BAB 20

Romance Completed 14289

“Mummy, takkan nak balik dah. Tiga hari je mummy tinggal sini. Tinggal la lama sikit.”

Sengaja dia memujuk mummynya. Padahal kalu nak diikutkan hati dia, dia dah nak lompat bertepuk tangan bila nampak Along datang nak ambik mummy bawak balik.

Puan Khalida hanya menjeling anaknya disebelah. Pinggan bersabun yang terakhir dibilas dengan air.

“Mummy nak, kamu selesaikan masalah dengan Danial.”

Hampir dia jatuh rahang bila mendengar mummynya cakap seperti itu. Macam mana mummy tau kita orang ada masalah.

Puan Khalida menarik tangan anaknya supaya duduk di meja makan kecil di dapur.

“Mummy kenal sangat dengan anak mummy. Tak payah la nak buat muka macam tu.”

Puan Khalida menyambung bila perasan riak wajah tak percaya Syifa.

“Kamu dah kenal Danial dari tadika lagi. Mama dia pun kawan baik mummy. Kamu dah kenal sangat perangai Danial, Danial pun dah kenal sangat perangai kamu.”

Puan Khalida memandang anaknya yang sedang menunduk.

“Walau apa pun masalah kamu berdua, selesaikan dengan baik. Kamu berjanji akan selesaikan dengan baik?”

Puan Khalida meminta Syifa berjanji. Dia tahu, anaknya yang seorang ni kalau berjanji memang akan tepati, walaupun janji tu menyusahkan dirinya sendiri.

Kenapa mummy nak suruh janji pulak ni? Ish, kalau aku janji aku tak boleh langgar. Pantang aku langgar janji, tak amanah. Syifa memandang muka Puan Khalida yang penuh pengharapan.

“Ok, Syifa janji.”

Puan Khalida tersenyum mendengarnya.

“Syifa janji yang Syifa akan jawab dengan jujur bila Danial tanya apa-apa soalan?”

Howlah, howlah… apa mummy ni. Jawab jujur dengan Eki? Tu namanya nak bunuh diri. Kalau dia tanya soalan luar alam macam mana? Tak ke gaya nak menjahanamkan diri sendiri.

“Syifa, janji dengan mummy sayang.”

Sekali lagi Puan Khalida menunjukkan riak muka penuh pengharapan.

Hah, sudah. Ni yang aku lemah ni. Main panggil sayang-sayang pulak.

“Hmm… Syifa janji.”

Terasa berat mulut mahu menjawab.

“Mummy tahu, Danial dapat jaga kamu dengan baik. Percaya denagan dia.”

Puan Khalida senyum memandang Syifa yang muka dah masam.

“Mummy, jom. Dah nak dekat pukul 10 malam ni. Nanti lambat pulak sampai.”

Faiz melaung kuat dari ruang tamu.

“Jom mummy. Pergi depan. Along tu malam-malam pun nak jadi Tarzan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience