ke bonet kereta seperti mahu terbalik kereta dibuatnya.
“Habis luggage aku! Dia ni kan…!”Alisa sudah berkira-kira mahu keluar, mahu menyembur lelaki separuh umur itu sebelum lelaki tua itu bergegas masuk ke tempat duduk pemandu. Pintu juga dihempas kuat sehingga Alisa terasa tercampak ke kiri bahagian kereta.
Alisa berdehem. “Uncle, tak boleh ke uncle campak…I mean,perlu ke campak? Luggage mahal tu! Kan boleh letak satu persatu dengan baik dan teratur kan?”Lembut suaranya.

Yalah,sudah tentu lelaki itu umar sebaya dengan ayahnya. Tapi Nampak tidak kemas dan tidak terurus. Memakai topi,jaket tebal sehingga kolar menutup dagu,jambang meliar sana sini dan..kurus! Tak buncit seperti Tuan Bahar selepas bersara. Alisa menahan tawa,terkutuk papanya pula!
Lelaki itu tidak menjawab. Sekadar memaling wajah ke sebelah tanpa sedikit pun menolehnya. Cermin pandang belakang pun langsung dia tidak pandang untuk melihat gadis dibelakangnya.
“Cameron Highland.”itu saja jawapannya.

Jawapan yang lansgung tiada kena mengena dengan rungutan Alisa. Pedal minyak ditekan.
Mulut Alisa sudah terkumat kamit mengutuk. Ini kali pertama dalam sejarah dia dilayan sebegini rupa. Dengan lelaki tua pulak tu. Pasti perjalanannya sangat membosankan!
‘Papa! What type of man you bring to pick me up? Menjengkelkan! Tempiknya lagi kerana geram.

Iphone miliknya disentuh dengan geram. Lebih baik dia melayan rakan-rakan di fac,Twitter dan Instagram! Nak beritahu satu dunia bahawa dia sudah pulang,jejakkan kaki ke tanah air.
Malaysia…I’m back!
Itu caption yang diletakkan, tidak sabar menunggu respon daripada kawan-kawannya.
Sedang asyik ralit melayan Twitter,bayangan dari sekeliling yang terpacar di skrin Iphone memaksa Alisa mendongak. Diperhatikan sekelilingnya. Memang setahun sekali dia pulang ke Malaysia tetapi dia masih tahu dan ingat selok belok jalan ke rumahnya. Tak kisahlah jalan alternatif ke,shortcut ke jalan tikus atau jalan mati dia masih tahu! Ka;au betul pun Shah Alam nak upgrade jalan,mengapa mesti jalan yang berlopak sana sini dan ditanam pokok besar yang entah apa-apa?
“Uncle…saya rasa ni bukan jalan menuju ke highway Pahang. Cameron Highland?”Alisa cuba bertenang walau dalam hati tempo degupan jantung sudah berterabur. Apa lagi sudah dua signboard menuju ke Pahang terlepas. Alisa yakin memang tiada laluan lain dari KLIA. Lagipun bukan dia tidak pernah ke sana.
Tiada jawapan. Alisa resah. Cemas. Walaupun sekarang masih tengahari tetapi penjahat menyerang tidak kira masa. Pelbagai kemungkinan sudah terbayang di ruang mata. Alisa cuba berlagak tenang sambil tangannya meraba poket kecil di beg tangannya. Kosong! Pasti penyembur lada berada di bagasinya yang diletakkan di belakangnya.
“Saya masih ada telefon di tangan. Selangkah Uncle cuba ke lain,saya tak teragak-agak nak telefon polis!”
Dan reaksi yang tidak terduga. Lelaki tua itu ketawa. Sinis. namun masih tidak bertemu mata dengan sepasang mata Alisa walaupun melalui cermin pandang belakang.
“Stop this car right now or I swear I’m gonna call the police right away!”
“Cuba perhatikan sekeliling. Apa yang awak Nampak,Cik Maya?”
Dan buat pertama kali,lelaki itu bercakap lebih dari tiga perkataan. Siap sebut namanya lagi!
Mendengarkan itu. Alisa terus memainkan jari nya di kanta sentuh Iphone.
“Maaf,anda berada di luar kawasan..Sila cuba sebentar lagi.”
Sama ayat itu keluar dari mulut ‘pakcik’ itu dan operator! Hati Alisa semakin panas dan cemas.
Air liur ditelan. Kesat. Payau. Semua rasa ada! Skala ketakutan sudah tahap yang tertinggi amat. Satu badan sudah sejuk. Gila tak sejuk jika pemandu teksi membawanya ke tempat lain? Mahunya apa? merompak? Membunuh? Atau…sungguh Alisa tidak sanggup menyebutnya. Dia baru saja pulang. Dan ini ‘hadiah; menyambut kepulangannya?
Nafas mula sesak. “Uncle please…saya baru balik dari Jerman dan tugas Uncle sepatutnya hantar saya ke Cameron Highland!”
Wajahnya dipaling ke kiri tetapi masih tidak memandang Alisa sehingga sukar Alisa melihat jelas muka tua itu. Walau tidak nampak berkedut,dia tahu lelaki itu tua! Warga emas!
“Apa yang kau ada sekarang?”
Alisa mengeluarkan dompet berjenama Prada dengan kelam kabut. Terlepas dari tangan. Dikutip kembali. Terketar-ketar semuanya. Alisa perasan orang tua itu seperti menahan ketawa. Dasar penjenayah!
“Duit,kad kredit, kad debit…semua yang ada dalam ni Uncle boleh ambil! Tapi tolong lepaskan saya!”Alisa mencampak dompetnya ke seat penumpang sebelah pemandu. Mengharap itu jalan terbaik untuk dia melepaskan diri. Segala bagasi yang penuh dengan pakaian, souvenior yang dibeli pun dia sanggup berikan kepada lelaki itu asalkan dirinaya tidak diapa-apakan!
“Aku tak nak.”
Bulat mata Alisa. Ya Allah…fikirannya sudah melayang jauh. Ditambah lagi kawasan yang mereka lalui makin gelap. Langsung tidak nampak apa-apa bangunan ,jalan raya apatah lagi manusia di sekelillingnya.
“Dalam purse saya tu ada..satu ribu. Cash..Ada lagi empat ribu dekat dalam luggage ”Beritahunya jujur dengan suara terketar-ketar.
Purse Alisa langsung tidak disentuh hatta tengok sekalipun.
Alisa mula menjerit dan cuba membuka pintu. Malangnya kesemuanya sudah dilock. Automatic! Dan lock utama berada didepan, di sisi pemandu. Diketuk dan dibuka pintu kiri dan kananynya termasuklah tingkap dan bumbung kereta. Biar pecah,retak sedikipun tidak apa asalkan dia berjaya dari penjenayah itu. Entah-entah lelaki itu bekas banduan, pembunuh!
“Let me go!!!” Jerit Alisa nyaring sambil menumbuk kerusi pemandu dibahagian kepala.
Alisa tahu pasti lelaki itu sedang menahan geram. Itu satu provokasi. Pasti lelaki tua itu akan berhenti dan keluar dari kereta. Dan itu peluangnya untuk dia cuba menyelamatkan diri. Selama ini, Alisa ada belajar cara menyelamatkan diri dalam kebakaran, banjir atau pun bila kereta dimasuki air tetapi cubaan menyelamatkan diri daripada penculik? Dalam situasi dia dalam perjalanan bercuti??
Namun lelaki itu kelihatan tenang, sikit tidak berkutik dengan searang provokasi daripada Alisa.
“Kalau aku jadi kau aku takkan terjerit terpekik nak minta tolong. Kau tak tengok sekeliling? Ada manusia? Tapi aku tak tahulah kalau segala beruk,monyet dan spesies lain nak datang tolong kau! Cuba lah kau jerit sekali, tengok dia orang menyahut ke tak?!”
Sarkastik! Berasap telinga Alisa mendengarnya. Kali ini Alisa menumbuk lagi kepala seat driver itu sehingga tertolak tubuh itu ke depan.
“Stop this car now!!!”
Malangnya jeritan Alisa hanya sia-sia. Biar dia cuba menumbuk bagaikan menumbuk punchin bag sekalipun,menghentak cermin kereta dengan beg tangannya yang hampir kosong, dia tidak mampu melepaskan diri. Esakan kecil mula kedengaran. Dia benar-benar takut. Tidak pernah dia berhadapan dengan situasi yang sama seperti babak dalam filem. Dan dia salah seorang pelakonnya!
Esakan Alisa mula perlahan tatkala lelaki itu menayangkan perfume lelaki berjenama Playboy. Erk…orang tua kerepot,penjenayah,pencuri pakai playboy???!
Tidak sempat untuk Alisa berkata,satu semburan yang mengeluarkan asap berwarna kelabu gelap tepat ke wajahnya dan memenuhi ruang kereta. Alisa mula terbatuk-batuk sehingga tekaknya berasa perit. Tidak mampu menghalang asap itu memasuki rongga hidungnya. Pandangannya berpinar sebelum dia rebah. Gelap gelita…

Awal - awal je dah kena culik. Hahaha… Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience