BAB 3

Romance Completed 56817

“Macam mana pakcik boleh tahu password saya??! Saya perlu tahu sebab itu peribadi dan privasi saya!”Lantang suara Alisa. Padanya itu sudah terlalu melampau. Jika sampai password gadjetnya dibongkar, entah-entah nombor akaun dan pin juga sudah diketahui!
Dengan wajah yang langsung tiada reaksi, lelaki itu bersandar bersilang kaki.

Alisa membuang pandang ke sebelah. Menyampah! Dah tua,ingat macho lah buat macam tu!
“Bila obsess pada sesuatu benda,jangan terlalu suka menunjuk sampai tarik perhatian orang sekeliling”
Dikalihkan kembali pandangannya pada si tua.

“Hak saya,sukahati saya lah. Seumur hidup saya takde sesiapa pun nak pertikaikan apa yang saya suka,apa yang saya benci…”
“Angka empat,empat,empat dan empat….”
Sebaris saja ayat itu dilontarkan dari lelaki itu. cukup membuat darah Alisa berderau sehingga ke otak. Pucat wajahnya. Terasa seperti dia disuntik dengan racun yang menghentikan jantungnya serta merta.
Lelaki itu menayangkan empat jarinya. “Empat yang pertama….”
‘Mewakili tarikh aku lahir…4 April 1994. Dan juga dilahirkan pada pukul 4 pagi…’Ujar Alisa dalam hati. Betul!
“Empat yang kedua….”
‘Merupakan nombor peribadi keluarganya. Papa dan mamanya amat meminati nombor empat kerana nombor empat merupakan titik permulaan jodoh mereka. Kedua-duanya juga punya empat adik beradik. Malah,nombor rumah,nombor telefon rumah dan telefon bimbit termasuklah nombor flat pasti ada nombor empat! Dan apa yang diterangkan,lelaki itu juga betul!
“Ketiga….”
‘Empat mewakili warna kegemarannya. Dia memang obsess dengan warna ungu dan biru. Biru juga kerana dia gemar menghabiskan masa di pantai. Ketika di Jerman juga,hampir setiap minggu dia akan bersiar-siar di pantai yang cantik berwarna biru yang jernih sehingga ke dasar.
“Dan empat juga nombor kegemaran saya!”

Kali ini Alisa menjawab terus. Cukup-cukuplah telinga menadah semua informasi tentang diselongkar satu persatu oleh lelaki itu. Bulu roma Alisa kembali menegak. Dia sedar di depannya bukannya calang-calang ‘manusia’.
“Belajar sesuatu Cik Maya Alisa?”
Panas berpijar wajah Alisa. “Daripada seorang penjenayah yang tua? Absolutely not and never!”
Ketawa kecil kedengaran. “Ya memang aku tua. Tapi tua yang penuh dengan ilmu.”
“Yes,penuh ilmu yang sesat!”
“Ilmu aku bernilai,Cik Maya Alisa…”
“Stop calling me Cik Maya Alisa!”Pintas Alisa separuh menjerit.
“Shh…”Selar lelaki itu bersama jari telunjuk di bibir.

“Terlalu awal untuk kau panggil segala binatang kat luar sana. Tapi takpe. Kalau ya pun diaorang tertarik nak masuk sini,mungkin sebab tertarik dengan bendol kat dahi kau”Sambil menahan ketawa,lelaki itu bangun meninggalkan Alisa.
“Benjol lah!”Desis Alisa geram sambil memegang dahinya, masih lagi benjolnya kelihatan. Hendak menatap cermin pun dia tak mampu nak lihat muka sendiri. Alisa merenung kembali apa yang berada didepan. Ralit dia menonton rakaman yang ‘dibuat-buat’.
Hebat ! Memang hebat bila mewujukan sesuatu yang tak dibuat. Siapa lelaki itu sebenarnya? Sepatutnya Alisa mencari motif mengapa dia diculik tetapi kini dia perlu mengetahu misteri penculiknya. Sungguh dia takut tetapi dia bersyukur kerana dalam masa hampir 24 jam,dia masih diberi peluang untuk menghirup udara PenciptaNYA.

Lelaki itu kembali sebelum mendekati Alisa yang termenung panjang. Melihatkan Alisa tidak perasan kelibatnya, dia terus menarik rantai besi itu dengan kasar sehingga Alisa yang berada di kerusi terganjak ke belakang.
“Hei,apa ni?!”
“Kau nak mandi ke tak? Aku tak kisah kalau kau taknak mandi. Nak sangat berkawan dengan segala beruk kat luar sana tu”
Alisa pantas merenung tajam. Wajahnya yang putih melepak itu terasa berpijar dan merah dek menahan bahang. Satu badannya sudah berpeluh. Terasa bajunya yang basah lecun tadi terus kering.
“Ya,pakcik…memang saya nak mandi…”Alisa melembutkan suaranya. “Tapi saya nak balik!!!”Jerkahnya sekuat hati. Bergema sekali lagi segenap ruang gudang ini dengan suara Alisa.
Terkejut barangkali,Lelaki itu berganjak ke belakang. Sepanjang dia melakukan tugas,tugas kali ini paling susah…hanya kerana seorang perempuan! Misi yang dianggap senang kerana targetnya seorang perempuan. Rupa-rupanya,lagi susah dari misinya yang lain!
“Okay…kalau tu yang kau nak, tunggu”
“Tunggu? Sampai bila? Sampai pakcik nak bunuh saya?! Kenapa pakcik tak bunuh je saya dan ambil semua apa yang saya ada. Untuk apa saya diculik,dikurung hampir sehari,hantar video yang menunjukkan saya sihat walafiat di Cameron…tapi takde motif!”
Lelaki itu terdiam. Kelihatan rahangnya bergerak menahan geram pastinya. Terus rantai ditarik,memaksa Alisa bergerak.

“Ambil baju yang kau nak pakai. 5 minit.”
Alisa memegang kejap pinggangnya. Pedih ! Dia tidak bergerak.
Ditarik lagi rantai itu sehingga Alisa terpaksa bergerak mendekati luggagenya. Sebagai tanda protes,dibuka luggage yang berwarna ungu dengan kasar. Pakaian simple diambil. Baju lengan panjang dan seluar jeans hitam. Senang dia mahu lari. kesempatan perlu diambil jika dia dibawa untuk mandi.

Alisa perhatikan sekelilingnya. Pagi yang sudah berganjak ke tengahari membuat dia dapat melihat dengan jelas. Malah,air sungai yang semalam dia mengambil wuduk juga begitu jernih.
Subahanalllah..cantik!

Terpegun dia melihat sungai yang panjang itu. sehingga ke mana dia tidak tahu. Apa yang membuatnya gerun adalah hutan yang sederhana tebal di kiri kanan. Namun kawasan hutan yang mereka lalui ini lapang ditengah-tengah kawasan. Kereta Mercedes putih yang dinaiki semalam dijeling sekilas. Hatinya terdetik sesuatu.
“10 minit”
Alisa terpaku. Hampir-hampir saja dia melanggar belakang tubuh yang tiba-tiba saja berhenti. Apa yang 10 minit?
Melihat Alisa tidak bergerak,lelaki itu memusingkan badan.
“10 minit”Ulangnya lagi.
“10 minit?”
Rengusan kasar kedengaran. Lelaki itu kemudian melangkah ke pokok besar dan seperti biasa,diikat dan dimangga. Dan ketika itu juga barulah Alisa perasan sesuatu yang terhalang dibalik tubuh lelaki itu.
Rantai yang ditarik membuat Alisa tersedar.

“Apa ni?”

“9 minit”
Melopong luas mulut Alisa. Terasa rahang belah bahangnya terjatuh. Terasa ingin pengsan! Tandas? Layakkah apa yang didepannya ini dipanggil tandas? Tidak berkelip kelopak mata melihat keuzuran tandas itu. boleh dikira lagi berapa atap zink yang digunakan. Ya,atap zink yang sudah berkarat. Atap sebagai lantai,penghadang kiri kanan dan juga zink sebagai penutup..cukup syarat! Ada kepala paip,baldi dan gayung. Pintunya? Daun pisang??? Sekali kena angin habis tercabut! Dan habis juga dia!
“9 minit 30 saat”
“Gila!”Pekik Alisa separuh menjerit pada lelaki itu yang enak bersandar dipokok besar itu,membelakanginya.
“Kalau angin kuat,roboh bilik air ni!”
“Jadi?”
“Saya nak mandi kat sungai”Putus Alisa sebal. Dia rela mandi di sungai bersama pakaian,biar basah semuanya.
“Jernih memang jernih. Tapi kau tahu apa yang ada didalam sungai tu?
“Saya tak kisah. Pokok pangkalnya saya rela daripada bilik air yang dah nak roboh ni. Bawa saya ke sana sekarang, cepat!”
Seperti menahan geram,lelaki itu menarik Alisa ke tebing sungai. Alisa sudah ketakutan. Bimbang dia dicampak begitu sahaja. Sangkaannya meleset bila dia diberhentikan betul-betul di tepi tebing,memerhatikan air sungai sederhana cetek yang jernih.
Lelaki itu mengambil sebatang kayu di celah-celah himpunan kayu terbuang yang sudah reput. Kemudian,ditekan-tekan ke dasar sungai yang berpasir.

Selang berapa saat kemudian,jantung Alisa seperti berhenti berdegup. Seriau melihat tanah itu bergerak-gerak dari dalam sebelum keluar ‘sesuatu’ yang tak terfikir olehnya. Spontan mata dipejam bila ular yang berwarna merah hitam itu dibongkar tempat persembunyiannya. Laju saja ‘berenang’ ke sana sini.
“Masih nak mandi ?”
Tiada balasan kerana Alisa masih tergamam. Bayangkan jika dia tetap mandi disitu dan dipatuk dengan ular yang berbisa itu? Dan sekali lagi Alisa diheret ke bilik air yang hampir roboh itu. Sungguh dia rasa terkejut. Lupa dimana dia berada . Dia bukan berada di taman reakrasi tetapi di hutan yang penuh dengan binatang liar. Jika sungai sejernih itu mempunyai binatang yang berbisa? Bagaimana pula dengan yang lain? Yang tidak terfikir oleh akal fikirannya? Sampai bila dia perlu berada disini dengan penjenayah misteri yang tidak tahu tahap mana bisanya?

Telefon bimbit yang sederhana besar berwarna hitam itu diletak di atas meja. Komputer riba yang bersaiz kecil dibuka. Berkelip-kelip menandakan ada satu mesej yang diterima. Disimpan dahulu. Ada yang lebih penting ketika ini. Dia perlu memastikan. Selama ini dia tidak pernah melakukan kesilapan walaupun kecil. Dia begitu teliti dalam memastikan tugasnya diselesaikan dengan sempurna kerana habuan yang diterima juga teramat sempurna. Berbaloi.
Satu fail dibuka. Terpampang gambar gadis yang bersamanya ketika ini dan juga maklumat mengenai gadis itu. Cukup maklumat asas yang diperlukan dan dia tidak silap. Misi yang diberikan juga dijelaskan dengan terperinci. Hujung pangkal tentang Alisa dia tahu.

Malah,segala aktiviti luar dan dalam Alisa juga dia tahu. Tidak perlu bersusah payah membuat smeuanya melalui teknologi.Melalui pemerhatian,semuanya sudah berada dalam tangannya dan Nik Adam yakin itu rutin harian gadis itu.Kini dia hanya menunggu briefing dan objectif dari kliennya.
Mesej yang diterima tadi dibaca. Selang beberapa saat kemudian, terpapar di skrin memberitahu bahawa 10 saat mesej ini akan musnah.
Dia bangun dan mendekati meja panjang yang penuh dengan pelbagai peralatan dan gadjet miliknya. Pakaian dibuka dengan hanya meninggalkan singlet. Melihatkan wajahnya di cermin,dia tergelak kecil. Tidak sanggup rasanya melihat wajah sendiri. Tangan dibawa ke leher. Hanya sekali sentapan,’wajah’ tua itu ditarik keluar. Tiada lagi wajah yang penuh dengan kulit berkedut dan juga rambut yang beruban. Rambo ditangan dicapai dan ditikam pada wajah priostik itu. Tidak sampai 1 minit, wajah yang berkedut itu berubah menjadi cecair.
Beg bimbit tebal dibuka. Laju sahaja tangannya mencapai ‘wajah baru’ untuk dipakai. Sesekali Rambo ditangan dimainkan pada sekeping gambar gadis yang berada dengannya. Misi yang senang…tapi target yang ‘sukar’. Pakaian yang dari semalam dipakai turut diganti. Gadjet berwarna hitam ditekan skrin sesentuh sebelum keluar pancaran cahaya seakan2 prototaip.. Hanya bahagian kepala yang dapat dilihat.
“Yes ? Anything ?”
“What kind of this ‘package’ Suzy?”
Suzy,gadis yang berambut blonde,bersama pelat Scotlandnya ketawa kecil.
“Are you sure you’re my right ‘partner’, sweetheart? I was surprised because you never ask a question when you get a ‘job’.”
“Yes but I have to!”
“Wooo,okay okay…calm down. Again,you make me surprise,dear. This is really not you! Tell me now, did you get everything done? Did the ‘package’ is in you hands right now? Safe”
“Of course. 100% !”Jawab Nik Adam sepatah walaupun dia mahu bertanya lebih dari itu.
“So, it’s done!”
“Till when I should keep the ann….”Dia terhenti sekejap,mengetap bibir dan bersuara kembali. Dengan tenang. “I mean, this ‘package’? And why I have to kept it for a very long time?”
Pancaran berwarna putih yang adakalanya kelam dan samar-samar itu menunjukkan Suzy sedang melihat sesuatu. “ Mr Shen should’ve been call you but unfortunately you have to wait his order.”
“Yeah,how lucky I am…”
Ketawa sinis kedengaran lagi. Menyakitkan juga tetapi dia sedar ini bukanlah dia yang sebenar. Hanya kerana misi yang diterima kali ini sangat mencabar,dia perlu sedar itu.
“Oh come on! This is not you! Your brief is so simple. The most simple ‘mission’ that you ever had. What makes you doubt about it?”
“Just tell me if there is another brief for me. I cant wait to finish this kind of crap!”Baru tangannya mahu menutup,kedengaran suara Suzy.
“Hold in a second…make sure the ‘packages’ is safe until the day’s coming”
Terus projector dimatikan kasar. Topi dan cermin mata dipakai dan keluar.
Nik Adam…ya,itu namanya.
?

“Damn it! Rantai berapa tan ni dia guna? Ingat aku ni kayu balak ke?!”
Alisa masih tidak berputus asa cuba menanggalkan rantai dari pinggangnya. Agak-agak lah dia hendak mandi pun perlu dirantai. Sebaik dia keluar setelah lengkap berpakaian,elok saja pakcik itu tiada,terus diambil peluang untuk melepaskan diri tapi hampir lima minit berlalu,langsung tiada tanda mangga itu akan terlerai. Segala batu,kayu,besi pun tak boleh jalan.
“Oh,pin. Yes,pin tudung!”Pin yang agak besar saiznya dibuka. Jarum yang panjang itu ditusuk ke lubang mangga yang besar. Dia pernah menonton adegan dalam filem seperti ini.
PRAK!!!
Dan jarumnya tercampak entah kemana. Alisa makin cuak,bimbang lelaki itu datang secara tiba-tiba dan melihat dia cuba melepaskan diri tapi sungguh dia tidak betah lagi dikurung sebegini lama. Akibat geram,Alisa menaikkan kakinya,ditekan kuat ke pokok besar itu sambil menarik kuat rantai itu agar terlerai. Walaupun agak bodoh tindakannya tetapi dia perlu mencuba. Perlu!
Satu suara berdehem kuat.
Alisa terkejut. Terlepas dan terjatuh. Adoi,punggung aku!
“Bangun!”
Alisa mendesis geram. Muak mahu melihat muka tua itu. Sengaja dia lambat bangun. Dia tersengih sinis bila derap kasut itu makin menghampirinya.?
“Auch!”Alisa terjerit kecil apabila rantai itu direntap sehingga dia terpaksa bangun. Macam nak putus pinggangnya! Alisa terus berpaling.
“Hei,pakcik! Sakitlah !”Rahangnya bagai jatuh kebawah. Tidak berkelip melihat susuk tubuh yang sama tetapi wajah yang berbeza. Tiada lagi wajah yang berkedut seribu. Tiada lagi rambut yang berwarna putih. Pakaiannya juga tidak lah seselekeh seperti kelmarin. Kali ini memakai jaket berwarna coklat yang dizip sehingga ke leher. Tapi bukan itu yang dia peduli. Yang buat Alisa terkelu adalah wajah yang berubah 100 peratus. Benar telahannya. Manusia didepannya bukan calang-calng manusia. Da mungkin juga bukan manusia! Tapi apa?!
Alisa tidak bagaimana mahu digambarkan. Patutlah pada awalnya dia perasan wajah tua itu berlainan dari yang asli tapi dia tidak pasti. Jarang penculik menggunakan kaedah prostetic. Mungkin agak tidak logic tapi zaman sekarang ini kecanggihan teknologi adakalanya melebihi paras akal manusia.
“Who are you?”

Terluah pertanyaan dari mulut Alisa. Alisa sedar wajah ‘baru’ itu bukan wajah sebenar lelaki itu. Okay,makin menarik! Dia bukan penjenayah yang tua,berkedut dan kerepot. Sekarang ni bertukar pada lelaki yang berwajah muda,segar,berambut hitam,dan berjambang nipis. Sempurna sebagai seorang ‘lelaki’. Tetapi betulkah dia lelaki? Kalau wajah pun dia boleh bersalin kulit,macam mana dengan yang lain?
Kali ini lelaki itu tidak menjawab. Mangga dileraikan dan Alisa diheret seperti biasa tetapi Alisa sengaja jalan lambat. Sungguh,dia benar-benar takut. Bagaimana dia boleh tidak takut jika dia berdepan dengan penjenayah yang saling bertukar wajah? Mungkin dia bukan sekadar penculik,tetapi….
“Jalan cepat sikit,lembap!”
“Kalau awak ada niat nak bunuh saya,untuk apa awak bertukar wajah? Pakai topeng segala?!
Lelaki itu tidak jadi langkah. Tabir yang diangkat tinggi dilepaskan dengan kasar. Dia berpusing menghadap gadis itu.
“Aku pantang berdepan dengan orang yang banyak mulut,lebih-lebih lagi perempuan! Kalau kau bukak mulut lagi,aku tak teragak-agak nak paku mulut kau!”
Alisa terdiam. Sudahnya dia hanya mengekor. Bau makanan yang kuat menusuk hidungnya membuatkan perutnya bergelora menahan lapar. Dari semalam dia tidak makan.
Pizza??! Bulat mata Alisa melihat sekotak pizza bersama air dan dessert. Pizza Chicken Super Supreme,Cappucino Ice Blended,Lasagna dan Caesar Salad cantik tersusun di meja. Entah bila masa lelaki itu keluar agaknya dia tidak tahu. Atau ada rakan subahatnya disini?
Alisa didudukkan kasar ke kerusi.
“Makan!”
“Memang tak lah!”
Rahang Nik Adam bergerak seperti menahan geram. “Aku bagi kau dua pilihan. Makan atau aku hantar mayat kau yang kaku ke rumah kau dalam keadaan yang ngeri. Kurus kering sehingga Nampak tulang,berbau....Kau nak macam tu??!”
Alisa menutup telinganya dengan kejap .serta merta apa yang digambarkan lelaki itu jelas di ruang matanya. Tidak,dia tidak sanggup mayatnya menjadi tatapan keluarga dalam keadaan yang menyayat hati. Kejam!
“Nak? Okay…”Nik mula menutup kembali kotak Pizza dan kemudian pantas ditegah dengan suara Alisa. Dahinya berkerut tanda tidak mengerti,
“Fine!”Perlahan suara Alisa. Tak bermaya kerana perutnya juga sudah berkeroncong.
Sekeping pizza yang dihulur tidak disambut.
“Saya nak pinggan. Saya tak suka makan macam tu je. Apalagi dari bekas tangan orang!”Alisa tarik muka.
Nik Adam yang sudah bertambah bengang menyumbat pizza ke mulutnya sendiri. Malas sudah dia mahu memaksa. Laju dia mengunyah sehingga Alisa tercebik geli.
Pengotor! Rakus gila makan seperti berminggu-minggu tidak makan.
“Eh,aku bagi kau makan dah cukup baik. So,jangan nak tayang perangai gedik kau! Dah,makan cepat!!”

Meja kayu yang penuh dengan santapan untuk Alisa itu ditendang sehingga bucunya menyentuh lutut Alisa. Terpejam mata Alisa menahan sakit. Tidak mahu mengalah, kaki kanannya dinaikkan dan menolak meja tersebut ke tengah. Dia menguntum senyuman manis.
“Bagi saya pinggan yang bersih,berkilat…dan juga sudu bersama garfu. Then,saya akan makan sampai kenyang. Awak nak saya mati kering? Taknak kan sebab saya tahu awak nak bunuh saya hidup-hidup.”
Dan Alisa menjerit kegembiraan dalam hati bila lelaki itu bangun sambil merengus geram. Lagi seronok apabila bangku kecil disepak sehingga terpelanting jauh. Terlampau geram dengan kerenah bukan-bukan Alisa.
Ini Maya Alisa. Berpantang ajal sebelum maut! Alisa sedar ini satu risiko tetapi dia perlu mencuba. Provokasi. Dia mahu lihat sejauh mana lelaki itu bertahan dengannya. Hampir 24 jam dia disini,masih tiada sebarang tanda yang dia akan dibunuh. Tiada tanda dia didera melainkan ugutan mengenai latar belakang dan keluarganya.

Alisa sedar dia berhadapan dengan penjenayah yang mungkin berprofil tinggi,suka menggunaka taktik mainan minda. Begitu juga dia. Jika dia berterusan bersikap seperti ini,dan dia masih lagi ‘selamat’ bermakna lelaki itu menunggu arahan dari seseorang. Tetapi,siapa dan apa motifnya? Seumur hidupnya dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Hal peribadi? Lagilah tiada!
Siapa sebenarnya lelaki yang berada dengannya sekarang ini? dia ditahan selama semalaman tanpa alami sebarang kecederaan. Dia diberi makan,diberi waktu untuk bersolat dan mandi tanpa gangguan. Alisa yakin lelaki itu tidak mencuri intai memandangnya,melihat auratnya. Siapa dia sebenarnya?

Nik Adam mengusap rambutnya yang tidak gatal. Mungkin saja panas hati dengan gadis yang keras kepala didepannya ini. Kalaulah lelaki, mahu saja dicekiknya tetapi dia tidak pernah berkasar dengan seorang wanita.
Mahu saja Nik Adam menghubungi Suzy lagi tapi kerana dia tidak mahu menunggu lagi arahan seterusnya. Jarang dia dapat arahan sebegini apatah lagi dengan pakej yang bernyawa seperti Alisa.
“Menyakitkan hati!”
“Sorry?”Suara Alisa bila Nik Adam berdiri tegak didepannya bersama pinggan bersih. Dia menguntum senyum sambil mencapai pinggan itu dari tangan lelaki itu.
“Ada dapur juga ya warehouse ni?” Ujar Alisa bila lelaki itu mendengus dan berlalu pergi. Dia ketawa kecil. Untuk menjatuhkan seseorang, paling senang menyerang melalui psikologi. Jika ini ,berterusan Alisa yakin dia boleh mencari jalan.
‘Kau kena kuat,Maya Alisa. Kau kena kuat’ !

Enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience