BAB 7

Romance Completed 14289

Ni memang lawak yang memang tak kelakar langsung. Tiga minggu lepas dia gelak sampai nak putus urat perut masa dengar cerita tunang Eki. Dan sekarang Eki tengah gelak dekat dia pasal tunang dia. Kurang adab, kurang ajar.

“Hahah… betul ke mama aku pinang kau? Hahaha…”

Suara Danial dihujung talian masih rancak ketawa.

Aku telefon dia sebab nak bagitau yang mama dia hantar rombongan meminang ke rumah aku. Susah kalau ada kawan macam ni. Dah terlebih normal ke dah hilang akal sampai tak sedar yang aku sekarang ni dah selamat jadi tunang dia. Syifa merenggus geram.

“Ok…ok…ehem!”

Danial memberhentikan ketawanya bila terdengar Syifa merenggus geram. Hari tu gelak dekat aku sangat, sekarang aku gelak dekat kau, kau marah.

“Mohd Danial Hazruqi kau sedar ke tak yang aku ni tunang kau. Kau nak ke kahwin dengan aku?”

Letak telefon ditukar ke sebelah telinga kanan.

“Syifa Nur Afzan, aku sedar…tapi aku nak buat apa. Papa mama aku ugut aku anak derhaka kalau aku bantah. So, terpaksa la aku terima.”

Separuh mengeluh Danial membalas.

Lagipun, dia tak pernah tahu yang bakal tunang dia, Pijan. Nasib baik Pijan call, kalau tak entah bila dia kenal siapa tunang dia. Mama dengan papa pun tak nak bagitau.

Syifa geram mendengar jawapan Danial. Dah la baru sampai Tanah Melayu seminggu, tak habis lagi lepas rindu…tup, tup…dapat rombongan meminang secara mengejut! Mahunya tak terkejut. Tak ada angin, tak ada ribut rombongan mama si Eki jatuh depan rumah.

Yang mummy pulak, dengan sokongan along, angah serta menantu-menantu perempuannya menyambut baik kedatangan rombongan mama Eki. Emm…akhirnya dia pun…selamatlah jadi tunang si Eki. Bulan depan, kahwin.

“So?”

Suara Eki dari telefon menyedarkan dia kembali. Sebulan lagi…kahwin. Gila express mama ni. Aku start kerja pun belum lagi. Nak bagi anak orang makan apa?

“So?”

Syifa bertanya kembali. Sila dibetulkan. Jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Rombongan mama Eki balik pukul 6 petang tadi.

“So macam mana? Kenapa kau terima?”

Danial bertanya sambil mata fokus ke langit.

“Mummy aku paksa.”

Keluhan berat dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience