BAB 14

Romance Completed 14289

Sejak dua minggu lalu dia dah terasa macam pencuri dalam rumah sendiri. Asyik nak mengelak dari bertembung Danial. Nafas berat dilepas perlahan.

Entah nak lari sebab apa. Diri sendiri pun tak tahu. Serba salah. Dia bangun dari kerusi. Tangannya mengambil mug yang dah kosong ke sinki. Dibasuh perlahan dengan air. Kaki melangkah perlahan untuk keluar dari dapur sambil kepalanya menunduk ke bawah.

Buk!

Danial merenung Syifa yang sedang menunduk. Kepalanya bersentuhan dengan dada bidang miliknya. Danial mengangkat kening, pelik. Kenapa pulak Pijan ni. Jangan buat aku risau Pijan. Lemah jantung aku tau tak.

Mata Syifa dah membulat. Terasa mahu tercabut biji mata dari soket mata bila nampak kaki Danial di bawah. Kepala dah terasa semakin berat sehingga dah tak mampu nak diangkat. Dah macam ada orang gantung peti sejuk di leher. Otak dah siap bagi arahan supaya jangan berhenti bernafas. Dah gaya macam orang lemas.

“Pijan, kau tak apa-apa ke?”

Matanya masih tak beralih dari merenung Syifa yang menunduk.

Syifa tersentak apabila mendengar suara Danial.

“Ak…aku ok.”

Tergagap-gagap dia menjawab.

Kening Danial berkerut seribu. Kenapa gagap pulak Pijan ni. Nafas ditarik panjang sebelum dilepaskan.

“Kau ada masalah ke?”

“Tak… tak, aku takde masalah.”

Suaranya sengaja dibuat ceria walaupun kedengaran pelik di telinga sendiri.

“Aku…aku naik tidur dulu.”

Terus dia berundur setapak sebelum dia perlahan jalan ke depan melepasi Danial.

Tangan kanan Danial refleks menarik perlahan tangan kanan Syifa. Pergerakan Syifa terus terhenti. Jantung kedua-duanya dah macam nak meletup gara-gara tindakan spontan Danial.

“Kalau kau ada apa-apa nak cakap dengan aku, aku sentiasa ada untuk dengar.”

Mendatar tanpa perasaan Danial berkata walaupun jantung dah terasa macam nak melompat ke anak tekak.

Syifa hanya mengangguk sebelum menarik tangannya perlahan dari Danial.

“Good night.”

Mendatar juga suara Syifa kedengaran. Dia terus melangkah meninggalkan Danial seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience