BAB 24

Romance Completed 14289

Mata yang sengal digosok-gosok. Dia meletup-letupkan jari tangan yang lenguh. Esok hari Ahad. Hmm…Kak Fana, kenapa akak minta cuti seminggu. Apalah aku nak masak esok? Tomyam? Tapi, makan malam tadi pun dah makan tomyam. Laptop yang sudah mati ditutup. Kaki yang yang ingin melangkah terasa berat. Matanya jatuh pada Danial yang nyenyak tidur di atas pahanya.

Macam mana la dia boleh tidur sambil bertinggung macam ni. Tak lenguh ke? Dia memerhati pulak tangan Danial yang masih memeluknya. Eki, aku sayang kau Eki. Terima kasih sebab sayang aku. Bibirnya mengukir senyuman manis tanpa sedar.

Tangnnya diletak perlahan diatas kepala Danial. Dia membelai perlahan-lahan. Letih agaknya sampai boleh tertidur macam ni. Rasa kelakar pulak kita boleh make for this crazy love story together.

Dia teringat lagi kejadian dua minggu yang lepas. Kejadian sesi meluahkan cinta antara dia dan Danial. Esok tu, pagi-pagi buta pukul 5 pagi Danial dah angkut semua barang dia masuk bilik utama.

Sejak tu jugak, mereka berdua berkongsi bilik. Sejak tu jugak perangai Danial berubah. Kau, aku dah hilang. Yang ada sayang, Eki. Perangai mengada-ngada semakin menjadi-jadi. Bermanja tak bertempat.

Eki, tak sangkakan kita boleh jadi macam ni. Macam lawak je. Dia teringat perbualan antara dia dengan Danial. Masa tu mereka berdua baru form three.

“Pijan, kalau la suatu hari nanti aku terjatuh hati dekat kau, apa kau nak buat?”

Danial memandang Syifa yang sedang merenung langit yang gelap tanpa bintang.

“Buat bodo.”

Mendatar Syifa menjawab.

“Sampai ke hati kau?”

Sengaja Danial buat suara mengejek.

“Akukan playgirl. Setakat cinta monyet, aku dah expert dah.”

Matanya masih lagi fokus di dada langit.

“Eleh. Kau expert jenis cinta monyet je. Mana la tau suatu hari nanti kau cinta beruk dekat aku, memang aku bagi kau nangis tiap-tiap harilah.”

Danial berkata bangga. Matanya masih lagi tidak melepas wajah Syifa yang dah mencebik bibir mendengarnya.

Tangannya masih lagi membelai rambut Danial. Dia teringat lagi masa Danial nak berlepas ke Edinburgh.

“Ekiiiii…”

Air matanya mengalir laju. Orang sekeliling yqng memerhati dia buat tak kisah.

“Lorh, dah la jangan menangis. Aku nak pergi belajar di Edinburgh je pun, bukannya nak pergi berperang di Gaza.”

Danial hanya tersengih memerhati Syifa. Hatinya turut sedih nak berpisah dengan Syifa. Dari tadika mereka bersama, tak pernah berpisah walaupun sekolah tak sama.

“Dah la adik oi. Danial nak pergi belajar je pun. Yang beria-ria nangis tu kenapa.”

Haziq hanya menggeleng perlahan. Tengah-tengah Lapangan Terbang KLIA boleh buat drama pulak. Adik si Danial langsung tak nangis, dia pulak yang lebih.

“Dah la. Kalau kau rindu aku, kau peluk la Elmo yang aku bagi minggu lepas. Lagi pun nanti kau duduk London aku pergi la lawat kau masa summer.”

Separuh memujuk dia bersuara.

“Dah, dah. Kamu ni dah macam orang yang nak berpisah dengan buah hati je.”

Puan Khalida memeluk anak bongsunya.

“Nanti dia orang habis belajar, bagi je dia orang berdua ni kahwin.”

Suara Faiz, abang sulung Syifa yang pecah disambut dengan hilai ketawa keluarga Syifa dan Danial.

Syifa tersenyum seorang diri. Mungkin sebab tu mama pinang aku kot.

“Eki.”

Syifa menggoyang perlahan bahu Danial.

“Hmm.”

“Bangun la, kaki orang lenguh.”

Danial mengangkat kepala dari paha Syifa. Sejak bila dia terlena di paha Syifa pun dia tak ingat. Dia terduduk di lantai.

“Kenapa?”

“Kebas kaki la. Lama sangat bertinggung agaknya.”

Danial mengurut kakinya perlahan.

Syifa turun dari kerusi. Dia duduk disebelah kaki Danial yang mengunjur. Perlahan-lahan dia urut kaki Danial.

Danial tersenyum. Spontan dia peluk Syifa. Erat.

“Eki.”

Suara Syifa bergetar amaran.

“Uh, ok. Jom, tolong Eki bangun. Eki ngantuk la.”

Dia melepas Syifa dari pelukan sambil tersengih-sengih.

Doc sorang ni la, memang kerja bagi darah aku naik je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience