Chapter 9

Romance Series 17722

Ira masih lagi tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Semua yang dibuat serba tak kena.
Baru sebentar tadi dia tersalah masuk ke tandas lelaki. Mujurlah hanya makcik cleaner sahaja yang berada di situ.
Kelibat Zara masih tidak kelihatan sejak kejadian pagi tadi. Ira cuba mendail nombor Zara tetapi panggilan hanya masuk ke peti suara. Kemudian Ira menelefon pula ke pejabat Eddy. Menurut secretarynya, Eddy langsung tak masuk office sejak pagi tadi hinggakan Tan Sri yunus mengamuk sakan sewaktu meeting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience