Chapter 8

Romance Series 17722

Eddy masih lagi berbaring malas di katilnya. Hari minggu sebegini biasanya digunakan untuk menemani Mia bershopping atau bertemu dengan teman-temannya di coffee house. Entah kenapa hari ini dia terasa seperti ingin duduk di rumah sahaja. Mungkin kerana Mia masih lagi di luar negara. Baru malam tadi Mia menelefonnya minta di bank-in kan sejumlah wang ke akaunnya. Kadang-kadang Eddy terfikir juga mungkin Mia hanya berminat dengan hartanya sahaja. Namun dia tidak sedikit pun ambil kisah kerana baginya semua perempuan sama sahaja. Lebih pentingkan harta daripada cinta. Justeru itu Eddy juga melakukan perkara yang sama; hanya mementingkan keseronokan.
Bunyi bising dari luar membuatkan Eddy bangkit dari katilnya. Serta – merta dia menjengah ke luar bilik untuk melihat apa yang berlaku. Eddy terkejut apabila melihat dapurnya bertukar seperti tongkang pecah. Kelihatan tepung bersepah di merata-rata tempat termasuk lantai dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience