PROLOG

Romance Completed 56817

Langkah dibuka seluas-luasnya. Dia berlari seperti tidak cukup tanah. Jika orang yang tidak kuat berlari dan masuk ke kejohanan olahraga pun kalah, dia boleh menang jika dikejar dengan sesuatu yang ditakutinya.

“Apa yang Lisa paling takutkan?”

“Hantu. Hari tu Lisa ada dengar bunyi kerusi kena tarik dekat tingkat atas..Lisa pergi tapi tak ada orang pun. Lisa..Lisa takut!”

“Lisa…Lisa kena ingat sesuatu. Tiada apa yang Lisa perlu takutkan kecuali Allah. DIA sentiasa ada dengan kita. Begitu juga dengan makhlus halus tapi Lisa kena tahu tiada sesiapa pun dapat menandingi kekuatanNYA.”

“Habis tu…macam..macam mana kalau benda tu datang lagi? Apa Lisa nak buat,mama?’

Puan Darweena menarik anak perempuannya di atas riba. Memegang ubun-ubun Alisa sambil membacakan ayat Kursi. Sesekali tangannnya lembut mengesat air mata yang bergenang di mata bundar itu.

“Dah tak takut kan? Dah jom masuk tidur.”

“Okay Tapi mama janji tau nanti mama ajarkan Lisa baca yang tadi mama baca tu.”

Puan Darweena yang mengangkat Alisa dalam dukungannya ketawa kecil. Dikucup rambut anaknya penuh kasih.

“Mama…”

“Ya..sayang…”

“Kalau baca tu…boleh ke untuk orang jahat yang nak kacau kita?”

Ya, tidak berhenti mulut Alisa melafazkan beberapa kalimah suci dan juga ayat Kursi. Walaupun bila didengar balik, sudah berterabur segalanya namun Alisa yakin, Allah akan terus melindunginya.

Dia makin memperkemaskan langkah di darat yang bersemak di sana sini. Mujur juga dia sudah biasa dengan laluan ini tetapi dalam keadaan cemas seperti ini apatah lagi dia baru saja menyaksikan sesuatu yang tidak seharusnya dia lihat, akal fikirannya terus tidak dapat berfungsi seperti biasa.

Suasana sejuk sehinggakan hembusan nafasnya juga mengeluarkan wap tapi satu tubuhnya sudah lecun habis! Adrenalinnya sudah mencanak naik.

“Jangan tinggalkan jejak,Alisa.”Bisik suara hatinya menyebabkan Alisa bertindak melencongkan laluan ke hutan,bersembunyi di semak samun. Dia membongkok dan mendesis bila wajah dan bajunya tersangkut dengan segala ranting atau duri yang ada tapi dia tidak peduli. Dia perlu bersembunyi!

Alisa berbaring dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia pejam mata rapat,cuba menstabilkan pernafasan yang kuat tatkala mendengar beberapa derapan tapak kaki menghampiri. Jantung berdegup usah dikata ,seakan mahu meletup!

Jujur, Alisa tidak dapat mengawal air matanya daripada jatuh lagi kerana dia dapat merasakan..nyawanya akan melayang untuk beberapa saat lagi. Dalam keadaan berbaring melentang,degupanajntung yang laju seperti nak tercampak keluar dari tubuh, derapan kaki semakin menghampiri.

“She’s here. I can feel it!”

Allah! Tolonglah..lindungi aku!

Alisa mendongak memandang ke atas. Walaupun masih gelap, dan pandangannya terhalang dengan rimbunan daun dan semak samun tapi dia tetap mahu memandang ke langit. Dalam pada itu dan seperti dalam keadaan slow motion bila langit yang terlindung tadi semakin jelas di ruang mata tatkala terdapat jari jemari kasar yang menyelak segala daun-daun yang menjadi harapannya kini terbuka lua

Air mata Alisa kembali bertakung. Sedikit dia tidak membalas renungan tajam itu. Lelaki berambut blonde dengan sepasang matanya yang biru. Mata yang cantik tapi hatinya kejam, hitam! Bibir gelapnya tersenyum lebar sebelum mengeluarkan sesuatu yang dipegangnya daripada tadi.

Bang!!!

P/S : Assalamualaikum,hai…

Baca tajuk pon cringe kan? Haha…

Jujur,HZ tak meletakkan harapan tinggi bila nak upload 2nd karya ni sebab genre action ni maybe ada yang tak suka,ada yang suka or mungkin takde sesiapa yg baca hee and plus, ni cuma short story je tau.

Idea ni dtg pon agknya masa tu main-main je,dah puas main,terus perap bertahun-tahun dekat lappy.

Setiap bab agak pendek jd maybe HZ kena gabungkan or update 2 bab sekaligus tapi HZ beritahu awal-awal dulu,HZ akan update selang sehari sebab just a short storyline.

Bosan atau tak,HZ main update je sebab nak berkongsi karya pendek yang tak seberapa ni sebelum published another novel around FEB 2022…Thank you korang ^_^…

Hai,jumpa lagi kita! Haha…penculik hati cuma karya biasa,pendek,klise,cringe dan macam2 perisa lagi yang HZ buat sebelum HLA tak silap. Maaf, mungkin tak menepati cita rasa pembaca. Best ke tak,komen je eh. ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience